Cerkas 1
Pada suatu hari minggu, satu kejadian yang amat menakutkan telah berlaku kepada diri saya.
Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ketika itu adalah, “Ya Allah, aku dah nak mati ke?”
Pada masa itulah saya sedar bahawa saya berasa amat takut yang saya akan mati dalam masa terdekat ini.
Ketika itulah saya sedar sesungguhnya saya adalah seorang Islam yang hampeh, kerana seorang Islam yang mukmin tidak akan takut mati, malah akan sentiasa merindui untuk bertemu Penciptanya.
.
Cerkas 2
Diriwayatkan oleh Abu Barzah Nadlah bin Ubayd al-Aslami daripada Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam,
“Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat melainkan ditanya dahulu empat perkara:
1. tentang umurnya untuk apa dihabiskan;
2. tentang masa mudanya untuk apa ia dipergunakan;
3. tentang hartanya, dari mana dia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya; dan
4. tentang imunya, bagaimana dia sudah memanfaatkannya.(Hadith Riwayat Tarmidzi, hadis 407)
Apabila membaca hadis di atas, saya amat risau jika jawapan yang saya berikan kepada Allah Subhana Wa Taala pada hari Kiamat nanti ialah, “Semasa saya hidup di dunia dahulu, saya adalah seorang blogger yang menulis perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah dan tidak menjana minda serta menyebabkan pembaca-pembacanya lagha.”
.
Moral:
1. Saya mesti jadi seorang Islam yang mukmin.
2. Sebagai blogger, saya mesti menulis sesuatu yang baik dan boleh mendatangkan manfaat kepada pembacanya.
.
Tamat.
Label: Qronic Qronicles
Julai 10, 2008 at 4:46 am
owh.. saya pun perlu berbuat demikan~ hukhuk.
Julai 10, 2008 at 5:15 am
Saya setuju!
Julai 10, 2008 at 7:33 am
aduh.
Julai 10, 2008 at 12:43 pm
Salam,
Apa yang menyebabkan anda berasa hampir kepada maut?
Julai 10, 2008 at 7:00 pm
Salam Amir Azmi,
Never explain — your friends do not need it and your enemies will not believe you anyway.
Elbert Hubbard
Julai 10, 2008 at 8:49 pm
poyolah lu sis…
Julai 10, 2008 at 10:57 pm
gingerbreed,
Oh, terima kasih.
Saya tidak tahu maksud poyo. Nasib baik ada Urban Dictionary.
Kemudian rupa-rupanya, selain poyo, ada juga definisi Malay dalam kamus tersebut.
Well, thanks for making my day.
Sudahlah dituduh poyo, saya ni pula Melayu.
Julai 11, 2008 at 3:26 am
adehhh. rasa macam kene ketuk kepala lak.
Julai 11, 2008 at 3:27 am
Salam,
Mujurlah, nyawa awak panjang!, Syukur!
Saya pun takut mati, tapi mati katak la!
p/s: mau mati dalam iman!
Julai 11, 2008 at 8:59 am
cik ain, ada juga entry cik ain yg mendtgkan manfaat pada org lain, terutamannya saya.
Julai 11, 2008 at 11:09 am
Turning point perhaps?
Julai 11, 2008 at 11:49 am
i like this entry. sama-sama mengingatkan.
ps : can’t wait to see you this august!
Julai 11, 2008 at 4:24 pm
alamak, blog saya tu pun cerita tak memberi kebaikan je rasa…
Julai 11, 2008 at 6:42 pm
erm.. sampai macam tu sekali ye orang mendefinisikan kita..
Julai 12, 2008 at 10:03 am
nanti kita jumpa di malaya ye ainun..
Julai 12, 2008 at 11:13 am
AyUmi & landaklaut,
I’ll see you when I see you. Insya Allah.
Julai 14, 2008 at 12:27 am
kamu poyo?
ekekek…
ingatkan kamu dah gi bercuti-cuti musim panas…
Julai 14, 2008 at 3:06 am
tau tak pe……
Julai 14, 2008 at 8:08 am
Wahai tuan tanah….tanah kat belakang rumah tu terbiar sampai jadi semak lalu menyamun sehingga menjadi sarang binatang GANAS….sememangnya tuan tanah tak best…lagi best nescafe 3 in 1
Julai 15, 2008 at 7:19 pm
amir aslam,
Dah jadi jutawan? Baguslah. Takdelah lagi nak mengharapkan orang belikan Wii, ye dok?
Julai 16, 2008 at 6:37 am
sis, baik cek kamus dewan ape maksud poyo…urban dictionary tuh baghero jek..
Julai 16, 2008 at 7:50 am
tuan tanah bermain politik kotor…Janji tetap janji…Noktah
Julai 16, 2008 at 12:06 pm
Bagaimanakah melahrkan ‘warga cyber’ yang bertanggungjawab,intisari dari pencatatan saudari/puan, itu yang terkesan di sanubari saya.
Saya melihat ia sebagai unsur yang upaya mengurangi perasaan takut dan gentar dalam menghargai potensi dan bakat yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan warga dan generasi yang khilafnya adalah lantaran memelihara prasangka baik sesama manusia,niat yang mulia tersisa menjadi mendakan yang sesekali hangat membara oleh simpanan bertahun lamanya.
Dengan nilai budi asuhan jiwa dari iman yang tidak terungkai untuk diyakin percaya agama sentuhan luhur minda bernyawa ia adalah degupan yang meningkatkan jati diri untuk berperibadi.
Pemasaran diri dari dunia ke ukhrawi perlu setiap ruang dan kesempatan diungguli…pembinaan ini menjadi kesediaan siapa andai berdikari bererti diam membisu hanya berbicara di dalam hati?
Julai 16, 2008 at 4:09 pm
Salam buat TT,
Terima kasih sbb mengingatkan.
Kerana kematian itu tidak sesaat tcepat, pun tidak sesaat tlewat.
Julai 16, 2008 at 6:38 pm
gingerbreed,
Saya rujuk Kamus Dewan edisi keempat (2005) tapi tak jumpa maksud poyo pun.
Tetapi, dalam bahasa Sepanyol, pollo (sebutannya poyo) bermaksud ayam.
amir aslam,
Dalam kegawatan ekonomi sekarang, malahan Ireland pun mengalami recession, kalau mengikut Maslow’s hierarchy of needs, Wii bukanlah termasuk dalam kategori needs tetapi desires. Oleh yang demikian permintaan itu akan diKIV.
Terima kasih.
Julai 20, 2008 at 12:04 am
Wa anna ila Rabbikal muntaha Sesungguhnya kepada Tuhan mu itu lah puncak segala tujuan
Hidup itu mati…mati itu hidup
Julai 20, 2008 at 3:19 am
Salam,
Poyo tu salah satu ‘jargon’ di kalangan remaja Malaysia hari ini.
Maksudnya orang yang ‘beriya-iya’ dalam sesuatu perkara. Padahal perkara yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang sukar atau perlu diberi perhatian yang keterlaluan.
Ringkas kata, jangan menjadikan sesuatu yang mudah kepada bentuk yang sukar dan ‘komplek’! Anda akan dipanggil ‘poyo’.
Mungkin budaya remaja hari ini terdedah dengan teknologi yang pantas dan cergas. Cara berfikir mereka ’simple’ tetapi efektif. Oleh itu, segala bentuk perlakuan yang ‘beriya-iya’ atau segaja dibuat supaya ia kelihatan sukar akan dipandang rendah dan tidak disenangi oleh mereka. Wassalam.
TT poyo ker? saya ingat ada sikit!!
p/s: pengalaman melihat tingkah laku para pelajar dan idea 2 sen saya
Julai 20, 2008 at 10:48 am
Salam Amir Azmi,
Pengalaman hampir mati yang menyebabkan saya memberikan perhatian kepada kematian secara mendalam dan hari kiamat sesuatu yang poyo? (Dirujuk sebab saudara/i itu kata saya poyo dalam entri ini.)
Anehnya budak-budak zaman sekarang!
Whatever. I don’t need approval from others to be myself and do my thinking.
Life’s too short to give a damn about what do people think of me. Allah swt can be my only judge in here and hereafter.
Wassalam.
Julai 20, 2008 at 4:18 pm
Salam,
Rilek TT, jangan hangen!, makan coklat.. terapi stress
Sebenarnya, mula mengingati mati itu bukannya bila kita merasai pengalaman menghampirinya!
Kita kena ingat mati sepanjang masa. Salah satu hikmahnya, agar kita sentiasa melakukan apa jua yang terbaik dan diredhai Allah selama mana kita bernafas di bumi Allah ini. Agar matinya kita bukan sahaja mendapat manfaat di alam kubur dan akhirat tetapi memberi manfaat kepada manusia yang masih hidup.
Saya dah lupa nama pahlawan Islam yang berjuang menghadapi Kaisar Parsi. Kalau tak silap, Zaid bin Haritsah. Bila Kaisar Parsi itu mengoyak kertas dari utusan tentera Islam, maka sudah pastilah peperangan yang beliau mahukan.
Antara ungkapan paling terkesan dalam diri saya dari pahlawan Islam itu dalam surat keduanya kepada Kaisar Parsi adalah;
“Kamu dan tentera kamu menyintai kehidupan seperti mana aku dan tenteraku merindui kematian(syahid)!”.
p/s: Saya tengah buat survey di kalangan pelajar-pelajar saya. Apa makna ‘poyo’?. Dapatannya nanti saya akan maklumkan. InsyaAllah.
Julai 21, 2008 at 11:43 am
Amir Azmi yang keterlaluan berbicara di dalam blog.
Nurul Rububiah juga terletak kepada cara berbicara.
Jelas usia tanpa pengalaman tidak banyak menjadikan ia sebagai teladan.
Secara peribadi saya juga tidak yakin kepada kebanyakan remaja lelaki yang melayunya mengasah fikiran untuk kesenangan.
Berhenti menggunakan perkataan poyo.
Julai 22, 2008 at 1:15 am
Salam,
Siapa pulak si thanaif nie? negatif sangat ker perkataan ‘poyo’ tu?
Salah satu cara bersosial yang baik adalah memahami ‘jargon’ sesuatu kumpulan atau generasi! Salah ker kita memahami dan mendalami ‘jargon’ remaja hari ini?
Ya…. terpulang kepada penafsiran kita sendiri. Saya yang terjebak dalam bidang pendidikan yang melibatkan remaja, tidak boleh tidak saya kena memahami bahasa pelajar saya walapun saya tidak menjadikan bahasa mereka sebahagian dalam hidup saya.
Ciri orang yang baik tahap sosialnya adalah kemahirannya berkomunikasi, berinteraksi dan memahami setiap golongan masyarakat di sekelilingnya.
Bila saya bercakp dengan remaja, gunalah bahasa remaja. Ia lebih mesra.
Bila saya bercakap dengan rakan sekerja, bahasanya lebih matang.
Bila saya berinteraksi dengan orang berilmu, hormatnya adalah yang tertinggi.
Macam mana perasaan remaja bila kita bercakap dengan mereka lagak ‘profesor anti sosial’!! Pasti kita akan digelar ‘poyo’!
Apa salahnya kita rendahkan pemikiran kita untuk berkomunikasi dengan remaja! dengan kerendahan kita perlahan-lahan kita boleh tingkatkan pemikiran mereka(remaja)! be more practical!
Sebenarnya, dengan bahasa kita boleh mengeratkan silaturahim dan dengan bahasa juga kita boleh menyakitkan hati orang lain!
Adakah bahasa itu wujud dengan sendirinya? Bukankah Allah yang mencipta bahasa!
Oleh itu, belajar bahasa-bahasa yang ada di sekeliling kita, InsyaAllah, kita lebih memahami orang yang berada di sekeliling kita.
Itu lebih baik dari merendah-rendahkan orang lain dengan bahasa ‘hebat’ yang kita ada!
p/s: minta ampun, TT terpanjang pulak, saya guna bahasa paling ringkas untuk thanaif!
Julai 23, 2008 at 6:11 pm
Bagaimana pula pandangan anak-anak berusia sekitar 18 tahun hingga 11 tahun apabila bapa mereka menggunakan ‘aku engkau’ di hadapan mereka ketika bersembang dan berbual dengan rakan-rakan se pejabat nya?
Kata mereka ‘teruk nya abah’.
Pemahaman saya persekitaran remaja masih berpotensi untuk dibajai tradisi menjiwai bahasa dengan berasa besar jiwa bangsanya menerusi bahasa ibunda.
“Merendahkan orang lain dengan bahasa yang hebat”, tidak faham pula saya andai kesopanan dan kesusilaan itu tidak turut merujuk mutu berbahasa. di mana kah nilai bahasa itu jiwa bangsa, mundur bahasa hilang lah rupa budaya yang bersisa mungkinkah nama?
Saat menonton televisyen remaja menambah perbendaharaan kata misal ‘fuck’ ,damn, ‘ass hole’ (dengan maaf) perlu kah juga kita ikuti untuk menterjemahkan interaksi berkomunikasi atas dasar hormat berpraktikal?
Melakar budaya globlalisasi ada kah masih terus mengharap warga yang lebih dewasa mempertahankan kedaulatan bahasa lalu di mana kah peranan simbol bahasa yang menyalurkan maklumat untuk faedah berpengetahuan yang membina idea untuk meningkatkan kemahiran jika diragui bahasa itu turut membentuk kejatian diri berperibadi?
Kita masih boleh merendahkan diri tetapi tidak untuk merendahkan bahasa,mungkin Olimpik kali ini kita akan melihat bagaimana budaya asli yang dipertahankan bahasa ibunda masih dikukuhkan upaya membuka minda kita Timur itu berperibadi meskipun berperadaban dan berkemajuan yang tinggi.
Julai 24, 2008 at 2:04 am
Salam TT,
Pasal dah janji, di sini saya catatkan sedikit keputusan survey tentang perkataan ‘POYO’ dari ‘authentic users!’
1. ‘POYO’ maknanya tunjuk pandai yang keterlaluan..mungkin lain istilah ’show off’ atau beriya-iya sangat dalam melakukan sesuatu..
2. mungkin PERASAN atau SYOK SENDIRI (SS)
3. “Perasaan Orang Yang syOk sendiri..”
4. Enthusiast~!
5. Bersungguh-sungguh.
Rasanya makna poyo berubah2 ikut penggunaan dan situasi. Antara penggunaan yang saya pernah dengar, poyo boleh bermakna rajin, bersungguh2, keterlaluan, sombong, angkuh, hipokrit, berlakon, hangat2 tahi ayam, perasan diri sangat hebat (atau hensem atau cantik), main2 dan tak bersungguh2 (bercanggah dgn makna awal tadi kan).
Kesimpulan saya, perkataan poyo digunakan sebab bunyinya menarik dan maksudnya brgantung pada niat si pengucap.
p/s: So, if the shoe fits, wear it!!
Ogos 25, 2008 at 10:10 am
GO TO HELL MINAH SYOK SENDIRI!!!
Ogos 25, 2008 at 5:32 pm
Mr/Mrs/Ms Poyo,
Lu ni apa kes nak marah2 orang membabi buta ni?
p/s: I know you are from Ireland.