budak jantan

By tuan tanah

Sudah sebulan lebih saya simpan ‘rahsia’ ini. Saya rasa berdosa.

Mak, saya tahu saya bukan anak yang baik. Tercampak di negara orang jauh-jauh, saya belajar jadi jahat.

Mak, orang selalu kata budak-budak yang tinggal di luar negara banyak yang rosak akhlak. Budak-budak yang duduk lama-lama di negara orang akan jadi sosial. Budak-budak yang belajar luar negara, bukan setakat belajar ilmu pengetahuan saja, mereka juga belajar macam mana nak ikut budaya dan cara hidup orang putih dengan cemerlang. Sebab orang putih lebih bertamadun. Sebab orang putih lebih cool.

Mak, saya tahu di sini ada budak-budak Melayu yang belum kahwin tinggal satu rumah dengan pasangan masing-masing. Saya tahu di sini ada budak-budak Melayu yang buat parti liar. Di sini tak ada pencegah maksiat. Di sini tak ada JAIS nak raiding tiba-tiba. Lagipun dosa bertimbun tak nampak dengan mata kasar. Lagipun macam ada rasa yakin boleh je yang Izrail tak akan cabut nyawa orang muda. Nanti dah tua nanti, bertaubatlah. Apa susahkan?

Mak, saya dah bosan. Kita jadi orang baik pun, orang masih judge dan generalisekan yang budak-budak yang duduk luar negara ni sosial dan rosak akhlak. Kita dah cuba pertahankan jati diri dan maruah dan prinsip agama pun, sebab segelintir manusia yang buat benda-benda keji, kita pun kena label sekali. Iyelah kan, kalau saya baik macam malaikat sekalipun, orang pasti akan terfikir dan suspicious apa yang saya buat lama-lama kat negara orang kan? Jadi saya mengakulah yang saya pun buat benda keji juga.

Mak, jangan terkejut kalau saya cakap saya pun duduk satu rumah dengan budak jantan. Tapi mak jangan risau, dia bukan boyfriend saya. Tiada cinta antara kami, jadi mak jangan risaulah. Takkan berlaku apa-apa punya antara kami. Saya pun nak rasa hidup bertamadun dan cool macam orang putih juga. Bosanlahkan kalau jadi macam Melayu totok. Kolot.

Budak jantan tu baik mak. Dia bukan Melayu. Saya dah bosan dengan kawan-kawan dan senior-senior saya yang bising-bising sibuk suruh saya kahwinlah, apalah. Macamlah saya tak tahu, sebelum diorang menikah dulu, diorang pun dah duduk serumah dengan pasangan masing-masing juga. Lagi nak kecoh suruh saya berlaki cepat-cepat. Pergilah nasihatkan couples yang dok berkepit ke hulu ke hilir macam belangkas tu menikah dulu daripada sibuk menasihatkan saya. Lagiiiiilah afdhal. Sekurang-kurangnya saya duduk dengan budak jantan ni, dia bukannya boyfriend saya. Bukannya saya buat maksiat dengan dia.

Okay mak, mak jangan dapat heart attack tau. Saya kenalkan housemate saya, Frank.

Tadaaa!!!

.

.

Frank Doe

Label:

22 Respons bagi “budak jantan”

  1. sinaganaga Berkata:

    ermmmm… satu je aku nak pesan kat kau ni – nanti, sebelum balik Malaya, copy siap2 nombor telefon aku tu masuk ke telefon kau yang lagi satu tu!!!!

    grrrrr….

  2. jowopinter Berkata:

    Eeiiii! Tak geli ke?

  3. Sastri Berkata:

    salam… comelnya Frank…. :)

  4. doff Berkata:

    wahhh tabik laa..ini adalah antara binatang yang saya paling geli..adehhh

  5. Pegawai Khalwat Berkata:

    Aku ingat nak jeles kat Frank.
    Tapi aku lebih rela dok luar rumah dari dok dalam sangkar.

  6. tuan tanah Berkata:

    sinaganaga,
    Alamak…

    Orait bos!

    jowopinter & doff,

    Geli? Comel la…
    Kan, Sastrikan?

    Pegawai Khalwat,
    Tak payah la jeles. Buang karan je.

  7. zenoni Berkata:

    pulanglah wahai anak
    ke sisinya
    jikalau ada satu dosa
    adalah merisaukan ibu
    walaupun keampunan sudah pasti
    baraqah nikmat menjaga ibu
    belum kau rasai

    dunia ini melambai-lambai
    kau yang terbuai-buai
    di sana tiada yang sejahtera
    hanya ilusi mata dan minda

    pulanglah wahai anak
    ibumu memerlukanmu
    selaut kasih akan bernanah di hatinya
    apabila hari-hari kosong tanpamu

    (p/s: titipan ikhlas pandanganku)

  8. tuan tanah Berkata:

    zenoni,

    Terima kasih.

    Saya akan pulang, apabila tiba masanya :)

  9. AyUmi Berkata:

    hahahaha… kiutnye frank. krem salam. hahaha..

  10. zenoni Berkata:

    sama-sama

    seadanya cinta pasti kan bahagia
    semahunya derita disanggah oleh manusia
    yang mendambakan cinta abadi, sejati, tulus dan murni
    maka pilihlah cinta seadanya

  11. cahayer Berkata:

    tt, tak sesabornye nak tgk anda berbaju biru (ehh yekerr.. hehehe) bulan lapan nanti.. nanti bila balik malaya, sape nak tolong jagakan frank.. i sangat2 concern bab2 anak jantan betina ni.. hehuehuehu..

    anak aku dah botak.. ahahaha..

  12. cahayer Berkata:

    asek gelak je aku ni.. mesti sebab tak cukup tido.. iskk

  13. Adikyah Berkata:

    Huh! Kussss semangat! Tekojut den tadi. Hehe..
    Frank Sinatra ke nama penuh kucin tuh? hehe…
    Tapi kat Malaysia pon ada couple yg dok serumah. Dan yg tak couple pon ada gak, lelaki pompuan dok skali. Macam sdara mara plaks. Hmm..Tak tau nak cakap apa.

  14. Amyz Berkata:

    Ain kena beli pasangan dia nanti tau. Kesian dia sorang-sorang dalam sangkar masa Ain pergi kerja.. ;-)

  15. litium Berkata:

    haha tuan tanah dah buat lawak cool.

    hi frank~!

  16. shuxie Berkata:

    ala tomei2 frank tue.. dia mengigit tak…?
    bila nak ajak i datang umah nie…

    ps: nie memang dah jatuhcinta kat tikus di umah lama ker hihiihihihihiihihih

  17. Seperti yg dinyatakan di dalam IC & surat beranak Berkata:

    mungkinkan ini jelmaan semula tikus yg anda bunuh hari tu???
    ataupun mmpunyai tali prsaudaraan???
    AWAS anda mungkin menjadi mangsa balas dendam kesumat….

  18. tuan tanah Berkata:

    Kawan,

    Frank sebenarnya adalah milik Chiko-chan. Kiranya ini pakej la:- Apabila berpindah dengan Chiko-chan, dapat Frank-kun sekali. Begitulah kaedahnya.

  19. arysh Berkata:

    Agak2 frank pon tulis surat yang sama kat mak dia tak?

  20. janesach Berkata:

    Dalam ramai2 jantan kat dunia ni, Frank juga yg bertakhta di hati. Beruntung keluarga Frank dapat ‘menantu’ cam cik TT!

  21. Paris Berkata:

    cumelnyeeee frank .. rumah kami ada rakan sepesis frank, nama mereka sam dan adik. boleh kawan.

  22. نورنانا Berkata:

    hehe..comel..

Tinggalkan jawapan