Posted in eksperimen, tagged tanah lama on March 5, 2007 | No Comments »
Malam hitam pekat.
Tiada walau sebiji bintang pun sebagai ornamen untuk menyerikan malam itu.
Saya duduk memeluk kedua kaki. Kakak di hadapan saya, melunjur kaki. Malam dingin, tapi enak amat. Ada bayu menyentuh malu rambut kami, membuai-buai.
Saya seluruhi wajah kakak, yang tuanya enam tahun daripada saya. Wajah lembut keibuan, masih manis seperti dahulu. Sudah lama saya tidak [...]
Read Full Post »
Posted in eksperimen, manusia, tagged tanah lama on August 3, 2006 | No Comments »
Sambungan entri Julai 16, 2006
Empat puluh tiga minit sebelum.
Saya dapat panggilan telefon daripada Mili. Saya mahu melepas lelah ketika itu, juga sebenarnya baru selesai menjamah makan malam.
“Saya nak ajak keluar boleh? Awak boleh keluar malam tak?”
Letih sebenarnya masih bersisa. Katil yang empuk bagai memanggil-manggil. Tetapi saya dapat rasakan bahawa Mili memerlukan bantuan saya. Saya kerling [...]
Read Full Post »
Posted in eksperimen, manusia, tagged tanah lama on July 16, 2006 | No Comments »
Tingkap itu bertutup. Langsir pun tidak dikuak dibuka. Gelap. Tiada lampu.
Saya memanjangkan tengkuk melihat ke arah yang ditunjukkan.
“Tiada orang di rumah kot.” Kata saya sedikit termangu, bodoh-bodoh.
Mili merenung saya. Menggigit bibir.
“Saya harap awak betul,” katanya. Dia menyandarkan kepala. Tangannya memegang stereng tapi jari-jemarinya kejap-kejap diregangkan. Saya tahu dia resah.
“Saya harap awak betul.” Katanya lagi. Kepalanya [...]
Read Full Post »
Posted in eksperimen, hidup, tagged tanah lama on October 22, 2005 | No Comments »
Disclaimer: Cerita ini ditulis ketika berada dalam fasa jiwa kacau, hati galau. Kepada sesiapa yang terasa hati, saya dahului dengan ucapan ‘Maafkan Saya’. Ini cuma rintihan hati, luahan rasa sebenar apa yang bermukim di jiwa.
Pada suatu hari, ada seorang gadis yang bernama samaran tuan tanah yang tinggal di sebuah perkampungan yang permai bernama Friendster. [...]
Read Full Post »