Hari ini gemawan menetas hujan yang luar biasa lebat.
Saya tidak pernah perasan pun sebelum ini, tetapi yang mendapat kesan terburuk daripada hujan lebat di Kota Dublin ialah para peminta sedekah.
Posted in sekitar | 3 Comments »
Hari ini gemawan menetas hujan yang luar biasa lebat.
Saya tidak pernah perasan pun sebelum ini, tetapi yang mendapat kesan terburuk daripada hujan lebat di Kota Dublin ialah para peminta sedekah.
Posted in sekitar | 3 Comments »
Posted in jiwa | No Comments »
Saya sudah buka kotak komen. Malas nak tapis.
Minggu ni sibuk. Ada 3000++ futures nak kena reconcile.
Matilah!!!
Posted in kerja | 1 Comment »
1.
Beberapa minggu lepas, Walk the Line ditayangkan di tivi, yang menyebabkan saya tidur lewat malam itu. Walk the Line adalah sebuah filem yang bagus, Joaquin Phoenix dan Reese Witherspoon berjaya memainkan peranan mereka sebagai Johnny Cash dan June Carter dengan cemerlang. Saya hairan kenapa saya tiada keinginan menonton filem ini ketika ia ditayangkan di pawagam.
Akibatnya, sekarang saya mendengar lagu-lagu Johnny Cash. Terima kasih kepada akhbar Ireland on Sunday yang memberikan CD beliau secara percuma.
2.
Saya menonton The Color Purple hari ini. Saya rasa saya patut masukkan The Color Purple (Alice Walker) dalam senarai buku yang patut saya baca.
3.
Tiba-tiba saya terfikir mahu membeli DVD Bridge to Terabithia. Filem ini adalah satu filem yang memberi kesan yang sangat mendalam terhadap saya. Apabila ke HMV dan melihat-lihat rak DVD, dan setiap kali ternampak DVD Bridge to Terabithia, saya akan teringatkan perasaan saya ketika menonton filem itu. Filem itu adalah satu-satunya filem yang menyebabkan air mata saya mengalir dengan sangat deras ketika menontonnya. Saya jarang menangis, tetapi filem itu berjaya memberi impak maksima kepada saya. Dan saya akan sentiasa mengingati perasaan hiba saya ketika itu walaupun hanya melihat kulit DVD filem itu di kedai. (Oh ya, saya juga dengar perempuan yang duduk berselang tiga kerusi dari saya ketika menonton filem itu menangis teresak-esak.)
Meskipun filemnya berjaya membuat saya depres, buku Bridge to Terabithia (Katherine Patherson) juga akan saya masukkan dalam senarai buku yang saya patut baca.
4.
Selain lagu-lagu Johnny Cash, saya juga suka dengan lagu Anyone Else but You. Lagu ini adalah lagu daripada filem Juno. Saya lebih suka lagu asalnya yang lebih panjang yang dinyanyikan oleh The Moldy Peaches; tetapi terus terang, saya sebenarnya lebih suka dengan suara Michael Cera dan Ellen Page.
5.
Saya rasa Ellen Page adalah seorang pelakon yang bagus. Filem-filem yang dibintanginya pula tidak begitu bersifat ‘filem-pecah-panggung’ dan agak errr… indie. Hard Candy misalnya, adalah sebuah filem yang sangat mencemaskan dan menyebabkan saya rasa berdebar-debar sepanjang ia ditayangkan (dan selepas tamatnya filem itu), terutamanya ketika babak bagaimana Jeff (Patrick Wilson) dikembiri oleh Hayley (Page). Bayangkan seorang budak perempuan belasan tahun yang tidak pernah belajar perubatan tiba-tiba melakukan pembedahan kepada anu kamu. Ngeri seh.
Filem terkini Page yang saya tonton adalah Smart People. Walaupun Smart People adalah filem yang flop, Page tetap berjaya membawakan wataknya dengan bagus.
Oh ya, di bawah ini adalah lagu Anyone Else but You, (kedua-dua versi).
Posted in buku, filem, santai, sekitar | 6 Comments »
Novel Kitchen (Banana Yoshimoto) mendapat reviu yang bagus, terpilih dalam cult choice dalam Penguin Readers’ Group malah diletakkan dalam rak Recommended di kedai buku itu.
Tetapi saya tiada apa-apa perasaan pun membaca buku itu.
Posted in buku | No Comments »
Jika tiba-tiba Izrail singgah dan beritahu, “Dukacita dimaklumkan, tempoh tamat hidup kamu akan berakhir esok hari,” adakah kamu fikir kamu sempat bertaubat akan segala dosa kamu selama berpuluh-puluh tahun hidup di dunia ini?
Posted in enam kaki | No Comments »
Saya suka perkataan ‘wahyu’ sekarang. Suka sangat.
Mungkin saya patut tukar nama ‘tuan tanah’ kepada Nurul Wahyu. Atau Nur Wahyu. Atau Sri Wahyu.
Atau mungkin saya patut menulis sebuah cerita. Atau cerpen. Atau novel. Heroinnya bernama Wahyu.
Errr… Nanti-nantilah.
Posted in diri | 9 Comments »