enam

By tuan tanah

i.

Semalam, sesudah terkejut menerima berita yang tidak disangka-sangka itu, peti masuk mel saya disinggahi oleh emel beberapa rafik. Masing-masing, seperti saya, terperanjat dengan berita yang tak diduga. Ada yang sempat bercanda, “Lepas ni harapkan Ainun sajalah kalau nak tengok tarian Thriller lagi.”

Ah, bukanlah bermaksud saya hebat sangat menarikan tarian epik zombie dari klip video Thriller itu, tapi barangkali saya pernah menggayakan tarian ini dengan lucu sekali sehingga babak saya menari itu terpahat di peti memori mereka. Dan ya, saya sangat suka dengan babak tarian Thriller ini dalam filem 13 Going on 30.

Sebenarnya selain terperanjat dengan berita tidak diduga itu, yang lebih berbekas di hati saya adalah hakikat kematian itu sendiri. Telah ditetapkan bahawa Mikaeel Jackson itu cuma hidup 50 tahun sahaja, Allah Subhana Wa Taala kemudian mengirimkan Sang Izrail Alaihi Salam menjemput ruhnya kembali sebelum sempat beliau menyudahi konsert terakhir beliau. 

Oh-oh, bagaimana dengan saya nanti?

Bagaimana tiba-tiba saya yang masih segar bugar dan sihat wal afiat, tiba-tiba sahaja Sang Izrail Alaihi Salam datang membawa kartu undangan dari Tuhan, lalu membawa saya pulang? Apakah yang saya mahu tinggalkan di dunia ini? Adakah selama saya bernafas selama ini saya sudah menyudahkan tanggungjawab saya sebagai khalifah, apakah kehadiran saya di dunia ini sudah mendatangkan manfaat kepada manusia sejagat? Yang paling utama, bekalan saya entah cukup entah tidak untuk back for good nanti. Saya sebenarnya, benar-benar tidak bersedia.

“Ya Allah, aku memohon perlindungan daripadaMu daripada habisnya usia sebelum habisnya siap sedia. Amin.”

.

ii.

Petang tadi saya dalam perjalanan ke suatu acara apabila perjalanan saya dihalang dengan perarakan LGBT Pride. Oh. Tidak terkira ramainya golongan manusia yang ‘gembira’ dan bengkok di Kota Dublin ini rupanya. Meriah, dan penuh warna warni – benderanya sahaja berwarna pelangi. Ah, kiamat makin hampir nampaknya. Tuhan sudah pun menglaknat kaum Nabi Luth Alaihi Salam yang menderhaka, tetapi manusia memang tidak mahu mengambil pengajaran.

.

iii.

Saya sempat ke HMV, melalui rak album-album pop dan di rak album Michael Jackson, seperti yang diduga, cd-cdnya habis semua, termasuk album Jackson 5. Hanya tinggal 3 judul – Of the Wall, Thriller dan Bad dijual dengan kurang daripada separuh harga – promosi untuk menghabiskan stok.

Kita manusia memang selalu lupa untuk menghargai apabila kita sedang memiliki. Hanya apabila kita kehilangan, segala yang mulus, molek dan baik baru terhambur keluar semuanya dan baru tergesa untuk dipeduli, disesali dan ditangisi.

“Mesti lepas ni dia dapat Datuk kan?” Kata rafik saya semalam.

Label:

4 Respons bagi “enam”

  1. balq15 Berkata:

    Salam…baru sedar kau sudah menulis semula…terima kasih…kerana kembali…huhuhu…

    -komen yang tak ada kena mengena dengan entri ini-

  2. chempaka Berkata:

    manusia hanya mampu merancang. tuhan yang menentukan.

  3. Amyz Berkata:

    saya pun suka tarian thriller. hehehe. dlm movie 13 going 30, jennifer garner sgt comel menari lagu tu. haha.

  4. zenon Berkata:

    ii)
    panggillah mereka golongan Sodomites..begitulah yang diajar oleh tuan guru Ahmad Deedat.

Tinggalkan jawapan