Halia ini tanam-tanaman

bukan blog pekebun FarmVille

Duit

3 Comments

Apabila dia membuka pintu kabinet itu, hati Jun berdebar-debar. Kelihatan begitu banyak wang ringgit diikat dan disusun dalam kabinet itu. Satu kabinet itu penuh dengan wang.

Hati Jun berasa tidak sedap tiba-tiba. Dia membuka kabinet yang lagi satu. Juga penuh dengan wang. Tidak mustahil dalam kedua-dua kabinet itu penuh dengan wang mencecah puluhan ribu ringgit. Jun terpaku.

“Junid oi, mari sini. Tengok ni!” Kawannya Abdul meninggikan sedikit suaranya, walaupun masih dalam keadaan berbisik. Jun segera menghampiri Abdul yang sedang melihat ke dalam laci almari perhiasan. Dalam laci itu penuh dengan wang, juga diikat dan disusun rapi.

“Rezeki Jun, rezeki! Tak sangka aku ada orang kaya simpan duit banyak ni dalam rumah,” Abdul menyeringai dan mula memasukkan wang itu ke dalam guni yang dibawanya. Abdul membuka dua laci yang lain. “Masyuk kita malam ni Jun!” Tangan Abdul pantas cuba mengosongkan laci-laci tersebut. “Kalau aku tahu rumah ni banyak duit macam ni, rumah ni aku masuk dulu. Tak payah susah-susah pecah rumah yang lain.”

Jun memegang tangan Abdul, menghentikan tindakan Abdul daripada memasukkan wang yang masih banyak dari dalam laci itu ke dalam guni. “Aku tak sedap hati ni, rumah siapa ni kau cakap tadi?” “Datuk Mat. Ketua pengarah jabatan gomen. Kenapa?”

“Aku rasa something wronglah orang simpan cash banyak macam ni dalam rumah. Kau ada nombor telefon SPRM?”

Author: tuan tanah

Tuan tanah bukanlah nama sebenar beliau. Beliau dilahirkan tidak berapa lama dahulu (EHEM!) pada hari Tahun Baru Cina di Malaya. Kini beliau menetap di Kota Dublin bersama-sama pokok-pokok buluh kesayangan beliau, Cumi and Ciki (ini kerana ada polisi Dilarang Memelihara Haiwan Peliharaan di bangunan tempat tinggal beliau). https://tuantanah.wordpress.com adalah blog beliau yang keempat.

3 thoughts on “Duit

  1. ah ha. menarik cerita jun kali ni. er seperti jun yang sebelum ini jugak.

  2. assalamualaikum kak tuan tanah….lama tak menulis. saya berharap akak sihat hendaknya. silent reader dari tahun 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s