Hana Kirana yang suruh buat. Tiada kena mengena dengan tujuan mencari bakal suami.
.
7 ciri-ciri wanita/lelaki idaman anda:
Sesetengah orang ada ciri-ciri padanya yang saya suka, tapi itu tak bermakna saya suka pada dia pun.
Benda ‘soal hati’ ni rumit (yo-yo-o je). Macam inilah, bila saya jumpa dia, kami boleh ‘click’. Itu saja.
.
7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup:
Malaslah nak buat poin. Buat macam cerita sajalah.
OK, semua ini kes minat orang secara geli-geli sahaja, nothing serious. Contohnya Keanu Reeves. Saya suka sangat dia semenjak zaman Speed lagi. Walaupun ada orang kutuk dia kayu bila berlakon, dia kacak. Itu fakta.
Masa tingkatan dua, ada drama Jaguh-Jaguh dalam slot Spektra TV1 tiap-tiap petang. Eizlan Yusuf yang berlakon sebagai pemain badminton bernama Sulaiman telah menyebabkan saya yang tak berminat langsung bersukan selama ini, tiba-tiba teruja gila nak main badminton masa PJ. Dalam cerita tu Sulaiman ni harap muka saja kacak, tapi cepat putus asa sedangkan kawan seperjuangan dia si Mazlan (pelakonnya tak ingat siapa, sebab kurang kacak jadi saya tak ambil peduli) seorang yang bersemangat kental. Kakak saya pernah tegur saya, “Buat apalah kau suka si Sulaiman yang lembik tu?” Saya jawab, “Tapi dia kacak.” Itu juga fakta.
Masa saya mula-mula tengok Tom Welling, dalam fikiran saya, “Ya Allah, ada manusia sekacak ini dalam dunia zaman sekarang ini?” Tapi lepas tu saya dah tak minat dia dah. Smallville pun saya tak pernah ikuti secara konsisten. Maka di sini saya membuat satu deduksi bahawasanya itu adalah cinta pandang pertama. Bila pandang kali kedua dan seterusnya, dah tak rasa apa-apa dah.
Tatkala mula-
mula Lord of The Rings ditayangkan, menonton Orlando Bloom sebagai Legolas Greenleaf yang kacak bergaya dengan rambut panjang lurus perang mengurai, dengan telinga pointednya dan dengan perkasa memacu kuda sambil memanah makhluk-makhluk jahat lagi durjana, aduh… bisa saja membikin diri ini bagai terawang-awang di awan sembilan (on cloud nine). Tetapi apabila dia berlakon sebagai Paris yang lembik, lemah dan merampas isteri orang dalam Troy, serta-merta perasaan suka saya tersirna begitu saja. Biarpun selepas itu dia tampil gagah sebagai Will Turner dalam Pirates of The Carribean, ia masih tidak mengubat hati yang tercedera terkecewa. Seperti biasa kakak saya tidak menyokong lelaki kesukaan saya, “Apalah kau ni suka dengan lelaki jambu? Carilah yang macho-macho sikit macam Aragorn tu.”
Pertama kali saya tengok Fahrin Ahmad berdiri mengayuh sampan (ke rakit?) dalam Puaka Tebing Biru, saya terfikir
“Wuuu.. cantiknya ciptaan Tuhan!” Tapi apabila dia buat adegan keji lagi tak senonoh dalam filem itu, (dah la berzina, tak bertaubat pulak tu! Ish… ish…) darjah kekaguman saya pada kekacakan beliau jatuh ke bawah sifar serta-merta. Yep, saya juga moralis walaupun itu sekadar lakonan semata-mata.
Masa saya sekolah tingkatan empat, saya dan kawan saya suka usha seorang mamat kelas Perdagangan ni. Dia tak kacak, tapi smart. Smart ya amat – uniform sekolah kemas bergosok, baju tak pernah tak tucked in, pakai tali leher dari mula waktu belajar sampai balik sekolah, kasut putih berkapur. Selain itu kami juga suka usha seorang senior kelas Sains ni. Abang ni pelajar baru dari Kedah, comel nak mampus. Hari-hari mak dia hantar dia pergi sekolah. Rasa sejuk saja mata memandang apabila tiap-tiap pagi dia cium tangan mak dia apabila nak keluar kereta. Hai… Dahlah comel, anak soleh pula tu. *dreamy*
(Oh ya, hari tu terjumpa balik abang senior anak soleh itu dalam satu laman networking, dia sudah berevolusi menjadi manusia yang comel tak berapa nak mampuslah pula. Kenapakah lelaki-lelaki yang comel/kacak semasa zaman remaja, kecomelan/kekacakan mereka akan merosot apabila dewasa? Ini satu kemusykilan.)
Opps terlupa pula, pacar imaginasi, Pierre Andre. Sebab itu saya jaki dengan Maya Darina Dahlan Hines. (Haha. Tak kuasa.)
OK, kesimpulannya, kebanyakan lelaki yang saya geli-gelikan adalah kerana saya menilai mereka melalui paras rupa mereka saja. Pandangan mata selalu menipu, bak kata orang bijaksana. Jika kamu ingin menjadi orang yang bijaksana seperti saya, janganlah terpedaya dan mudah terpesona dengan paras rupa semata-mata.
.
7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati:
Hormon adrenalin pun dirembeskan oleh kelenjar adrenal. Ini pun fakta.
.
7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:
Ke hujung dunia, ke bintang kejora… (Chewah!)
.
7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda:
Sayalah. Saya tak cukup istimewa ke? (Poyo)
.
7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan:
Apa kelas menyanyi? Apa kata kita berdansa Waltz ke, Foxtrot ke, Quickstep ke, cool sikit.
.
Bubuh tanda 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini:
Macam biasa, tag ini berhenti di sini.
Saya masih hensem, dari kecik sampai laa sekarang. Haha.
ohhh…sungguh judge the book by its cover…wakakaka
Zen,
Rare species kot kamu ni.
balq15,
Bukanlah. Itu namanya menikmati dan mensyukuri keindahan ciptaan Tuhan. Hoho.
oh. tag ini paling sukar untuk dijawab. saya masih gagal menjawabnya.
litium,
Berusaha! Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya (apa kena mengena ntah)
HAHAHAHHAHAHAHAHA
thanks sebab buat tag ni. sori belum reply emel. tapi dah baca. aku tengah khusyuk nak habiskan buku cerita aku. aku terhibur baca tag kau. nak gelak lagi
HAHAHAHHAHHAHAHA
aku pun (pernah) minat eizlan yusof masa time cite jaguh2 ni dulu.. sanggup gi duduk kat tangga lounge time maghrib, join senior tgk cite ni.. hahahah.. (masih memikirkan kenapa aku minat die dulu.. urmmm~~)
Salam,
macam2 TT nie, takper la yang penting u are straight!!