Feed on
Posts
Comments

Archive for the ‘manusia’ Category

budak jantan

Sudah sebulan lebih saya simpan ‘rahsia’ ini. Saya rasa berdosa.
Mak, saya tahu saya bukan anak yang baik. Tercampak di negara orang jauh-jauh, saya belajar jadi jahat.
Mak, orang selalu kata budak-budak yang tinggal di luar negara banyak yang rosak akhlak. Budak-budak yang duduk lama-lama di negara orang akan jadi sosial. Budak-budak yang belajar luar negara, bukan [...]

Read Full Post »

(Mungkin stalker bukanlah perkataan yang tepat, tetapi saya tidak tahu perkataan lain yang lebih sesuai.)
(Ini adalah catatan yang sangat, sangat panjang.)

~:~
Sekitar Jun 2003.
Saya baru usai menduduki empat kertas peperiksaan ACCA, cuti panjang kemudiannya. Kurang dua bulan lagi saya akan tinggalkan bumi Malaya.

Entah dari mana ilhamnya, saya pos iklan di suatu laman yang saya sudah tidak [...]

Read Full Post »

:(

It’s so heartbreaking to read about Sufiah Yusof, the maths prodigy who is now a hooker.
(Yes, I know News of The World is famous as a sex and scandal tabloid, but I pity her when she end up like this.)

Read Full Post »

Saya mahu satu kehidupan

Minggu lepas saya baca surat khabar, ada seorang lelaki mahu menjual kehidupannya di eBay. Ya, menjual segala-galanya - cara hidup, rumah, kereta, kerjaya, rakan-rakannya dan lain-lain. Kehidupannya kini tidak menggembirakan lagi, rumah tangganya musnah dan satu cara untuk melupakan ialah dengan menjual kehidupannya sekarang dan membina hidup baru.
Menjual kehidupan? Idea gila yang menarik.
Saya jenguk dalam [...]

Read Full Post »

seputar

I.
“Kami akan ada pilihanraya Sabtu ini,” kata saya melihat kalendar. “Tapi, saya tidak boleh mengundi pun, walaupun secara pos.”
“Eh, kenapa?” soalnya terpinga.
“Entahlah. Yang boleh mengundi hanyalah pelajar, orang yang bekerja dengan kerajaan Malaya dan askar.” Sahut saya. Saya mahu menambah tetapi cuma dalam hati, “Orang macam saya ni dianggap tidak mengenang budi kerajaan agaknya.”
“Kerajaan di [...]

Read Full Post »

aura

Dari Sitemeter Tanahpusaka, saya melihat seseorang pernah sampai ke sana melalui ejen carian Yahoo! dengan menggunakan pernyataan “kesan yang di alam manusia anorexia nervosa”. Mengada-ngada, saya klik URL itu.
Hasil carian yang ketujuh saya sampai ke laman ini.
Saudara itu menulis panjang sangat, penat mahu mengkhatamnya. Pun begitu, saya rasa saya tidaklah bersetuju dengannya.
Kalau anda rajin membacanya, [...]

Read Full Post »

Pagi ini ada kabus tebal gila.
Rasanya kalau kau berjalan ke arah kabus itu kau akan tiba ke satu dunia lain.
Dunia bunian, misalnya.
Dan cuaca hari ini pun sejuk gila.
Tapi ada cahaya matahari. Lawa.
Ada seorang pakcik yang kadang-kadang saya berpapasan dengannya setiap pagi semasa mahu ke pejabat. Wajahnya yang cengkung dengan rambut dan janggutnya yang oren itu [...]

Read Full Post »

Older Posts »