
I.
Saya sedang membaca Persepolis sekarang.
Persepolis adalah novel autobiografi grafik tentang kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja Marjane Satrapi (Marji) ketika Revolusi Islam di Iran, dan ketika meletusnya peperangan antara Iran dan Iraq, dan selepas revolusi. Ia adalah novel yang diadaptasi dari bahasa Perancis.
II.
Kenapa banyak munculnya penulis wanita Islam liberal sekarang? Mana penulis wanita Islam yang tak liberal?
III.
Saya ingin menonton Persepolis esok.
Filem ini telah menang banyak anugerah.
Kenapa filem yang agak ‘mengecam’ Islam selalu menang banyak anugerah?
IV.
Saya perasan, buku-buku yang diadaptasi kepada filem, harganya tiba-tiba semakin murah dan mempunyai diskaun apabila menjelangnya tayangan filem itu.
Di Malaya, menjelang filem Ayat-Ayat Cinta dibebaskan di layar perak, adakah harga bukunya turut turun? (Errr… AAC sudah ditayangkankah di Malaya?)
V.
Sebelum membaca Persepolis, saya telah membaca The Witch of Portobello karya Paulo Coelho. Karya pertama beliau yang saya baca adalah Like the Flowing River dan saya sukakannya. Kemudian saya membaca Veronica Decides to Die yang bagi saya bolehlah tahan. Saya membaca The Zahir pula selepas itu tetapi di pertengahan saya tiba-tiba hilang minat untuk menghabiskannya. The Witch of Portobello pula bagi saya not too bad. Orang kata karya beliau The Alchemist adalah yang terbaik, tetapi saya takut saya meletakkan ekspekstasi terlalu tinggi sebelum membacanya dan ia akan menghampakan saya. Mungkin ada sesuatu dalam karya Coelho (atau terjemahannya) yang tidak click dengan saya. Atau mungkin saya ini yang sukar dipuaskan nafsu membacanya.
VI.
Buku terjemahan yang paling saya suka adalah Totto-Chan, Gadis Kecil di Jendela. Saya membaca buku ini pertama kali di perpustakaan sekolah semasa sekolah rendah dan ketika di kolej saya telah membeli buku ini dalam versi bahasa Inggeris, Totto-Chan, The Little Girl at the Window kerana saya tidak menjumpai buku ini dalam bahasa Melayu. Saya rasa inilah buku terjemahan dari bahasa Jepun yang paling menarik setakat ini yang pernah saya baca sehingga karya-karya Haruki Murakami pun tidak mampu mengalahkannya. Ah, well, tidak adil untuk saya memperbandingkan antara Tetsuko Kuroyanagi dan Haruki Murakami dalam satu kelompok, genre mereka amat jauh berbeda. Atau mungkin sebenarnya saya lebih suka membaca memoir dan autobiografi. Selepas ini saya mahu cuba membaca karya Soseki Natsume pula. Saya akan mulakan dengan I Am a Cat.
VII.
This summer I will start reading again. A lot.
Setuju dengan toto-chan(buku ini telah diterjemahkan oleh DBP berberapa tahun lepas), rasanya antara cerita kanak2 yang paling best yang pernah saya baca. Cara penulis menggambarkan sekolah toto-chan itu pon memang menarik. Satu karya penulis Jepun lagi ialah tentang perihal org tua dan nyanyuk juga meyentuh hati saya (syg sy dah tak ingat tajuknya apatah lagi name penulisnya, cuma ingat watak Etsuko menantu yang sabar menjaga mertua yang nyanyuk dan dilema perempuan moden yang bekerja dalam menangani hal2 rumahtangga) Buku ini juga memberi impak besar kepada pembaca Jepun sebagaimana buku toto-chan. Pernah baca buku ini? Saya mahu beli tapi haram x ingat tajuk dan penulisnya..
Satu-satunya karya Paulo Coelho yang aku baca ialah The Alchemist dan sangat menyukainya.
AAC sudah ditayang di Indonesia, cuman di sini belum..
Ulasan yang saya baca, Filem itu gagal menterjemahkan apa yang terkandung dalam AAC.
Salam..
rasanya cerita AAC blom ditayangkan di Malaya..(erk, ke sudah..?) huhu…nice blog.. izinkan saya link blog anda ya…
Salam TT,
Tanah baru
II - saya juga sering berfikir tentang hal yang sama. Kadang risau mencelah selepas membaca karya sedemikian kerana isu yang sering ditonjolkan seolah wanita Islam itu dikongkong oleh agamanya sendiri.
V - Coelho - ‘Eleven Minutes’. Biasa dengan persembahannya sebelum ini, EM agak mengecewakan saya.
Merujuk kepada komen Arysh:
Buku itu judulnya ‘Kokotsu Nohito’ oleh Sawako Ariyoshi. Terjemahan oleh DBP bertajuk ‘Meniti Senja.’ Persembahan yang cukup menarik.
AAC belum ditayangkan lagi.. tapi iklan tentang buku AAC di talibesen sudah diulangtayang banyak kali.. tak sabar pulak nak tgk cerita di wayang.. adakah setanding bukunya?? hehehe
dalam kuit kacang ada kacang…tapi kacang apa???
Oh, my God! Perspoilis. Kenapa ya, filem semacam ini menerima anugerah?
Kak Tanah,
I have two copies of Tudung:Beyond Face Value, and if you like, I would really love to send one of them to you.
Pay it forward, as they say.
Write to me, k.
Ati,
Wahhhh… really? *terharu*
Thanks a lot!
I will email you later, kay?
ah… toto chan! Saya masih ingat lagi kulit bukunya. Satu-satunya buku terjemahan yang saya habiskan. Walaupun ceritanya saya lupa-lupa ingat kerana saya membacanya ketika dalam sekolah menengah dulu (sekitar akhir 80-an). Kenapalah DBP tidak ulang cetak buku-buku begitu dan tidak mahu masuk pasaran terbuka. Buku itu sahaja jauh lebih baik daripada mana-mana buku pop sedia ada di Malaysia.
AAC blum di tayangkan di msia, rasanya jun nanti. tp saya dah tonton… sebab donload dari internet…. hahaha… apa guna ada internet, ye tak…?
komen saya, cita dia memang buleh layan, tp tak banyak filem yg diangkat dari karya buku dapat betul2 menjadi setara atau lebih baik dari karya tersebut… karya kang abik lebih baik berbanding di layar perak, malah, cerita di layar perak terpaksa di tambah lagi untuk mencantikkan jalan ceritanya…wpun ia tiada d dalam buku…
oppss i am no spoiler here, so wait for the first screening of AAC in Msia this june….
cau!
Salam.
Pertama sekali mahu sampaikan terima kasih kerana link-kan Bukuria di sini.
Hari ni baru sempat menjenguk.
Yang kedua, selamat membaca sebanyak-banyaknya. Saya pun berazam yang sama
- dah beberapa tahun tertinggal di belakang, mungkin sejak 2003 selepas tamat belajar dulu.
totto chan –> comel gila sebutan dia.
betul tuh bunga rampai, meniti senja, baru saya ingat
mcm menarik je buku ni..
Totto chang, gadis ditepi jendela. yap…buku tu amat menyentuh hati saya, amat saya ingati..sayang tak tahu nak cari dimana…baca dilibrary skolah dulu2.Tudung: beyon face value pun buku rupanya..ahh…dimanalah nak dicari