Feed on
Posts
Comments

Archive for the ‘fikir’ Category

lost & hope

1.
Well…
Harga minyak naik lagi.
Tidak adil untuk saya protes tentang kenaikan harga minyak kerana saya tidak tinggal di Malaya buat masa kini dan tidak mengalaminya sendiri. Tapi saya pasti ianya sangat membebankan.
Hari ini pula saya dengar dari Sarfraz tentang krisis tenaga di negaranya, Pakistan. Mereka di Pakistan hidup tanpa bekalan elektrik [...]

Read Full Post »

Saya mahu satu kehidupan

Minggu lepas saya baca surat khabar, ada seorang lelaki mahu menjual kehidupannya di eBay. Ya, menjual segala-galanya - cara hidup, rumah, kereta, kerjaya, rakan-rakannya dan lain-lain. Kehidupannya kini tidak menggembirakan lagi, rumah tangganya musnah dan satu cara untuk melupakan ialah dengan menjual kehidupannya sekarang dan membina hidup baru.
Menjual kehidupan? Idea gila yang menarik.
Saya jenguk dalam [...]

Read Full Post »

seputar

I.
“Kami akan ada pilihanraya Sabtu ini,” kata saya melihat kalendar. “Tapi, saya tidak boleh mengundi pun, walaupun secara pos.”
“Eh, kenapa?” soalnya terpinga.
“Entahlah. Yang boleh mengundi hanyalah pelajar, orang yang bekerja dengan kerajaan Malaya dan askar.” Sahut saya. Saya mahu menambah tetapi cuma dalam hati, “Orang macam saya ni dianggap tidak mengenang budi kerajaan agaknya.”
“Kerajaan di [...]

Read Full Post »

aura

Dari Sitemeter Tanahpusaka, saya melihat seseorang pernah sampai ke sana melalui ejen carian Yahoo! dengan menggunakan pernyataan “kesan yang di alam manusia anorexia nervosa”. Mengada-ngada, saya klik URL itu.
Hasil carian yang ketujuh saya sampai ke laman ini.
Saudara itu menulis panjang sangat, penat mahu mengkhatamnya. Pun begitu, saya rasa saya tidaklah bersetuju dengannya.
Kalau anda rajin membacanya, [...]

Read Full Post »

mencari

… kalaulah hidayah itu boleh diGoogle dan dimuat turun, kan bagus?

“Wahai jiwa, jangan kau berputus asa. Jangan.”

Read Full Post »