Google Translate masih membuat terjemahan keji terhadap frasa الطيبين الطاهرين. (Sila lihat entri sebelum ini dan undi OFFENSIVE)
Saya dahului dengan terima kasih.
—
Wasiat Nabi tentang Ahlul Bait yang mulia:
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى
“Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan”. (QS. Al-Syura: 23)
Nabi Salallahu Alaihi Wa alihi Wassalam bersabda:
Zaid ibn Arqam Radiallahu anhu bercerita: Rasulullah berkhutbah di sebuah sumber mata air yang disebut Khum (Ghadir Khumm) yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Beliau memuji-muji Allah, memberi mau’izhah dan peringatan. Kemudian beliau bersabda:
« أَمَّا بَعْدُ. أَلاَ أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ. وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ: أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللّهِ فِيهِ الْهُدَىٰ وَالنُّورُ. فَخُذُوا بِكِتَابِ اللّهِ. وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ » فَحَثَّ عَلَىٰ كِتَابِ اللّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ. ثُمَّ قَالَ: « وَأَهْلُ بَيْتِي. أُذَكِّرُكُمُ اللّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي. أُذَكِّرُكُمُ اللّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي. أُذَكِّرُكُمُ اللّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي »
“Amma ba’d: Wahai manusia ingatlah, sesungguhnya aku adalah manusia, hampir dekat masanya utusan Tuhanku (malaikat maut) datang kepadaku dan aku pun menjawabnya. Aku tinggalkan di tengah kalian dua perkara berat: yang pertama kitab Allah, di dalamnya ada hidayah dan cahaya, maka ambillah kitab Allah dan peganglah erat-erat.” Beliau menganjurkan mengambil kitab Allah dan menyemangati tentangnya. Kemudian beliau bersabda: “Dan (yang kedua) adalah ahli baiti (keluargaku). Aku peringatkan kalian tentang keluargaku, Aku peringatkan kalian tentang keluargaku, Aku peringatkan kalian tentang keluargaku.”
Hushain bertanya: “Siapa ahlul baitnya wahai Zaid? Bukankah para isteri beliau adalah ahli baitnya?” Dia menjawab: “Benar, para isterinya adalah ahlul bait, namun ahlul baitnya adalah orang-orang yang diharamkan memakan sedekah sepeninggalannya.” Dia ditanya: “Siapa mereka?” Dia menjawab: “Mereka adalah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Ja’far, dan keluarga Abbas.” Hushain bertanya: “Mereka semua haram menerima sedekah?” Zaid menjawab: “Betul.”
(Hadis Riwayat Muslim)
[kopi pasta dari sini]

Ya Allah. Kenapa diorang ni buat macam ni sekali penghinaan terhadap rasul kita? rasa nak menangis..~
As at 21.31 pm Dublin time, terjemahan tu masih lagi keji.
Edited.
as at 15:15 Thursday, Malaysia, Bangi..salah 1( آله الطيبين الطاهرين) sudah tiada terjemahan itu.
Jika tanpa ‘alihi’ terjemahan itu masih keji. TQ.