(Mungkin stalker bukanlah perkataan yang tepat, tetapi saya tidak tahu perkataan lain yang lebih sesuai.)
(Ini adalah catatan yang sangat, sangat panjang.)
~:~
Sekitar Jun 2003.
Saya baru usai menduduki empat kertas peperiksaan ACCA, cuti panjang kemudiannya. Kurang dua bulan lagi saya akan tinggalkan bumi Malaya.
Entah dari mana ilhamnya, saya pos iklan di suatu laman yang saya sudah tidak ingat alamatnya. Saya menulis, mahu mencari kenalan yang pernah atau sedang menuntut di seberang laut. Nawaitu cuma satu, untuk meminta nasihat mahupun mengaut pengalaman mereka yang pernah menjadi anak dagang. Itu sahaja.
Emel daripada dia sampai kemudiannya. Biar saya namakan dia Kay. Pernah menuntut dalam jurusan kejuruteraan di Amerika Syarikat. Hanya dia, dan seorang lagi bernama Mimi, penuntut tingkatan tiga yang menjawab iklan saya itu meski Mimi tidak menepati ciri-ciri kenalan yang saya cari.
Kay seorang kenalan yang baik. Tinggal selama lapan tahun di negara orang, dia memberi saya pelbagai tips dan nasihat. Tambahan pula dia seorang yang optimis dan sentiasa berfikiran positif. Kami berminat membaca buku yang sama – buku-buku motivasi, dia menyarankan tajuk-tajuk buku self-help yang patut saya baca, malah pernah mengirimi saya poin-poin rumusan penting dalam setiap buku yang pernah dibacanya. Dia mengingatkan saya akan pentingnya sifat berjimat-cermat malah sentiasa mengingatkan saya supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti tidak mendapat kerja selepas graduasi. Selaku pegawai yang sedang mendaki tangga pengurusan, dia banyak memberi nasihat supaya saya bersedia menghadapi alam kerjaya kelak.
Dalam proses mengenali kenalan baru, saya jarang menitikberatkan taaruf. Saya lebih suka berbincang tentang sesuatu isu yang menarik dan bertukar-tukar pendapat. Ideas always impress me. Kemudian sedikit demi sedikit baru saya bertanya tentang peribadi. Begitu halnya dengan Kay, saya tidak berapa peduli tentang latar belakangnya. Kay juga. Saya cuma tahu nama dan asalnya. Begitu juga Kay. Saya tidak pernah beritahu nama penuh saya, dia cuma tahu nama saya sahaja (tanpa binti) dan lokasi saya.
Kemudian suatu hari dia memberitahu saya niat sebenar dia. Nawaitu asalnya adalah untuk mencari pasangan hidup dan usianya lima belas tahun tua daripada saya. Oh, nampaknya niat kami jauh berbeda. Untuk menjadi kawan sahaja tidak menjadi masalah buat saya kerana ketika itu saya tidak terfikir langsung untuk menamatkan zaman bujang saya. Lagipun saya akan bertolak ke Dublin lebih kurang satu bulan lagi, dan pelajaran saya adalah lebih penting daripada apa pun.
Saya masih jua berkawan dengannya. Amat merugikan jika saya kehilangan seorang kawan dan ‘sifu’ yang baik. Perbedaan usia boleh jadi bonus untuk mengetahui pengalaman hidup seseorang.
Tidak lama selepas itu, dia memberitahu saya bahawa saya sudah lulus Acid Test pertama yakni mengetahui jarak usia kami yang jauh berbeda. Acid Test kedua – Kay beritahu saya yang sebenarnya dia sudah beristeri dan mempunyai empat orang anak. Dan tujuan dia mencari kenalan melalui emel adalah untuk mencari calon isteri kedua. Saya terkedu, dan juga rasa bersalah. Barangkali anda yang membaca sudah mengagaknya sejak awal, tetapi entahlah, ia tidak pernah langsung terlintas di fikiran saya kala itu. Barangkali saya naïf, tetapi mungkin juga saya selalunya tidak begitu memikirkan peribadi orang lain. Menjadi seorang kawan kepada seorang yang berusia lima belas tahun lebih tua tidaklah berapa teruk, tetapi mengenali seorang suami orang yang berhasrat mencari calon isteri kedua, errr…this is way out of the question.
Bagaimanapun, saya tidak berasa tertipu. Pertama, kerana saya tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadapnya. Jika saya tergolek-golek jatuh dipanah asmara hanya melalui tulisannya, tentu saya sudah menyumpahnya berbakul-bakul. Kedua, saya sendiri tidak pernah bertanya akan statusnya. Kerana nawaitu saya cuma mahu mencari kenalan, dan bukannya pasangan hidup. Ketiga, dia sendiri tidak pernah menipu saya. Lainlah jika saya pernah bertanya sama ada dia pernah berkahwin dan dia menjawab tidak. Dia tidak membohongi saya, tetapi ya, menyembunyikan kebenaran.
Saya pernah bertanya tentang hasratnya beristeri lagi. Dia tidak sekalipun menyalahkan atau mengadu domba isterinya, malah memuji-mujinya tetapi saya tidak faham kenapa dia perlu ada keinginan beristeri lagi. Ah… lelaki memang makhluk yang kompleks. Seorang kawan saya, Abas, pernah memberitahu saya bahawa setiap lelaki (normal) akan sentiasa ada keinginan mendua, mentiga dan mengempatkan isterinya. Selama-lamanya saya tidak akan faham akan keinginan lelaki itu kerana saya perempuan. Tetapi jika Yang Khaliq Yang Maha Mengetahui itupun membenarkan poligami, jadi siapa saya untuk mempersoalkannya. Apapun itu kehendak Kay, dan bukan urusan saya untuk mempertikainya.
Setelah mengetahui keadaan sebenar, saya berasa kurang selesa dan rasa bersalah dengan isterinya, kerana dia itu suami orang dan ya, kerana dia ingin mencari isteri kedua. Saya berterus terang kepadanya. Dan saya sendiri tahu prinsip dan kenal diri saya. Antara kami, saya telah awal-awal lagi lukis satu garisan – ini cuma persahabatan.
Kemudian, suatu hari dia membuat kejutan lagi. Dia telah mencari saya melalui Internet dengan menaip nama saya. Dan, dia telah tahu nama penuh beserta binti saya, dan sekolah terakhir saya – semuanya melalui laman sawang sekolah saya yang selama ini saya tidak tahu pun kewujudannya. Hanya kerana saya menjadi pelajar terbaik subjek Bahasa Melayu SPM tahun 1998.
Lima hari kemudian, dia mengejutkan saya lagi. Melalui Yellow Pages, dan dengan menaip nama ayah saya, dia cuba mencari saya lagi. Dan dengan membuat beberapa panggilan telefon, akhirnya dia mengagak di mana saya tinggal, kerana ketika menelefon rumah saya, ianya engaged, kerana ketika itu saya menggunakan dial up sebagai sambungan Internet. Tuhan, kini dia tahu alamat rumah dan nombor telefon rumah saya. Dia memberitahu saya, melalui alamat yang diperolehinya, dia telah menulis sekeping poskad untuk saya. And, do you want to know the best part? His wife is actually from the same housing area as I am.
Saya tidak melatah, tetapi tidak kuasa hendak melayan. Lagipun kurang dua minggu lagi saya akan meninggalkan Malaya. Saya sudah tidak ada apa-apa perasaan ketika itu. Teruja tidak apabila mengenangkan ada orang yang sudi bersusah payah mencari saya, takut pun tidak. Saya percaya dia seorang terpelajar dan tidak membuat perkara-perkara pelik. Tidak lama kemudian sekeping poskad daripadanya sampai, berlatar belakang pemandangan indah di Amerika. Tulisannya sangat cantik dan kemas. Dan sebelum saya berangkat pergi, dia pernah menelefon saya sekali, untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat maju jaya.
Semasa saya mula-mula sampai di Kota Dublin, saya masih mengemel dia seperti biasa. Saya masih menganggap dia sebagai kawan saya. Dia malah pernah menceritakan suatu ketika dia pulang ke rumah isterinya, dia sempat mencari dan telah menemui rumah saya melalui alamat yang diperolehinya.
Lama-kelamaan saya sudah tidak lagi mengutus berita kepadanya. Saya sudah semakin sibuk, dengan kuliah, dan dengan peperiksaan. Ketika itu juga saya sudah mula menulis blog. Apparently, apabila saya mengemaskini blog saya dan menceritakan kehidupan saya di sini, saya tidak perlu lagi menghantar emel berasingan kepadanya. Tidak lama kemudian, blog saya itu mati. Dan terus-terusan juga saya tidak menghubungi dia sehingga kini.
Saya masih simpan alamat emel Kay, malah nombor telefon serta alamatnya, tetapi saya tidak pernah menghubunginya lagi. Dia pernah mengirimi CVnya lama sebelum saya berhasrat memohon kerja, yang telah saya jadikan rujukan apabila membuat draf CV saya. Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada dia. Mungkin akhirnya dia sudah beristeri lagi. Mungkin dia pernah membaca tanahpusaka dan kemudian Qronic Qronicles, saya tidak tahu. Apapun, saya percaya orang yang berfikiran positif seperti Kay pasti berjaya dalam apa yang dicita-citakannya dan saya doakan dia hidup bahagia.
Jadi itulah kisah saya. Dicari semuanya – alamat rumah, nombor telefon rumah malah sudah sampai pun di rumah saya - hanya melalui Internet. Mungkin dia bukanlah seseorang stalker dalam erti kata sebenar, tetapi ia menjadi sejarah dalam hidup saya. Apapun saya bersyukur bahawa orang itu adalah Kay, dan bukan seorang psycho maniac yang boleh membahayakan nyawa dan menyebabkan kehidupan saya huru-hara.

waaa menarik kisah ni…assalamualaikum tuan tanah,patik tumpang lalu tanah anda…hehe..saya suka jalan2 membaca kisah2 kehidupan dea dan mereka melalui blog:D
Stalker eh? Saya pernah cuba menggunakan internet untuk mencari seorang kawan yang lama hilang, namun tak berjaya. Semuanya gara-gara bilik hostel saya dipecah masuk dan telefon saya yang menyimpan nombor-nombor dan alamat keramat diambil sang penyangak. Haih.
uishh…. rajin dan gigih sungguh dia…
pendek aja ceritanya.. ada sambungan lagi ke?
internet ni mmg best, macam perpustakaan yang besar. macam direktori yang lengkap. Semua boleh cari. Orang pun boleh cari.
Tapi dalam kisah ini, niat lelaki itu baik, tak perlu fobia apa apa pun. Dan memang lelaki berkeinginan untuk berkahwin lebih dari satu. Apabila dia mampu dari segi keadilan, kewangan dan kekuatan, maka tidak ada halangan untuknya. Malah ini memberi latihan kepada cara pemerintahannya walaupun yang diperintah itu hanyalah tanah-tanah yang kecil yang merupakan anak-anak dan isteri-isterinya. Kelak apabila lelaki yang berkebolehan berlaku adil ini semakin ramai, maka tidak sukarlah untuk memilih pemimpin di kalangan kita. Malah ketika itu, bangsa bertambah kukuh dan umat semakin ramai kerana tidak lagi ada perempuan yang akan terabai dalam zaman internet sekarang ini yang mana nisbah perempuan jauh melebihi lelaki.
that is, the case of ideal polygamy which can only be achieved with wits and wills of the true teachings.
But mind of men are easily corrupted. Consequently, they corrupted the beautiful land of their wives and daughters.
Cerita ini membuatkan saya semakin kagum dengan kamu. Cool!
erm…kalau saya,mgkin dh gelabah(walaupun tak bersalah)tmbah-tambah Kay dh beristeri..
setakat saya yg kerap di telefon,sms pun dah naik rimas,ni pulak smpai dicarinya rumah kita..huuuuuu…..
menarik juga ada pengalaman cmtu,syukurla Kay tu bukan sebarangan org,terpelajar..
adakah kay itu nama penuhnya khairy jamaluddin?
hehe.
Dia seorang yang bersungguh2 dan persistent dgn usahanya.mgkin sebab dia begitu meminati awak… sesetengah wanita akan tertarik dgn lelaki yang seriously persistent begini.tapi mungkin tidak bagi tuan tanah
haha.. sungguh gigih. ini lah yang kita cari! hehehe.
Teringat pula cerita seorang kenalan. Dia (seorang lelaki) berkenalan dengan seorang lelaki juga yang saya namakan sebagai Ted di sebuah tempat di Amerika (butiran sebenar saya sudah terlupa). Ted itu menggunakan nama samaran. Emelnya juga tidak ada kaitan dengan dirinya. Oleh sebab kenalan saya ini mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi, dia mencari siapakah Ted berdasarkan beberapa maklumat umum yang diketahui berkenaan Ted. Salah satunya adalah Ted merupakan ahli kariah sebuah masjid di sana. Kenalan ini mencari maklumat di internet sehingga akhirnya dia menemui laman web masjid tersebut. Dia meneka-neka siapak ah Ted, menelefon ke pengurusan masjid lalu mendapatkan nombor telefon. Dia menelefon Ted dan memberitahu, “sayalah orang yang kamu berhubung dari Malaysia itu,”. Horror kan?
Suatu hari seorang gadis menegur saya dalam lif.
“Tok Rimau!”
Terperanjat saya.
“Saya sudah mencari Tok lama. Saya tahu Tok berkerja di sini tetapi tidak tahu siapa sebenarnya Tok hinggalah hari ini.”
Saya cuma tersengih seperti orang terkantoi. Selama ini kami kenal satu sama lain pun kerana kami satu pejabat. hi hi hi. Cuma dia tidak tahu SAYA adalah TOKRIMAU. hi hi hi.
Sekian. Stalker saya tidak bahaya.
Ah… lelaki memang makhluk yang kompleks
Saya tidak pernah stalk dan di-stalk seperti itu. Tetapi internet ini menyimpan 1001 rahsia yang kita boleh tahu sekiranya kita google.
Hihi.
Saya pernah terjumpa rahsia skandal teman lelaki saya dan waktu itu saya rasa amat kecewa.
Itu dulu.
Sejak itu, saya tidak suka google rahsia orang lagi. Huhu.
I have something worth to see in my blog. Seriously. I am not promoting but passing the message to you all.
Please download a file from my latest entry.
Thanks in advance for your belief.
it seems more safer you there than in our own country… read my blog..
kisah ni buat saya jadi takut pulak.
Kagum dengan betapa cekapnya Kay menjejak maklumat dalam talian….
perghhh!! kalo sy dah takut dah kalo sampai dia dpt cr umah.
Assalamualaikum. baru datang lawat blog you, kawan rekomen. kebetulan saya baru post kan dalam blog saya, satu cerita kisah seorang orang tua, Atuk Man dan Wa Je beli suit Kat Dublin , dan lepas tu tertinggal dalam bas.Yang seronoknya bila telifon syarikat bus kata ada barang tertinggal, orang bus itu tolong hantar suit to ke bus stop kat Dolfin ban . Suit to nak di pakai oleh Tok Man untuk convo anaknya nya yang baru lulus ACCA last year,anaknya juga berkerja di Dublin dan masih menunggu green card yang majikannya pohonkan….
Ingat nie!!
Lelaki yang pendiam lebih merbahaya dari lelaki yang banyak bercakap!!
laa….Kay tu ….lelaki….ingat perempuan…
hendak seribu daya.. tak hendak seribu dalih.. maybe kan Kay tu ada sifat ingin tahu yang melampau sampai ke tahap dia akan cari jugak sampai dia puas hati.. sesuai bekerja sebagai detektif conan..