Aku penat

By tuan tanah

… dengan dua soalan ini:

(1) Bila mahu kahwin?

(2) Bila mahu pulang ke Malaya terus?

Sebab aku tak suka berkongsi life plan aku dengan orang lain. Apabila tiba masanya aku buat, aku akan lakukan. Tanpa publisiti. Tanpa promosi.

Lagipun banyak lagi isu lain yang seharusnya menuntut perhatian yang lebih daripada kalian. Isu-isu tentang umat dan masyarakat Islam yang hilang akhlak dan moral contohnya, yang lebih layak kalian khuatirkan. Lainlah jika kalian arif benar yang aku memang sudah sesat larat lupa kiblat lupa akhirat di sini dan wajar ditunjukkan siratul mustaqim. Atau kalian dapat tahu aku diusung jantan ke sana ke mari dan duduk bersekedudukan tanpa nikah berlama-lama. Nah, ketika itu kalian memang sudah tahap wajib bertanya tentang urusan nikah kahwin aku.

Masalahnya aku tiada masalah itu.

Jadi simpan saja inkuiri kalian itu.

Doakan sahaja aku selamat di sini.

Tolong ya.

Label: