Terima kasih kepada sesiapa yang memberi respon dan mengundi OFFENSIVE dan membetulkan terjemahan dalam Google Translate.
Rupanya belum selesai. Kali ini perkataan الطيبين الطاهرين (atthoyyibin atthohirin – yang baik, yang suci) masih diterjemahkan kepada Pelakon Prono juga!/Pornstars juga!/Pornstars too!
1. Masuk Google Translate.
2. Copy: الطيبين الطاهرين
3. Paste dalam Ruang Kotak yang pertama yang di setkan ARABIC. <lihat gambar>
4. Setkan ruang kotak kedua dengan Malay/Indonesian/English atau bahasa-bahasa lain
5. Klik Translate.
6. Klik pada tanda ✓ dalam kotak kedua.
7. Pilih “! Offensive”.
Terima kasih.
p/s: Bagaimana mahu ubah terjemahan pada kedua-dua perkataan pada masa yang sama? Perlu terjemahkan satu perkataan, kemudian padam perkataan itu, kemudian betulkan satu perkataan lagi?
Ada cara yang lebih mudah?



Aku perasan, bila dua perkataan ni dimasukkan secara berasingan, dia bagi terjemahan yang betul. Jadi aku rasa Google Translate ni memang ada isu dengan terjemahan ke atas keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
Kenapa ya? Macam tak boleh betulkan semua sekaligus.
Dan terjemahan Pornstars tu masih digunakan lagi. *Runsing*