Update:
The video is misleading, so I decided to delete it.
I am very sorry for the confusion.
See more from Sabbah’s Blog.
And thanks Yasmina for pointing that out.
~:~
Aku lepas menghantar Hana dan kawannya di perhentian bas di O’ Connell Street, di hadapan GPO bila aku dapat flyer di sebelah. Ada dua demonstrasi – pada hari tahun baru dan pada hari Sabtu.
Aku contemplated mahu pergi.
Sejak aku belajar sikit-sikit tentang The Secret dan aku belajar sikit-sikit pasal pemikiran positif, dan sejak aku dengar ceramah Jack Canfield pasal kuasa minda, to be exact sejak beliau cerita pasal Mendiang Mother Theresa, apabila ada orang bertanya mendiang kenapa mendiang tak pernah turut serta dalam demontrasi anti perang, dan mendiang jawab, “Saya tidak akan turut serta dalam demontrasi anti perang, tetapi jika ada rapat umum pro-keamanan, saya akan menghadirinya.” Aku macam tertarik akan pendirian mendiang.
Tetapi nak menunggu demo pro-keamanan, bilakah masanya? Demo anti-perang selalu sangat dah. Apabila tiba-tiba sebuah negara kena bom, pasti ada demonstrasi. Lepas tu senyap. Tunggu kena bom lagi untuk buat demo yang seterusnya. Hmmm…
Bila aku baca berita, dan tengok video tentang Palestin yang berlaku baru-baru ini, aku rasa hati aku macam kertas yang direnyuk dan digumpal. Aku fikir, kalaulah aku ni tak normal, kalaulah aku ni ‘different’ macam May Boatwright dalam The Secret Life of Bees, barangkali aku pun ada wailing wall aku sendiri. Wailing wall yang aku selalu lawati setiap kali aku rasa sedih dengan kisah-kisah kedukaan dunia.
Palestin; bila tak dibom Israel, yang sesama Islam – Fatah dan Hamas pulak yang bergaduh. Dah macam perang saudara pulak. Entah apa-apa. Semuanya sebab kuasa. Sebab politik. Dan aku rasa menyampah sangat.
Kemudian aku baca, kalaulah Tebing Barat tiba-tiba aman, maknanya Hari Kiamat sudah dekat benar. Buat aku pulak yang rasa sangat takut. Tapi takkan nak doakan Palestin pulak terus berperang? Mementingkan diri sendiri namanya. Semua ini buat aku rasa bertambah hopeless, dan buat aku rasa tak berguna, tak buat apa-apa pun untuk tolong saudara seIslam aku sendiri.
Dan semua ini membuatkan aku rasa bertambah sedih dan takut menjadi umat akhir zaman.
Label: Qronic Qronicles
Januari 5, 2009 at 2:03 am
aku tak sanggup nak tengok video tu sampai habis la :’(
Januari 5, 2009 at 3:04 am
The above video is not from January or the current attacks by Israel. The video is from 2005, when a Hamas pickup truck carrying rockets detonated at a rally.
You can verify this information here:
http://www.reddit.com/r/politics/comments/7n4re/graphic_video_of_israel_defense_forces_attack_on/9rj2
Januari 5, 2009 at 3:39 am
dlm kes ni aku tak salahkan amerika atau negara2 kafir lain.itu mmg dasar mereka yg anti-islam. dah nama pun kafir. aku salahkan org2 dan negara islam itu sendiri yg tidak ingin bersatu atas satu nama i.e ISLAM
Januari 5, 2009 at 3:41 am
Hmmm…sedangkan Hamas dan Fatah yang sesama Muslim pun bersengketa, dan negara-negara Arab yang lain bagai menutup sebelah mata, bagaimana kita, yang berada di bumi sebelah sini mahu berbuat apa-apa? Hanya mampu berdoa…*terkilan dan sedih*
Januari 5, 2009 at 8:55 am
tunggu yahudi di puncak kekuasaan mereka… lepas tu… abis la yahudi laknatullah tuh seme…
Januari 6, 2009 at 7:32 am
Waktu macam sekaranglah, berangan nak ada super power. Tapi mampukah? Huhukk..
Januari 6, 2009 at 2:32 pm
berkongsi rasa yang sama. Tetapi itu pun tidak mudah.
Januari 6, 2009 at 6:46 pm
umat Islam kena bersatu… jika dilihat semula, negara islam ni kuat dan kaya raya lak tu… tapi entah la…
Januari 6, 2009 at 7:26 pm
Kalu bisa boleh mahu saja aku pegi ke sana utk tolong mereka…agak hampir dengan tempat di mana aku berada sekarang ini..
Aku ada jumpa satu saudara ni di tempat kerja aku tidak lama dulu, mula ingatkan mat saleh. Dia perkenalkan diri my name is…. I’m Palestian but lived in Canada. Inilah kali pertama aku berinteraksi dengan saudara ku dari Palestine ni. Aku beritahu dia, satu hari aku akan pergi ke Biatul maqdis(Palestine) untuk ziarah masjid di situ dan lihat sendiri macam mana keadaan di situ…Ya Allah selamat kanlah saudara2 ku di Palestine itu.. dan hancurkan seluruh tentera IDF keparat yang sedang mara ke dalam Gaza sepeti mana mereka tewas dgn Hizbollah tempohari.. Insya Allah..
Januari 6, 2009 at 8:27 pm
Hari ni baca berita pasal pelajar2 di Iran beramai-ramai mendaftar sebagai ’suicide bomber’ secara sukarela.
Saya selalunya tak setuju dengan idea ’suicide bomber’ ni tapi bila mengingatkan bahawa mereka sanggup mati dan tinggalkan keseronokan dunia kerana jihad dan agama, rasa respek jugalah.
Kemudian colleague di pejabat pula cerita kemungkinan besar Pakistan juga akan diperangi apabila US menambah tentera di border Afghan-Pakistan.
Krisis dunia makin lama semakin meresahkan.
Januari 7, 2009 at 3:55 am
aku sumpah barack jadi borat!
Januari 11, 2009 at 5:00 pm
perihal students Iran.
kesian kan.
nak jadi pejuang berani mati menolong Gaza pun tak lepas.
takde yg boleh masuk dan keluar dari Gaza.
kejam.