Menonton Buddha Collapsed Out of Shame menyebabkan saya tiba-tiba rasa nak berhenti kerja dan jadi cikgu di Afghanistan.
Semasa saya menonton filem ini juga, tiba-tiba sahaja saya teringatkan puisi Hadiah (Hari Lahir Anakku) oleh Allahyarham Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang (tiada kaitan dengan filem ini sebenarnya).
Sesiapa ada simpan puisi ini?
Arkib bagi Kategori ‘filem’
ini entri hiburan (semata-mata)
Dikirim dalam buku, filem, santai, sekitar pada Jun 15, 2008 | 6 Komen »
1.
Beberapa minggu lepas, Walk the Line ditayangkan di tivi, yang menyebabkan saya tidur lewat malam itu. Walk the Line adalah sebuah filem yang bagus, Joaquin Phoenix dan Reese Witherspoon berjaya memainkan peranan mereka sebagai Johnny Cash dan June Carter dengan cemerlang. Saya hairan kenapa saya tiada keinginan menonton filem ini ketika ia ditayangkan di pawagam.
Akibatnya, [...]
Dalam kulit kacang
Dikirim dalam buku, diri, filem, sekitar pada Mei 16, 2008 | 17 Komen »
I.
Saya sedang membaca Persepolis sekarang.
Persepolis adalah novel autobiografi grafik tentang kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja Marjane Satrapi (Marji) ketika Revolusi Islam di Iran, dan ketika meletusnya peperangan antara Iran dan Iraq, dan selepas revolusi. Ia adalah novel yang diadaptasi dari bahasa Perancis.
II.
Kenapa banyak munculnya penulis wanita Islam liberal sekarang? Mana penulis wanita Islam yang tak [...]
reminiscence
Dikirim dalam filem, jiwa, tagged tanah lama pada Julai 26, 2007 | Tiada Komen »
Saya baru sahaja menonton Mukhsin.
Tinggal di seberang laut, memang amat payah untuk mencari filem-filem tempatan (Malaya). Walaupun filem ini menang dua anugerah di Festival Filem Antarabangsa di Berlin, belum ada filem-filem dari Malaya yang berjaya sampai ke pawagam di sini, yang sekurang-kurangnya ditayangkan IFI, jika tidak di pawagam-pawagam utama pun. Mudah-mudahan, selepas filem kolaborasi Malaya-Ireland [...]
Imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan. - Albert Einstein*
Dikirim dalam buku, diri, filem, tagged tanah lama pada Januari 16, 2007 | Tiada Komen »
Cita-cita sisi gelap saya adalah ingin menjadi pelakon.
Kamu percaya?
—
Dramatik sungguh permulaan entri saya kali ini, kan? Saya pasti saya sudah memancing kamu untuk membaca ayat-ayat saya seterusnya.
Tetapi alangkah malangnya kamu, saya tidak mahu bercerita tentang cita-cita sisi gelap saya itu. Saya mahu bercerita tentang imaginasi sebenarnya.
Imaginasi bagi saya, selain blog, adalah eskapisme saya yang utama. [...]
gunung belakang pecah
Dikirim dalam filem, manusia, santai, tagged tanah lama pada Februari 18, 2006 | Tiada Komen »
Cadangan asalnya mahu menonton Munich.
Tapi di papan informasi, terang-terang terpampang jadual tayangan untuk Munich sudah ditandai dengan warna merah bermaksud Sold Out.
Lalu saya beli tiket Brokeback Mountain.
Kisah pasangan gay.
Semasa mendaki tangga menuju ke tempat duduk paling atas, seorang perempuan ini matanya mengekori langkah saya. Terteleng-teleng kepalanya melihat saya sehinggalah saya sampai ke tempat duduk [...]
Rumah terbakar, panggil bomba. Bomba datang berlumba-lumba. A - Ainn, B - Budak, C - Comel. Ain Budak Comel.
Dikirim dalam filem, santai, sekitar, tagged tanah lama pada Februari 14, 2006 | Tiada Komen »
Hari Ahad.
Sepatutnya saya kena menggunakan Unlimited Card* saya sebaik-baiknya. Sudah dua minggu saya tidak menonton filem, dan banyak pula cerita-cerita yang menarik yang patut saya tonton sebenarnya seperti Munich, Memoirs of Geisha dan Brokeback Mountain.
(*Unlimited ialah kad keluaran CineWorld Cinema, terdahulu dikenali sebagai UGC Cinema. Pemilik kad ini boleh menonton wayang bila-bila masa, beberapa kali [...]