Feed on
Posts
Comments

Tuan tanah dilahirkan pada 30 Rabiul Awwal tahun ayam bersamaan dengan 1 Adar I 5741 mengikut takwim Yahudi dan 16 Bahman 1359 berdasarkan kalendar Parsi di sebuah bandar diraja di Malaya. Kini beliau menetap di ibu kota di sebuah negara yang kononnya paling kaya di seluruh planet. Beliau dilamun cinta dengan sebuah komputer riba bernama Ihtisyam Fansuri yang sangat kacak dan sungguh memahami beliau. Ini kerana apabila beliau kemurungan atau marah-marah, Ihtisyam Fansuri tidak akan membuat hipotesis rambang bahawa beliau menderitai PMS.

Beliau kata السلام عليكم dan ‘Hey, what’s the craic?’ kepada anda.