So, okay.
Saya pernah terlibat dalam satu operasi pembunuhan tikus.
Kemudian suatu hari, ada satu filem larut malam tentang tikus yang telah saya tonton dengan penuh minat. Padahal cerita itu berkaitan seorang lelaki berkawan dengan tikus semata-mata. Heronya tak sekacak mana pun. Dan sebab filem itu saya tersuka dengan lagu Ben yang Mikaeel @ Michael Jackson nyanyikan masa zaman kanak-kanak dia. Ben dalam filem itu ialah seekor tikus yang besar, ketua segala tikus.
Selepas itu pula ada satu lagi cerita tentang tikus yang saya suka. Ratatouille. Kali ini pasal tikus pandai memasak pula. Tikus pun pandai memasak? Tak boleh jadi ni.
Sekarang pula ada seekor Frank yang Chiko-chan bela di rumah kami. A’ah, Frank bukan tikus, rupa ia saja yang seperti tikus sebab ia adalah seekor hamster. Ya adik-adik, seperti guinea pig, hamster bukanlah dalam golongan babi walaupun ada perkataan pig dan ham pada nama bangsa mereka. Macam siput babi juga, siput babi bukanlah saudara bau-bau bacang dengan babi. Dan macam hamburger juga. Walaupun ada perkataan ham, tetapi burger dalam hamburger ialah burger daging lembu. Kalau daging babi, ia dipanggil BLT (Bacon, Lettuce & Tomato). Sila jangan salah faham, ya.
Eh, kita tengah bercerita tentang apa tadi? Tentang tikus, kan? Kenapa boleh melalut tentang babi pula ni?
Sebenarnya saya nak cerita tentang sebuah novel yang saya baru baca baru-baru ini. Ya, novel pasal tikuslah, takkan pasal babi pula kot.
Tajuk novel itu ialah Firmin karya Sam Savage.
Novel ini sangat menarik. Kalaulah bukan sebab ada nama Sam Savage tu pada kulit buku ni mesti saya ingat memang si Firminlah yang menulis novel itu. Ianya ditulis dengan sangat bagus sehingga saya rasa saya sedang bersama-sama Firmin melalui pengalaman hidupnya.
Novel ini mengisahkan Firmin yang dilahirkan di bahagian bawah tanah di sebuah kedai buku Pembroke Books milik Norman Shine di Scollay Square, Boston. Kerana Firmin sedikit kecil dan lemah (runt), ia selalu ketinggalan berbanding adik-beradiknya apabila tiba masa makan. Maka, untuk menghilangkan rasa lapar, Firmin akhirnya mengunyah buku-buku dan dengan demikianlah Firmin tiba-tiba menjadi cendekiawan dan memiliki kebijaksanaan membaca dan cintakan kesusasteraan. Walaupun Firmin tikus yang intelek, ia tidaklah berfaedah kepada bangsa tikus. Firmin tetap seperti tikus biasa yang lemah.
Setiap hari Firmin akan membaca, membaca, dan membaca. Jika tidak membaca, ia akan berimaginasi, atau berfikir. Atau ia akan keluar ke Rialto Theatre mencari makanan. Ketika Rialto Theatre menayangkan filem erotik pada waktu tengah malam, Firmin turut menontonnya sambil mengunyah saki-baki bertih jagung. Firmin selalu membayangkan dirinya sebagai seorang manusia yang terperangkap dalam jasad seekor tikus yang lemah.
Firmin sangat berharap ia dapat berkenalan dan berinteraksi dengan Norman, kerana bagi Firmin, Norman adalah seorang manusia yang hebat (sebab dia tauke kedai buku). Tetapi Norman pula seperti manusia tipikal, apabila dia ternampak Firmin buat pertama kali, perkara pertama yang dilakukan olehnya ialah meracun Firmin. Firmin sangat naif dan menyangkakan bahawa Norman memberinya makanan, dan hampir-hampir mati keracunan, tetapi sebab ia pandai membaca (label kotak racun) ia pun terselamat.
Seterusnya Firmin berusaha berinteraksi dengan manusia lain dengan mempelajari bahasa isyarat melalui buku yang dibacanya. Cuba bayangkan, seekor tikus membuat bahasa isyarat. Tentulah pelik rupanya, sehingga manusia yang melihat gelagatnya menyangkakan ia adalah tikus yang terkena sawan babi. (Eh, babi lagi.)
Firmin menceritakan dengan penuh terperinci akan pengalaman hariannya. Firmin melihat dan menceritakan keadaan Scollay Square yang berhadapan dengan pembangunan. Satu demi satu kedai dirobohkan, dan bagaimana pekan kecil itu lama-kelamaan menjadi lengang dan langsung ditinggalkan. Ia sangat menyedihkan. Menerusi deskripsi Firman, saya membayangkan saya seperti melihat sendiri tempat saya dilahir dan dibesarkan dimusnahkan atas nama pembangunan dan kemajuan.
Walaupun Firmin adalah watak fiktif, novel ini berdasarkan peristiwa sebenar tentang Scollay Square, Boston yang dilupuskan dari peta untuk membangunkan bandar yang lebih gah ketika tahun 60an. Watak Norman Shine pula dicipta berdasarkan seorang pemilik kedai buku yang Sam kenali.
:: Selepas membaca Firmin kadang-kadang saya terfikir adakah Frank juga berfikir seperti Firmin? Dan saya teringat tikus yang saya bunuh dahulu. Saya minta maaf. ::
Label: Qronic Qronicles
Disember 11, 2008 at 3:45 am
haha saya suka review buku ni.
saya geli & tak suka ta ya kap wau sin. dan saya tak rasa bersalah kerana mematikan (membunuh?) ia. kejam? mungkin. tapi takper lah.
kalau lah dengan memakan buku-buku boleh buat orang cerdik. eheh
Disember 11, 2008 at 10:15 am
firmin ni sama tak dengan osman tikus?
Disember 11, 2008 at 3:16 pm
wow! rasa mcm nak baca la pulak novel ni. tp mesti takde kt malaysia.
Disember 11, 2008 at 6:52 pm
menarik!
alangkah bagusnya kalau saya boleh je makan buku-buku yang berlambak ni dan jadi pandai macam Firmin.
Disember 11, 2008 at 11:13 pm
reviu kau ini dah buat aku terus order buku ni di Amazon.
Disember 12, 2008 at 12:43 am
salam…ha, ni mesti x check frenster or facebook…
Alhamdulillah saya tlh selamat melahirkan baby girl yg bernama Hannah binti Mohd Halid pd 6 Dis@7.38 am via caesarean operation. sekarang sdg berpantang di rumak mak.
Disember 12, 2008 at 2:42 am
firmin yang bijak!. dan saya akan mencari buku ini untuk dibaca.
bertambah lagi senarai buku yang hendak di beli lagi nampaknya.
Disember 12, 2008 at 12:13 pm
nape tikus slalu dikaitkan dgan seekor binatang yg pandai dan mmpunyayi imaginasi yg tggi..hehe
cam cite rattatouille tu..kagum sgguh dgan remy yg mmpunyayi imaginasi yg tggi..
Disember 12, 2008 at 12:18 pm
hahaha. kalau boleh juga makan buku-buku accounting ni dan jadi terer.
hu hu hu.
Disember 12, 2008 at 9:09 pm
doff,
… Sure semua orang akan makan buku kan? Masa tu tak ada siapa lagi yang bising-bising orang Malaya malas membaca & kuat makan saja kan? Sebab makan boleh menyebabkan kecerdikan.
el,
Tu tak taulah pulak saya. Kena tanya M.Nasir.
hayad,
Belum sampai Malaya kot. Buku ni diterbitkan kat US 2006. Lepas dah famous gila babi kat Sepanyol & Itali, baru sampai UK/Ireland.
landaklaut,
Pernah dengar petua rebus nota/buku lepas tu minum airnya sebagai air penerang hati? Aku tak pernah try sebab tu markah exam cukup makan saja kot. Haha.
Hana,
Kau dah order dah? Paperback akan keluar April 2009. Yang aku beli ni pun hardcover.
balq15,
Alhamdulillah & tahniah! Yeay!!!
Sorry la lambat sangat wish… Kita memang jarang check page orang lain. Hihi.
ayobkelubi,
Ye, silakan membaca.
^km^l,
Rasanya semuanya bermula dengan Mickey Mouse kot…
AyUmi,
Tulah pasal. Tak payah tunggu sampai lima tahun kan?
Disember 12, 2008 at 11:30 pm
err… tanya dulah jones pun buleh… dia penah guna nama tu…
dan pyan habib juga…
Disember 13, 2008 at 2:52 am
Wah, bestnyer kisah neh. Reviewnyer pon dah best, musti novelnye lebih lagi.
Anyway, salam Eidul Adha. Takder buat korban ker kat sana? :] – ohya, daku suka salji yg beguguran di blog kamu neh.