Menonton Buddha Collapsed Out of Shame menyebabkan saya tiba-tiba rasa nak berhenti kerja dan jadi cikgu di Afghanistan.
Semasa saya menonton filem ini juga, tiba-tiba sahaja saya teringatkan puisi Hadiah (Hari Lahir Anakku) oleh Allahyarham Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang (tiada kaitan dengan filem ini sebenarnya).
Sesiapa ada simpan puisi ini?
Label: Qronic Qronicles

Julai 18, 2008 at 1:58 am
Cik TT,
Cuba carik di http://penyair.wordpress.com.
Julai 18, 2008 at 8:07 am
bamian…ah…bamian.. I’m supposed to go there…
Julai 18, 2008 at 4:10 pm
wah..macam seronok jer citer ni…tengok preview die…tapi kat Malaysia ni ade ke jual cd citer ni..huhu.
Julai 18, 2008 at 10:10 pm
janesach,
Sudah, tapi tiada berjumpa.
Julai 19, 2008 at 11:57 pm
Hadiah (Hari Lahir Anakku)
Anakku belum bisa berkata lagi,
Putih hatinya putih wajah nabi;
Senyum dan tangisnya adalah kata hati,
Rekahan bunga dibawah sinar matahari pagi.
Kawan-kawan yang datang serta persembahan
Tanda selamat tanda khidmat
Hari-lahir yang selalu dimuliakan.
Ah, kenapa kaubawakan senapang,
Kereta meriam dan kapalterbang perang,
-Meski sekadar barang mainan-
Sebagai tanda-mata hari-lahir gemilang?
Betapakah kerelaan dari kebenaran
Antara kehormatan dan keyakinan teguh,
Sebab kau mengajar anak-anak membunuh?
Manakah milik dunia yang baik,
Ah, berikan padanya, ia bias senyum jua
Meski sekadar sekerat pensil kayu cuma.
Anakku dan anak-anak kita semua
Jangan dilukai hati mereka dengan senjata,
Biar di wajah dan hatinya cinta berbunga,
Dunia yang damai, hidup yang sejahtera!
Julai 20, 2008 at 6:55 am
…Anakku dan anak-anak kita semua
Jangan dilukai hati mereka dengan senjata,
Biar di wajah hatinya cinta berbunga,
Dunia yang damai, hidup yang sejahtera!
Hadiah (Hari Lahir Anakku)
Usman Awang, 1960.
Julai 20, 2008 at 10:35 am
el,
Terima kasih.
kosong,
Terima kasih juga.
Julai 20, 2008 at 1:17 pm
salam ziarah from Dublin..