Feed on
Posts
Comments

Archive for the ‘agama’ Category

oh, cinta!

*Terilham daripada komentar Chivv dari salah satu entri Saharil.
Beberapa bulan lepas, seorang teman mengkhabarkan suatu kisah.
“Kak Q nak kahwin,” katanya. “Jadi teman lelakinya pergi ke Masjid X, bertemu imam masjid itu, minta diIslamkan. Apabila imam bertemunya di pejabat dan bertanyakan lelaki itu mengapa mahu memeluk Islam, lelaki itu menjawab ‘Kerana saya mahu berkahwin dengan seorang [...]

Read Full Post »

jauh

Sabtu: St Patrick’s Day
Ahad: Mothering Sunday (UK & Republic of Ireland)
Isnin: Bank Holiday Monday
St. Patrick’s Day
St. Patrick adalah pendakwah Nasrani yang sangat sinonim dengan Ireland. Beliau bukanlah orang pertama yang datang untuk menyebarkan agama Nasrani di sini, kerana menurut sejarah, Pope Celestine di Rome telah menghantar St. Palladius pada tahun 431 sebagai Bishop pertama di [...]

Read Full Post »

batu, beg dan abu hari rabu

Selalunya, apabila ada orang cuba mengangkat beg kamu yang mereka rasakan terlalu berat, pasti mereka bersinikal, “Apa dalam beg kamu ni? Batu?”

Sejak beberapa hari kebelakangan ini saya rasa beg galas yang saya bawa ke hulu ke hilir itu sedikit berat daripada biasa. Apabila saya periksa-periksa apa yang menyebabkan beg saya [...]

Read Full Post »

Valentinus

Hari ini adalah hari mengingati kematian Saint Valentine.
Macam mana saya boleh tak tahu yang makam paderi Nasrani itu di Dublin?
Boleh katakan setiap hari saya melalui jalan papan tanda Whitefriars Street Church itu dua kali setiap hari.Dekat dengan rumah saya pulak tu.
Oh ya… kenapa ada di antara kamu yang memperingati kematian Encik Valentine ini ya?Bukannya kamu [...]

Read Full Post »

halloween

Saya tidak pernah tahu bahawa Halloween memang berasal dari Ireland. Patutlah orang di sini beria-ia benar mahu menyambutnya.

menumpang berposing di halaman entah siapa selepas acara makan-makan rumah terbuka

Read Full Post »

Buat kali yang ke satu ribu tiga ratus lima puluh sembilan perpuluhan tujuh dua kali, saya ingin menyatakan SAYA BENCI FORWARDED MAILS/MESSAGES!!! Tetapi saya suka mesej terkini yang saya terima ini:

Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang2 Yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam bahasa Ibrani…ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang [...]

Read Full Post »

boikot?

Suatu petang.
Dia dan saya, kami duduk berbual-bual.
“Aku ni sebenarnya bersungguh-sungguh benar nak boikot barang Yahudi,” keluhnya. “Tapi aku ni lupa yang aku ni belajar di DBS, yang memang milik Yahudi.”
Saya terdiam seketika. Tersentak juga sebenarnya. Kemudian, tiba-tiba sahaja ilham itu datang.
“Ilmu itu dari Allah. DBS cuma medium. Tak salah kalau nak menuntut ilmu. Dulu orang [...]

Read Full Post »

Older Posts »