Oleh sebab ruangan komen saya sudah jadi macam tempat diskusi, saya terbitkan pos ini.

By tuan tanah

Komen-komen asal pasal majalah Eh! dan InTrend boleh dibaca di sini.

Siapa-siapa peminat atau bekas peminat atau pembaca setia atau pembaca curang kedua-dua majalah ini boleh ambil bahagian dalam diskusi. Saya? Dulu pembaca setia Eh!, kemudian bila dah duduk di Dublin bertahun-tahun apabila sesekali balik Malaya nak cuba setia balik macam dulu, tapi tak berjaya. Cuba berselingkuh dengan InTrend tetapi gagal juga. *Frust*

Saya baca Eh! pertama kali masa umur saya 18-19 tahun, di tahun pertama pengajian kolej. Sebabnya masa itu housemates beria-ia mencuba petua nak menghilangkan parut dengan menggunakan kulit ubi kentang dari sebuah majalah. Bila belek-belek majalah itu, ternampak nama Rosie Haslinda Nasir sebagai penulis – rasa nak menjerit – sebab saya kenal karya-karya Rosie semasa Rosie jadi anak didik Minggu Penulis Remaja (MPR), sama macam saya kenal Kak Lily Haslina.

Lepas itu melekat terus dengan Eh!

Terus terang saya bukan berminat sangat dengan majalah berbentuk fesyen dan kecantikan sebegini. “Do NOT read beauty magazines, they will only make you feel ugly,” bak kata Baz Luhrmann. Persetankan dengan gaya fesyen terkini atau alat-alat solek dan aksesori wajib ada dalam beg, secara jujur saya membaca Eh! hanya disebabkan terpaut dengan lenggok bahasa Rosie. Dan sebab banyak bekas penulis MPR menulis di situ – Haji Faisal Tehrani, Saharil Hasrin Sanin, Nisah Haji Haron, Jimadie Shah Othman, Lutfi Ishak (sekadar menyebut beberapa nama) – penulis-penulis yang saya tak baca tulisan mereka sejak sekian lama (dimaklumkan, tahun-tahun awal kurun ke-21 dulu blogs are very rare), itu yang membuatkan Eh! kekal istimewa dalam hati.

Memang itulah sebab-musabab saya membaca Eh! dulu. Itu jugalah yang saya katakan pada pihak editorial Eh!. Siapa-siapa yang masih simpan Eh! keluaran Februari 2002 – surat saya ada tersiar di situ di bawah nama palsu ^Princess Mononoke^. (Sebenarnya tak budget pula pihak Eh! nak terbitkan surat tu dengan nama palsu tersebut. Geli pula rasanya dengan diri sendiri sebab menggunakan nama palsu yang feminin siap ber‘Princess-Princess’ bagai *loya*)

Kemudian Eh! berevolusi, Rosie berpindah ke InTrend dan the rest is history.

Saya sudah lama tak membaca baik Eh! mahupun InTrend, sebab pertama kali saya membaca Eh! tanpa Rosie saya rasa ‘kehilangan’. Saya cuba membaca InTrend, tapi juga tidak lekat di jiwa. InTrend, seperti namanya, lebih ke arah fesyen dan perkara-perkara yang ‘in’ masa kini, dan orang yang tidak mengikut bandwagon seperti saya ini, tersisih.

Dan jika sekarang saya boleh baca blog penulis-penulis yang saya sebutkan di atas (kecuali Rosie, Rosie tiada blog kan?) saya tidak nampak lagi kepentingan membeli dan membaca majalah-majalah ini.

Mungkin pembaca-pembaca Eh! yang baru ada pandangan yang berbeda, dan pembaca-pembaca InTrend juga. Kalau mahu berkongsi dua sen anda, silakan. Imm & landaklaut, boleh sambung dalam komen di entri ini ya :)

Label:

58 Respons bagi “Oleh sebab ruangan komen saya sudah jadi macam tempat diskusi, saya terbitkan pos ini.”

  1. imm Berkata:

    haha betul2 kau jadikan entry. good2. aku rasa, Eh! start jadi bosan bila Wirda pindah ke Glam, dan Eh! diambil alih oleh Aisah Meoh (mcm ni kot spelling dia!), terus Eh! jadi majalah fesyen semata.

    banyaknya jasa Eh! pada aku. angkara artikel aku tu, arwah bak aku terus dapat tau, aku memang serius mau jadi penulis. makcik aku la, tunjuk pada bak aku. sempat jugak bak aku marah. “writing does not put food on the table.” entah la. sampai skrg, novel2 yang siap, aku perapkan je dlm laci, sbb takut mau publish, sbb bak aku tak suka aku menulis.

    kenapa ya Eh! tak dapatkan respon pembaca sebelum ubah konsep begitu? skrg rasa bazir mau spend duit beli majalah penuh fesyen mat salleh mcm tu. baik aku tgk kat internet.

    apa lg majalah yang best skrg? aku just beli Rapi, konon2 nak tambah smgt diet. lain2, xde majalah best. *sedih*

  2. imm Berkata:

    lupa lak..

    ^Princess Mononoke^ <<< aduhai Ain! hahaha. sorry2. aku mmg suke gelakkan nama yg ayu2, ada princess, ada pink, sweet dan sewaktu dengannya.

    landaklaut,

    di kapet kami, donia kami tu, kamu guna nick apa? wasted time betul. kalau aku tau ada bloggers suku sakat ain kat situ, mesti aku tak terasa jemu. penat btul kna jd org asing masa keje.

  3. tuan tanah Berkata:

    Glam tu majalah apa? Itu aku tak pernah baca. Asiah Mion tu dari Jelita kan? Sama ngan Wirda.

    Macam aku pernah tulis dalam komen sebelum ni, Eh! adalah salah satu benda yang paling aku missed bila datang sini. Majalah2 kat sini tak dapat la nak celen Eh! (yang lama). Ala, faham2 jelah majalah orang putih, kalau tak cerita pasal fesyen, kecantikan, atau artis mesti cerita pasal seks. Macamlah orang perempuan ni tak ada isu lain mahu dibincangkan melainkan cerita pasal celah kangkang. Aku pernah beli sekali dua je, itu pun sebab dia bagi beg free.

    Eh! atau InTrend, kalau nak tarik perhatian orang cheapskate macam aku, silalah kasi freebies. Majalah2 kecantikan kat sini selalu je bagi freebies – beg, payung, novel, lip gloss etc.

    Imm,

    Kau patut menulis balik. Kalau tak jadikan kerjaya pun, freelance, apa salahnya?

    Cop… cop… Eh! atau InTrend pernah ambil perempuan bertudung jadi cover tak?

    Hahaha. Tak payahlah susah2 gelakkan aku, aku sendiri pun dah loya dengan nama palsu aku yang sangat ayu bunyinya tu.

  4. tuan tanah Berkata:

    Sambung daripada komen dalam entri sebelum ni.

    Opss lupa… Majalah Dinamik tu majalah apa pulak? Macam mana konsepnya? Tak sempat la aku nak baca.

    Airil pun dah tak menulis di Eh! lagi ek.. Aku rasa kagum je dengan dia tu, sebab aku rasa dia tu bijaksana orangnya.
    Eh… cop! Eh! Kata Lelaki & Eh! Kata Wanita dah dilupuskan ke? Aku tak ingat. Sebab tu ke dia tak menulis?

    Hafezin pun tak menulis lagi. Dia buat apa je sekarang? *wondering*

  5. landaklaut Berkata:

    yayyy!! sudah ada entry ini.. huhuhu..

    aku kenal Eh! masa mula2 diorang sambut ulangtahun pertama. n yelah kan ainun, masa duduk satu rumah dulu, mmg inilah antara bahan bacaan kita selain daripada komik yang ayu bawak tu.. hihihi.. tapi belum pernah pun aku pergi event yg bleh dapat goodies bag tu..

    err.. aku masih membeli Eh! skrg, tanpa sebab. saja-saja mungkin. hahaha.. hobi.
    aku cuma membeli sekarang kerana masih mahu membaca Kata Lelaki dan Kata Wanita. ruangan itu masih wujud. baguslah.

    Glam tu lebih kepada utk wanita yang berkerjaya mungkin.. macam wanita umur2 40-an yang glamer.. hahahaha.. aku tak pernah beli.. belek-belek je. saja-saja mahu buang duit untuk melihat gambar, mungkin tidak kot.

    imm, aku tak faham maksud kau. kapet yang mana? ym?

    akkkk.. dan bila aku ternampak surat pembaca dari ainun itu, aku tunjuk pada semua orang.. hahaha..

  6. landaklaut Berkata:

    eh eh.. Intrend sudah ada covergirl yang pakai tudung.. Dato’ Siti bleh masuk dalam senarai tak??? hahahaha.. ini adalah keluaran februari 2009.

    tambah satu lagi magazine seumpamanya.. cosmopolitan. ni, erm.. oklah. content dia banyak dari oversea pun.

    aku pernah simpan Eh! dalam satu kotak besar konon2 mahu bagi pada kau. tapi akhirnya aku terpaksa bagi kat budak yang masuk rumah aku tu sebab aku tak mampu nak bawak ke rumah mak mertua aku.. hehehehe..

  7. tuan tanah Berkata:

    Ooo… Oklah tu Kata Lelaki & Kata Wanita masih ada.

    Tetamu Bulan Ini ada lagi tak?

    InTrend saja ke yang ada cover girl bertudung, Eh! tak pernah ke? Mungkin mereka tak nak disamakan dengan Nur atau Dara.com agaknya (eh, ada lagi ke majalah-majalah ni?)

    Aku pernah pergi Sogo ke Sungei Wang ek… semata-mata nak dapat goodies bag dia tu. Tak ingat.

    Hahaha… Ye, silakan tunjuk pada semua orang ye surat tersebut. Aku suka! *Gila glamour* Hahaha! Tapi tak salah aku Eh! salah taip nama ^Princess Mononoke^ tu tapi alamat emel aku masih ada untuk membuktikan bahawa itu adalah surat aku. Ye, email cura_simanjakini tu la… cuma masa tu pakai hotmail, sekarang yahoo. Setia betul aku dengan emel tu sampai sekarang.

    Arghhh.. kau sedekah Eh! lama2 kat orang lain? Waaa… sedihnya!

  8. Hana Kirana Berkata:

    Princes Mononoke, samalah seperti saya (pendapat sahaja yang sama, bukannya nama pena keji macam tu. HAHAHAHA). Saya membaca EH! hanya disebabkan oleh artikel-artikel bermutunya sahaja. Ruangan fesyen sentiasa di’skip’. Kadang-kadang rasa rugi juga, beli majalah dekat RM10 hanya untuk beberapa muka surat artikel.

    Ada lagi satu penulis yang aku suka baca tulisan dia di dalam EH! – Raihani Mohd. Saaid.

  9. imm Berkata:

    nama pena keji?? hahaha x baiknya.

    Ain, ruang Kata Lelaki Kata Wanita tu ada lagi, cuma entah la mcm dah x menarik (konon2 nk katakan dulu yg menarik tu termasuk tulisan aku). Dulu ada sorg penulis perempuan, siapa ya nama dia, nama klasik2 gitu, aku igt muka dia je, pakai spek, muka macam cina sikit, terus tak menulis di Eh! lepas bangkit isu dia memplagiat tulisan entah siapa masa tu. Aku terbaca dalam akhbar, lepas tu cik kak tu terus lenyap.

    Landaklaut, Cosmopolitan tu ok, tapi aku x berapa gemar sbb contentnya semua mmg bulat2 dari luar negeri, lepas tu diterjemah langsung ke BM, terus jadi berterabur. Err untuk aku yang buat keje bahagian ni, memang menyakitkan hati bila baca translation macam tu. Lagipun, kalau mau majalah yg covernya si Angelina Jolie or Beyonce, baik aku balik JB tapau banyak2 mags US or Brits dari Singapore (huhu zaman mengumpul poster dari Smash Hit). Tentang kapet tu, haha aku dah macam teringat nampak nick landaklaut, tapi rasanya lepas aku resign. Err kapet yang ada buaya qenari dan segalanya tu. Berbeza sangat kot ayat2 dalam blog dengan ayat2 di TV, maka orang xkan boleh relate aku di sini dengan aku di sana.

  10. balq15 Berkata:

    Kita dolu pun peminat setia Eh! coz kak Rosie menulis di dalam tuh. And then bila Faisal Tehrani and Saharil menulis lagi-lagi la suka. Beli sebab nak baca karya mereka semata-mata. Hahaha. Tapi bila kak Rosie dah pindah, Eh! seakan hilang sesuatu. Tah la..rasa macam dah tak best nak baca. Lepas tu terus dah tak beli. Sekarang just stick with one magazine – Women’s Weekly (bukan Mingguan Wanita ye!). Yelah, sejak dah kawen ni…minda pun berubah. Jadi matang sikit…wakaka…geli!

  11. imm Berkata:

    women weekly, best sbb ada ruangan confession tu. aku rasa mcm aku baik bila baca confession org buat itu ini. haha.

    Ain, Dinamik ni mag tahun awal 90an. Cuba lawan pasaran Remaja, tapi konsep dia terlalu moden (utk masa tu). Banyak mintak karya pembaca, siap bagi bayaran. Aku rasa kalau diterbitkan semula, boleh kacau jugak la pasaran Remaja.

    Ah! Tapi kita ni semuanya sudah mau mencecah 30 tahun. Majalah apa yang sesuai ya? (Ngerinya! Maknanya lagi 12 tahun aku patutnya kena baca Glam?? Teringat ruangan sembang datin ke apa namanya. Gelinya!)

    Tiba-tiba aku terasa macam dah tua sangat. Gulp!

  12. nett Berkata:

    Eh! Wah, ramai rupanya yang membeli dan membaca EH! Aku masih menten dengang Eh! dari yang lama sampai yang baru ni. Bertingkat2 majalah Eh! di rak buku ni. Sampai tak tahu nak buat apa.

    Yes, i agree with u ols – Eh! Lama lebih mantap dan cemerlang. Dan Rosie tu aku pun minat sama dia. Aku masih ingat artikel dia tentang cinta hingga ke senja. Yes and yes, tanpa rosie sudah kurang mantap dah. Eh! sekarang sudah kurang umpph!….

    Artikel2 yang ada pun makin kurang best. Penulis utk kata wanita dan kata lelaki pun lagi la membosankan. Asik-asik cerita tentang – kenapa tak kawin lagi? Kenapa perempuan melecehkan? Kenapa lelaki amat buaya. Fedup jadiknya. Hahaha!

  13. tuan tanah Berkata:

    Cis Hana Kirana, itu semua kes zaman muda-muda tak cukup akal la… walaupun sudah baligh dan mumaiyiz, tapi masa itu masih dalam fasa-perasan-comellah-tu-sampai-nama-palsu-pun-so-plastik. Hahaha.

    Oh ya, Raihani. Lupa pula dengan penulis Badrul Bambi ni.

    imm, siapa gerangan yang memplagiat tu? Aku ingat Datin Natasha Hudson saja yang buat kerja begitu. Karya yang diplagiatnya tu dalam Eh! ke?

    Cop, cop, Women’s Weekly tu majalah Malaya ke?

    Dulu-dulu aku baca Remaja juga. Masa aku form 5 tak silap, aku start baca Seventeen, YM, Jump – kat secondhand bookshop NovelHut jual keluaran lepas2 majalah2 ni dengan harga yang boleh tahan murah. Bila aku baca YM dan Seventeen, baru aku perasan Remaja banyak cilok isu2 dalam majalah2 ni. Menyampahlah. Sebab benda yang aku dah baca kat YM/Seventeen keluar balik dalam Remaja, cuma bahasa je lain.

    Tapi bila semakin dewasa/matang (bukan tua laaaa) ni pemikiran pun dah berubah… Tak semestinya kau akan stick dengan Glam pun walaupun kau akan cuba suka. Sekarang aku baca majalah Psychologies dengan O (Oprah punya mag), tu pun depends dengan topik. Tapi majalah macam Good Housekeeping pun bagus juga. Cuma aku tak tau majalah apa yang best kat Malaya? Nona?

  14. tuan tanah Berkata:

    nett,

    Haaa… Ni pun peminat setia. Tak curang ke InTrend ke?

    Adakah sebab blog-blog macam cendawan tumbuh yang menyebabkan artikel2 Kata Lelaki & Kata Wanita dah tak berkualiti? Yelah, dengan adanya blog, siap boleh serve nuffnang lagi, at least kalau nak tulis apa2 pun boleh.

    Atau sebab Eh! dah tak best sekarang maka pembeli aka penyumbang artikel yang berkualiti pun merosot?

  15. imm Berkata:

    ain, serius aku tak ingat la nama cik kak tu. nama dia klasik semacam. standard2 arjuna kencana segala tu. apa ya? nanti la aku try browse cari nama dia.

    women’s weekly, malaysian edition. kikiki. jd isunya banyak dah dimalaysiakan. O magazine ada jual ke kat sini?? macam takde je.

    kalau aku hantar artikel semula untuk Eh!, agak2 sesuai lagi ke? kalau intrend, boleh by hand, pejabatnya depan sini je. apa ya isu orang sekarang? selain kawen/buaya/leceh tu semua, maybe aku kena buat survey, tengok apa yang menyakitkan jiwa skrg. xpun, buat je artikel condemn Eh! baru. hahaha.

  16. landaklaut Berkata:

    imm, ha ah aku ade je kat kapet tu dulu.. dulu2 laa.. giler betol camana aku bleh stuck ceting kat situ.. adoyai.. err.. adelaa nick malu plak nak mention.. hahahah.. tapi yg pakai landaklaut kat kapet tu bkn aku .. hohoho..

    women’s weekly tu majalah malaya jugak. aku suka gak baca mag tu.. dan skrg ni aku byk beli majalah parenting.. err.. diorang ni suka translate sbnrnya dari majalah luar.. sampai jadi lawak bunyinye.. aku yg gelak2 membacanya.. lawak dowh.. nak2 kalau fakta yang salah.. macam tak buat research.. kenapa tak tulis balik in ur own words rather than translate sampai kita sendiri tak faham? macam ainun cakap majalah remaja tu kan.. hahaha..

    eh eh tapi kalau ada sape2 ada perancangan mahu terbitkan majalah berkonsepkan seperti Eh! dolu2, bagitahulaa kat aku jugak.. confirm aku akan jadi pembaca setia mereka.. hihihi..

  17. ethereal15 Berkata:

    surat kau di EH! tu yang kau dapat hadiah swatch tu kan?

  18. imm Berkata:

    mak oi tulis surat dpt swatch?? aku tulis panjang lebar pun tunggu dekat 3 bulan nk rm150 je. tak adil!!

  19. imm Berkata:

    landaklaut,

    bukan kau ke tu? aku mcm ternampak bulan sudah, nick landaklaut. yg di blog eme tu kau ya? huhu.

    kau tersangkut ceting situ kau kata giler? abih aku makan gaji hadap tu hari2, cubalah kau bayangkan cemana. diorang memang hebat, layak dapat tabik laju2 sebab bertahan hadap tu 12 jam sehari bertahun-tahun.

  20. landaklaut Berkata:

    eh eh.. imm, kau keje kat situ ke? kenapa kau ngadap benda tu hari2? aku kompius jap.. ko keje mod gak ke? err.. tapi eme tu keje situ lama dah kan.. aku kenal die pun dari kawan aku yg keje situ gak.. hoho.. yg kat blog eme tu aku gak ler.. kalau kat kapet, aku tak pakai nick landaklaut. aku pakai nama aku sendiri ^0^

    ayumi, aku ingat ade satu post ainun cite pasal jam swatch die tu.. masa die terperangkap dalam satu bilik ni.. gelap gelita. kalau tak silap aku la.. kan ainun kan??banyak ropenye kenangan majalah Eh! ni kan.. dah berapa lama dah diorang di pasaran ek?

  21. tuan tanah Berkata:

    imm,

    Aku rasa aku tahu siapa beliau. Nama dia macam ada bunyi2 macam Kesuma ke Kalsum kan? Eh, Kalsum tu kawannya si Hana Kirana (dan aku juga). Kesuma kot kalau aku tak salah.

    ethereal15,

    A’ah… aku pakai sampai sekarang. Tali dengan bateri je berganti2.

    imm lagi,

    Lek, imm lek… Ala …Swatch tali plastik la… yang biasa2 tu je. Aku rasa edisi lama2 yang tak laku dah. Rezeki aku je tu surat tersiar, entah berapa ribu kot yang hantar kat Eh! masa tu.

    Tapi, memang bezalah perasaan setakat surat tersiar dengan artikel sendiri keluar dalam majalah. Kalau artikel tu, kau akan rasa happy gila babi, dan rasa nak baca berkali2 lagi, padahal kau yang karang artikel tu sendiri.

    Masa aku form 3, cerpen aku pernah keluar akhbar (yang tak popular). Aku hantar kat Minda Pelajar sebenarnya sebab masa tu ada sayembara cerpen anjuran Jabatan Perpaduan. Tapi Minda Pelajar tak siarkan, Jabatan Perpaduan yang ambil cerpen tu masukkan dalam akhbar diorang – akhbar Jiran.

    Masa tu memang rasa best gila, walaupun dapat bayaran RM40 je… tapi first time beb, walaupun macam tak berbaloi, perasaan tu bukan boleh diukur dengan wang ringgit.

    Oh ya, time tu aku punya nama palsu lagi dahsyat. Bunyinya dah ala-ala macam nama heroin novel2 Alaf21. Hahaha… time tu pengaruh Ahadiat Akashah masih kuat. Hahaha. Kalau diingat2kan balik nama palsu aku tu, mau aku sendiri muntah darah. What was I thinking using that kind of nickname?

  22. tuan tanah Berkata:

    landaklaut,

    Yep. Banyak jasanya Eh! ni kat aku… Sayang sangat bila dikenang2.

    OK, setakat kondem je, siapa2 pun boleh buat. Jom kita bagi pendapat macam nak bestkan Eh! macam dulu2.

    Aku cadangkan diorang keluarkan artikel2 bermutu. Setakat isu kenapa saya tak kawen lagi, kenapa lelaki mata keranjang, kenapa perempuan melecehkan… itu dah biasa beb. John Gray dah kupas dah pun dalam Lelaki Dari Marikh, Wanita Dari Zuhrah.

    Satu lagi bab fesyen. Imm cakap fesyen2 dia tak sesuai utk dipakai di Malaya atau oleh2 perempuan bertudung. Eh! kena buat sesuatu. Tak semestinya yang pakai tudung tak boleh bergaya. Memang limited, tapi kreatif la sikit. Bagilah idea untuk perempuan2 bertudung fesyen. Boleh tengok kat http://hijabstyle.blogspot.com untuk some ideas. Tapi sesuaikan dengan baju2 kat Malaya la jugak.

    Kalau untuk yang tak bertudung, pilihan banyak sikit. Tapi Eh! kena fikir, ia as a magazine, kena ada tanggungjawab sosial. Jangan sebab orang tak bertudung boleh pakai apa2 pun, Eh! pun taram sajalah, asalkan fesyen. Walaupun tak bertudung, pakaian kena sopan. Janganlah asyik2 fesyen tunjuk bahu, tunjuk ketiak, tunjuk paha segala. Ini aku tengok, perempuan Melayu pun dah berani pakai shorts, udah macam zaman Joyah dengan Dharma Harun ArRashid muda-muda punya fesyen pulak. Kita dah banyak sangat artis2 yang boleh dijadikan “role model”, Eh! janganlah pulak menggalakkan sangat fesyen2 barat ni.

    Hummm… what else?

  23. landaklaut Berkata:

    ermm.. aku nak cadangkan kurangkan penggunaan model bermuka mat salleh.. huhu.. kadang2 bila dah banyak sangat, aku rasa macam baca magazine antarabangsa plak.. padehal ramai je lagi model muka tempatan kat luar. adekah mereka mempunyai pemikiran yang mengatakan bila guna model muka ala2 pan asia, maka ramai customer yg akan beli barang itu? apa salahnya guna model tempatan.. kalau mekap, nampak mcm hi-fashion jgk..

    atau mungkin tak mahu disamakan dengan majalah nona, wanita, keluarga.. kot.. huhuhu..

    yelaa aku setuju. kadang2 fesyen yg ditunjukkan sungguh tidak realistik dengan keadaan dan cuaca di malaysia.. Intrend keluaran yg cover siti tu, ade tunjuk cth2 baju yg boleh dipakai dengan tudung. cuma berani atau tak je.
    tudung ekin pakai pun dh popular kat sini skrg..

  24. nforname Berkata:

    dulu taim stadi fanatik gile dgn eh! stiap bulan mula mencari di serata tempat. oh waktu tu sangatlah susah untuk ketemu eh! ye dulu sangatlah suka dengan tulisan wirda adnan dan rosie haslinda, kata lelaki dan kata wanita. dah lamaaaa sangat tak beli bila wirda dan rosie takde. tak berbaloi pulak rasanya nak beli sekarang. he..

  25. imm Berkata:

    landaklaut, iya, bkesempatan jd mod malang di sana. haha. rasia2. aku malu kwn2 tau aku keje situ. sbb mcm totally lari dgn prangai sbnr aku.

    betul. model luar byk sgt, mcm la muka org msia x boleh lariskan majalah. tudung ekin tu, aku tak minat la. mcm x sesuai dgn aku. muka bulat, pakai tu, disaster la!

    ain, ha kesuma agaknya nama dia. tu la, muka dia je aku igt. psl fesyen kan, skrg aku dah mula menempah baju ala-ala jubah seluar, tapi utk digayakan dgn jeans, pakaian rasmi masa study dulu. tgh cadang nak beli trench coat la, senang kan, mau cover tshirt kalau aku kat luar. aku minat btl fesyen budak2 arab masa kat uia dulu. pernah try menyamar jd student luar, berjaya jugak, sbb masa sem 4, lecturers tak tau aku org malaysia. haha.

  26. nett Berkata:

    Kawan-kawan,

    Aku rasa baik panggil balik Wirda Adnan dan Rosie dan geng2 lama. Dan buat balik yang baru. Memang nampak makin ok Eh! tu, tapi memang betui2 kurang umpphh dah.

    Kalau aku beli Eh! Aku suka baca ruangan Wirda dulu di belakang Eh! tu.

    Aku rasa apa kata kalo kita emelkan Eh! komen2 di sini?

    hehe

  27. aku mmg hensem Berkata:

    koleksi majalah2 Eh! yg brada di rumah kalau dijual dpt pulangan yg mmberangsgkn…

    duit bkn segala-galanya tapi segala-galanya memerlukn duit

  28. imm Berkata:

    nett, aku setuju. baik emelkan je, biar mereka tau, kita rindu Eh! yang dulu.

  29. tuan tanah Berkata:

    Bagus tu. Siapa nak tolong emelkan? Akukah?

    Menangis Asiah Mion karang, tengok semuanya dok support Wirda dengan Rosie.

  30. imm Berkata:

    Ain, seharusnya kamu, selaku tuan tanah. haha.

  31. balq15 Berkata:

    Women’s weekly edisi Malaya. Yang asal edisi Australia kalo tak silap. Ni tengah nak berjinak-jinak dengan mag parenting. Hahaha…

    imm, kat mana yang takde O Magazine tuh? Kalo di Malaya tak silap di MPH ada. If takde leh wat special request. Masa saya keje kat MPH Ipoh dolu, ada sorang customer nih memang wat special request for O Magazine and other mags yang takde jual di Malaya. Tetiba teringat betapa seronotnye time keje kat MPH dolu. Leh borrow buku dengan bermaharajalela.

    Eh, Hafezin ke mana sekarang ye? Teringat dolu masa dia masih dengan Eh!, saya ada sekali dua hantar artikel kat Hafezin meminta pendapat. Bila email saya dibalas, sangat-sangat teruja. Hahaha…macam budak-budak plak.

    Jom, kita buat magazine ala2 Eh!. Panggil semua pelopor2 Eh! – Wirda, Rosie, Airil, Hafezin, Saharil, Faizal. Hahaha…Less fashion & beauty tapi penuh dengan artikel2 bagus.

  32. nett Berkata:

    yer,
    aku jugak menyokong tuan tanah yang emel

    kekkee

  33. Teech Airil Berkata:

    Whoopsie…

    Sekadar menambah apa yang sudah ditulis sebentar tadi dan untuk mencelah masuk diskusi tentang EH!

    1. Puan Asiah Mion punya visi yang berbeza dari Puan Wirda Adnan, mereka sahabat, sama-sama editor yang hebat. Sama-sama selalu berbeza pendapat tentang EH!

    2. Skop ‘total fashion’ majalah EH! kami rasakan membuat pembaca beralih ke majalah lain. Itu yang telah cuba kami luahkan kepada majalah itu. Kami gagal.

    3. Wujudnya ‘GLAM’ mungkin menjadikan majalah EH! seperti anak tiri yang memerlukan kasih-sayang ibu editor yang menjurus ke ‘Gaya Lebih Anggun dan Mewah – GLAM’.

    4. Seperti yang telah anda semua kongsikan, kekuatan EH! terletak di dalam skop gaya hidupnya. Tetapi sayang, skop ini dikurangkan dengan drastik.

    5. Sesungguhnya amat sedih apabila EH! meminta kami jadi dewasa dan meneruskan hidup, bersendiri. Dengan hati yang sebak, keputusan yang telah dibuat harus diterima.

    6. Sahabat saya, Saudara Faizal Hamid yang lebih TUJUH tahun menulis serta melukis tentang fesyen di EH! juga baru-baru ini dipencenkan.

    7. Akan tetapi, dunia yang maha luas ini memungkinkan eksplorasi dan pendedahan di media lain pula seperti di radio dan televisyen, tidak lupa juga buku serta majalah lain seperti di Karangkraf.

    Namun, ada detiknya EH! menjenguk di tingkap memori kita semua. Semakin dewasa, semakin kita sedar dan tahu – tempat jatuh selalu terkenang, inikan pula tempat bermain dengan ayat dan kata-kata. Eh? Melalut pula saya. Salam hormat penuh takzim. Semoga terus membaca dan dibaca!

    Ikhlas,

    Airil Haimi Adnan

    Google search: ‘teechconsult -techconsult’

  34. tuan tanah Berkata:

    Salam.

    *Terkedu sekejap*

    Whoaaa!!! Airil masuk sini & tinggalkan komen.

    *Teruja*

    *Speechless*

    Errr… tak tau nak komen apa. Nantilah sambung.

  35. landaklaut Berkata:

    wahhh..

    tak sangka..

    thanks encik airil kerana sudi berkongsi maklumat tentang EH! jugak.. hehehe..

    iyelah saya pun perasan yang ruangan Faisal Hamid tu dah takde.. hurrmmm.. :( — walaupun tak baca sangat ruangan itu, tapi kadang2 berguna juga.. :)

  36. imm Berkata:

    waaaa encik airil pun masuk bagi komen. Ain, mesti kau siap mimpi2 dia malam ni. haha.

    Encik Airil, maka kesimpulannya bagaimana? kalau nama2 besar (mcm encik sendiri) pun gagal memujuk Eh! kembali ke landasan asal, apa sangatlah daya kami ni, kan? Jadi kami perlu lupakan terus Eh! yang baru, dan kekalkan Eh! lama dalam memori semata?

    Tak bestnya! Jadi sekarang aku nak baca majalah apa??

  37. HerD Berkata:

    Baca mag Pa&Ma(itu aje yg aku found interesting skrang nih), Parenting, Mami&Baby(which I’ve to admit, tadi aku beli sebab cover dia – coz mcm comment imm – bile diambil bulat2 dr overseas mag, baik aku beli terus yang english dari mag yg dimelayukan; ya Allah – nak pengsan aku baca translation yg bertabur!) sesuai…utk umur kite yg nak masuk 30..n now facing this challenging phase called motherhood! (**;)
    Aku pun sama, dulu mmg peminat setia Eh! Tiap2 bulan beli (mase tggal kat Shamelin-college years, Suz ngan Fiza selalu pinjam mag Eh! aku)coz aku mmg minat tulisan Wirda Adnan(aku still simpan tulisan dia di Jelita pasal teenagers..I read when I was 12 kot) and of coz Rosie…artikel dia boleh buat aku termenitis air mata(xsilap aku-article pasal mak dia on her solemnisation day).. kat sini jugak, aku kenal feisal tehrani(minat sgt ngan episode novelnye tuh, si ensem Airil(dia skrang tulis dlm majalah Pa&Ma, if not mistaken)but mcm yg lain2 ckp; once both of them left Eh! & the rest mentioned followed, terus aku pun ilang keterujaan dgn majalah itu..(too much of fashion advert + tulisan org yg aku rase xmenarik lgsung utk aku spend money on it)
    GLAM…I sometimes bought it coz I miss reading Kak Wirda’s articles. I’ve to admit, she is much more glam+ anggun these days…but still her writing is worth to read!

    ~HerD~

    P’S: Ainun, cube ko email this entry to Kak Wirda; mane tau b’jaya buke mata diorg to reunite and revamp back the Eh!..

  38. Raihani Mohd.Saaid Berkata:

    Salam,

    Sejak InTrend ada bos baru, banyak ruangan ‘cari makan’ kami (Saya, Saharil, Hafezin) yang telah dighaibkan. Makin lama makin susah cari majalah yang bukan saja menghidangkan halwa mata tapi juga bagi pembaca berfikir dan beremosi. Kami juga makin merasakan tiada kepuasan menulis untuk Sembang Raden (berselindung di balik pseudonym bukanlah best sangat.Hahaha)

    Saya rindu Eh! dan InTrend yang lama.

  39. imm Berkata:

    hurm. no wonder sembang raden kdg2 bertukar nada penulisan. tukar2 writer ke? aduhai..

    tlg la pujuk org2 besar Eh! buatkan mjlh baru mengganti Eh! lama.

  40. tuan tanah Berkata:

    Oh, Sembang Raden itu ditulis oleh orang2 yang berlainan rupanya. Maaflah, saya baca In Trend pun sekali dua saja (kecik hati punya pasal), tak ingat pun sangat pasal Sembang Raden ni.

    Apapun, ada seorang kawan saya yang baik hati sudah forwardkan link blog ini pada Puan Wirda. Wallahu’alam sama ada beliau dah baca atau belum. Kita usaha sajalah dulu kan?

  41. lilyhaslina Berkata:

    salam tuan tanah..
    tumpang baca, tumpang lalu ye!

  42. imm Berkata:

    wah kak lily pun datang.

    kak lily!!! tolong la kembalikan semula Eh! kami!!

  43. imm Berkata:

    nett,

    betul. yang bermakna dlm Eh! skrg pada aku cuma muka surat belakang, ruangan Wirda. Jadi aku duduk je kat kedai buku, baca page itu, senyum2 dan terus letak balik Eh! di rak. haha.

    Ain, ada harapan entry yang ni jadi bahan rujukan utk kembalikan kegemilangan Eh!. Dulu, tiap bulan baru, mau cari Eh! di kedai atau gerai buku, siap kena berpesan-pesan dengan pemilik kedai, suruh simpankan 1 untuk aku. Sekarang, nampak Eh! pun langsung tak rasa apa. Maybe betul la.. Sebab Eh! dah hilang jiwanya. Minus Wirda, minus Rosie, minus barisan penulis artikel yang hebat-hebat itu, Eh! terus hilang penariknya. Kan?

    Bulan ini, fokus Eh! ialah fesyen dan solekan semata. InTrend lebih malang, isu kenapa gadis suka suami orang. Ya Tuhan.. Isu ini aku rasa sudah basi. Macam hilang idea mau cari isu yang lebih menarik, asyik kitar semula isu lama.

    Btw, web kedua-dua mags ni tak menarik la. Apsal ya?

    http://www.eh.com.my >> dah bertahun-tahun, masih rupa sama, ada pautan yang tak berfungsi sejak kali pertama aku buka laman ni.

    http://majalahintrend.com.my >> masih pamerkan edisi dato’ CT, padahal ini sudah bulan mac. ish2. lagi teruk.

  44. tuan tanah Berkata:

    Salam Kak Lily.

    Haa… alang-alang datang menjenguk di sini, tolong sampaikan salam rindu kami buat Rosie.

    Sampaikan pesan: Ada perempuan-perempuan kontemporari di luar sana yang bukan setakat mahu tahu apa yang terkini di kaunter solekan atau di runway Paris dan Milan, tetapi kami mahukan diskusi yang membangkit minda, buat mengisi cepu kepala dan cepu nurani. Masih ada perempuan-perempuan Melayu yang peduli akan isu-isu sejagat, bukan setakat mahu tahu maskara mana yang lebih hebat.

    imm,

    Aku rasa yang ada latar belakangkan web developer pun boleh minta kerja di Eh! dan In Trend ni. Aku rasa sepatutnya majalah2 ni selain buat majalah dalam betuk kertas, boleh juga isikan sesuatu dalam web mereka. Diskusi ringkas yang memerlukan respon yang pantas misalnya.

  45. lilyhaslina Berkata:

    wah wah semangat sungguh adik-adik di sini ye!
    nantilah.. kak lily akan berkirim pesan pada rosie.
    sebenarnya, kelmarin waktu terjumpa laman ni, akak ada berkirim sms pada rosie. harap-harap dia dah baca.

    emmm… Eh yang lama akak sendiri masih simpan dan sayang. sebab ‘terasyik’ dgn cara rosie menulis.. ha!ha!ha! dia sebenarnya jauh lebih bagus dari kak lily sendiri bila menulis….

  46. balq15 Berkata:

    Wow…

    Airil tinggalkan komen…
    Kak Lily Haslina tinggalkan komen…
    Kak Rosie bila lak nak tinggalkan komen?

  47. lilyhaslina Berkata:

    adik balq15…
    salam kenal ye..
    hah!ha.. rosie haslinda amat jarang jarang jaraaanggg sekali ber online… tak apa.. nanti akak berkirim pesan

  48. balq15 Berkata:

    Huuu…Kak Lily tegur saya di ruangan komen cik TT.
    Tersipu-sipu malu…muahahaha…

  49. ~Imm~ Berkata:

    ain!! kita berjaya!!! saharil dah kembali menulis di intrend rupanya. waaaaa!! mlm ni aku mesti pegi beli! kau nak? bak sini alamat. haha.

  50. saharil Berkata:

    alamak, saya terasa speechless dan tersangat flattered dan rasa not worthy lah pulak membaca semua ini.

    berpengaruh jugak korang semua, mungkin laman2 ini yang membuatkan Rosie mencetus perubahan. dia ubah design dan ruang majalah inTrend mulai bulan mei ini. terima kasih semua orang. minta-minta perubahan kepada yang lebih baik.. :)

  51. ~Imm~ Berkata:

    ngeee encik saharil… sgt comel gambo kamu. saya rasa mau curik dan save di laptop saya. lalala~

    btw, encik saharil, kalau kamu tak sebaik yg kami kata, takkanlah kamu saya lantik jd hero saya. selamat menulis dengan gembira ya. seronok sgt kamu dah kembali ada ruangan sendiri.

  52. tuan tanah pencen Berkata:

    Imm!!!!

    *Speechless*

    Syukur Alhamdulillah, sebab akhirnya mereka buat sesuatu.

    Kepada semua yang kongsi komen-komen dalam ni, congratulations guys! We did it! *big grins*

    Ironinya, aku tak dapat baca pun In Trend yang terbaru. *Sob*sob*

  53. ~Imm~ Berkata:

    cemana ya? kesian lak utk yg jauh2 ni. nak dipos ke sana? ke aku patut scan je setiap muka dan emelkan? hahaha mana satu?

  54. landaklaut Berkata:

    simpan satu utk cik TT sambil tunggu cik TT balik. hoho.

  55. tuan tanah pencen Berkata:

    No worries guys.

    Dah pesan orang belikan. Tapi kalau dia tak belikan… hmmm… pasrah sajalah.

  56. nforname Berkata:

    tuan tanah tanak bergiat aktif semula ke. ternanti2 entri baru. dah pencen pun penulis2 hebat sempat singgah ke sini meninggalkan jejak.

    p/s : selain puan wirda dan puan rosie saya suka baca tulisan encik airil ^_^

  57. aig Berkata:

    wirda adalah manusia yang paling sombong dan bongkak penah saya jumpa

  58. ~imm~ Berkata:

    AIG : mungkin kamu belum habis mengelilingi dunia, maka setakat beberapa kerat manusia yang kamu jumpa, kamu hukumkan wirda sebegitu hina.

    tak baik.. seburuk-buruk mana pun dia, pasti ada kebaikannya. dia bongkak pada kamu, namun pasti ada org lain yang anggap dia sgt mesra dan peramah.

    aku suka tulisan dia. tak perlu mau tau bagaimana perangai dan kelakuan dia di luar lembaran majalah, sebab aku rasa lebih baik aku tumpu menjaga peribadi aku. memburukkan sesama manusia itu sebenarnya aku rasa lebih hina.

    kami bercakap tentang kehebatan penulisannya, kamu bercakap tentang kelakuannya. apa tujuan kamu? memburukkan dia?

    *ketawa* kamu tau pertimbangan dosa pahala? jadi jangan jadikan entri TT ini tempat kamu menabur dosa ya.

Tinggalkan jawapan