Okay, so hari ni saya tiba-tiba terfikir nak balik rumah masa rehat tengah hari. Rumah dengan pejabat saya taklah berapa jauh sangat, dalam 10-12 minit berjalan kaki. Balik-balik rumah, Chiko-chan ada di rumah. Dia ambil half day hari ni, dia nak ke London.
Lepas saya solat dan keluar dari bilik, Chiko-chan pun dah nak keluar ke airport. Okaylah, lepas babai-babai semua, saya kata kat dia tak payah kunci pintu, sebab saya pun nak balik ke pejabat.
Lepas makan roti, saya pun nak la ke pejabat balik. Tengok atas meja makan, kunci rumah saya tak ada. Tengok dalam bilik, tak ada jugak. Tengok dalam beg, pun tak ada. Seluk-seluk poket jaket, tak ada jugak. Ok owwww… kunci rumah saya sudah diambil oleh Chiko-chan secara tak sengaja.
Apa lagi, mulalah kalut. Telefon Chiko-chan, tak berangkat. Huwaaaa… dah panik dah. Telefon-telefon lagi. Tak tau la banyak mana misscalls saya tinggalkan dalam telefon dia. Mungkin dia tak perasan sebab telefon dia silent kot. Kadar kepanikan pun semakin meningkat. Telefon Marina bagitahu situasi saya yang terkurung dalam rumah. Waaa… macam mana ni? Kalau saya keluar rumah jugak untuk ke pejabat, saya tak boleh masuk rumah balik. Rumah saya ni bukan apa, sebab pintu dia auto-lock. Kalau tak kunci dari luar pun, dia dengan terernya akan mengunci dirinya sendiri, so orang dari luar tak boleh masuk. Panik! Panik! Sungguh panik sampai rasa tak boleh bernafas. (Ini exaggerate supaya korang bersimpati.)
Telefon pulak ejen rumah, mesin pulak yang menjawab. Telefon pejabat ejen pulak, nasib baik ada receptionist bernama Linda yang jawab. Lepas cerita-cerita semua kat dia, dia pun kata dia akan telefon tuan rumah dan akan telefon saya semula. Okay, kena tunggu dia telefon pulak. Sungguh gelisah rasanya menanti Linda itu telefon saya semula. Oh, benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Ibarat menunggu buah yang tidak gugur-gugur rasanya.
Telefon-telefon Chiko-chan lagi. Masih gagal. Telefon Ayu kat pejabat dia pulak, nak mengadu (manjanya!). Akhirnya Chiko-chan menjawab panggilan saya. Sahlah kunci rumah saya ada pada dia. Dan kunci rumah dia pun ada pada dia. Kesian pulak kat dia, sebab dia rasa bersalah gila. Lepas itu Linda pula telefon, dia bagitahu yang John tuan rumah saya itu ada kunci, tapi dia sendiri tak pasti sama ada itu memang kunci rumah ni atau tak, sebab dia rasa dia dah tukar pintu dan kunci rumah ni dengan yang baru. Apalah punya tuan rumah! Boleh dia tak peduli dengan rumah dia ni sampai kunci rumah ni pun dia tak tau yang mana. Tapi kalau nak gamble, Linda kata pergilah jumpa John di kedai emas dia. (Wah… tuan rumah saya tauke kedai emas. Kaya rupanya beliau. Patutlah buat tak peduli je). Tapi kalau saya pergi jumpa John dan ambil kunci yang belum tentunya kunci rumah yang betul tu, ada harapanlah saya tak dapat masuk rumah balik. Tough decision, tough…
Saya pun telefon Micheal bagitau keadaan saya sekarang yang berada dalam dilema. Tapi dia memang bos yang cool (I think all male bosses are cool). Dia kata tak apa, jangan risau. Terkurung dalam rumah adalah lebih baik daripada terkurung di luar rumah. Dia pesan suruh saya sendalkan pintu dengan kerusi supaya orang luar tak boleh masuk. Nasib baik Chiko-chan akan balik pagi esok, jadi saya kata pada Micheal yang saya akan balik ke pejabat esok pagi. Tapi dia sempat jugak mengenakan saya tu. “Ainun, this is the best excuse ever. Last time you couldn’t cross the road, now you are locked inside your house.” Tiba-tiba saya rasa sayalah anak buah dia yang asyik berlaku benda pelik.
Jadi saya menulis ini ketika saya terkurung dalam rumah sendiri. Tiba-tiba je saya rasa klaustrofobik pulak dalam rumah sendiri. Nasib baiklah Chiko-chan akan balik pagi esok, kalau lagi seminggu ke, tak ke naya?
Kucing ini tak ada kena-mengena dengan cerita di atas. Ia model untuk perasaan klaustrofobik saya.
Rasa macam apa je… Dah lah banyak kerja kat pejabat, ada dugaan pulak.
Hmmm… I think I will be a laughing stock tomorrow.

nasib baik sedar sebelum keluar rumah, kalau tak…
Membca entri ni pun boleh jadi panic. Satu2 perkara yang x membuat saya panic ialah ganba kucim dalam beg tuh.
Wah, simpatinya! Sungguh!
Tp terkurung dlm rumah taklah ngeri sangat. Dalam rumah macam2 boleh buat. Misalnya, tido dgn nyenyaknya. Hehehe…! Kena suruh Chiko San belanja cik TT neh haha..
Tak buat kunci duplicate ker?
Heheh.. tgh cuba bayangkan kepanikan Cik TT!
Tapi, betul, nasib baik terkurung di dalam rumah, not at the outside. Kalau kat luar, sure berhabis pulak duit nak melayan diri sendiri sambil menunggu Chiko san tuh….
I ada similar situation macam ni…Anak I pandai buka kunci kereta dari dalam. Tapi hari tu di tertidur dalam kereta…I pulak dah kunci kereta dari dalam(engine hidup) sebab nak p jumpa sombody dlm 3 minit… balik-balik.. jenuh nak kejut anak tu.. panik… dekat 30minit juga nak sedarkan dari luar kereta… huh…lain kali biarlah buka cermin tingkap dan mati enjin tu..atau bawa anak keluar sekali…
hehehe cian ainun.. nasib baik ada dalam rumah.. bleh gak tgk tv ke, nak telepon ke, ape ke.. aku pernah terkurung diantara pintu rumah dan gril.. yang mana jaraknya hanyalah cukup2 je untuk aku kangkang dan duduk.. rasa mcm duduk dalam penjara lak.. dah laa gelap.. adelaa dekat sejam gak aku terperangkap.. huwaaaa… seb bek ade fiza ngan aiza.. huhuhu..
p/s: itu pun bos aku tak percaya.. aku dah amek gambar aku terperangkap lagi tu.. dengan jahat dan dengkinye die siap potong gaji aku setengah hari.. huhh….
aminbakish,
Memang sebelum keluar selalu check ada kunci tak dulu. Nasib baiklah.
arysh,
Kalau panik dan rasa sesak nafas, ambil paperbag/sampul surat besar/beg muntah MAS. Tekup kat mulut, dan bernafas dalam paperbag/sampul surat besar/beg muntah MAS tu. Inhale and exhale dalam tu beberapa kali.
Adikyah,
Terima kasih atas simpati anda. Calit sikit.
Amir Azmi,
Tak pernah terfikir akan berlakunya kejadian ini pun. Anyway, yang boleh diduplicate pun cuma kunci pintu rumah saja. Kunci main entry untuk masuk building tak boleh diduplicate suka-suka kecuali tuan rumah. Kalau tak ada kunci main entry tu kena buzz rumah orang lain pulak. Dan ada harapan orang tak akan buzz in sebab tak mahu stranger masuk dalam building.
janesach,
Kalau kat luar, dapat la pengalaman jadi homeless.
nbn,
Bahaya tu tinggalkan kanak-kanak dalam kereta.
cahayer,
Gila uncool bos kau. Sejam terperangkap potong gaji setengah hari? Nggak fair. Nggak fair. Bos aku relax je, dia cakap tak apa, OT aku dah boleh cover setengah hari tu. Dia tak mention kat HR pun.
p/s: Baby sihat?
okay. saya dah tag awak. sila buat, bila rajin ok!
baby sihatt… hehehe..
hahaha..
saya pernah terperangkap dlm lift.panic panic..
masa kecik pula kena kurung sbb xdgr ckp..huhu..
kita yang baca pun panic…….
ala hai…sian nye…,apa pun bagus gak dapat CUTI free..
heheehhe
Teringat Ati pada satu insiden.
Tayar kereta pecah di satu selekoh sunyi di Mengabang Telipot Terengganu, mujur saja ada 4 anak muda yang kecek kelate berhenti dan menolong. Tuhan saja yang tahu betapa bertuahnya Ati rasa waktu itu.
Sebaik mereka pergi, sudah simpan-simpan tayar pecah dan segala kit menukar tayar, tutup bonet kereta. Ke pintu pemandu, Masya Allah! Tepuk dahi, kunci kereta dalam bonet.
Adalah tiga puluh saat terasa bodoh di tepi jalan begitu. Tiga puluh saat lagi sedang mereka alasan nak jawab apa kalau ada orang berhenti. Tapi Tuhan Maha Kaya, salah satu pintu Ati rosak, kuncinya bila ditekan pakai remote tak turun sekali.
Terasa bertuah 100 kali ganda.
Tapi seronok sebenarnya adrenaline rush sekali-sekala begitu :p
salam,
saya boleh rasa apa yg anda rasa saat berdepan ngan situasi itu sbb saya seorang mudah panik dan gelabah apatah lagi berkaitan ngan perkara2 terkurung ini.
alahai..comenya kucing duduk dlm beg tu..
bestnya alasan mcam tu.nk tiru lah nnt walaupun tak btul2 berlaku :p
tp boss perempuan tak coolll…
AyUmi,
Padan muka aku. Sapa suruh mengada-ngada.
hasz,
Terperangkap dalam lif? Imagine yang anda berada dalam scene filem Speed, dan sekejap lagi akan diselamatkan oleh Officer Jack Traven yang ganteng dan kacak.
fendi ,
Silakan panik bersama-sama.
kantoi,
Cuti yang tak dirancang tak le best mana.
Ati,
Kat selekoh sunyi? Boleh buat cerita seram ni.
Kaklong,
Salam.
Terima kasih kerana memahami.
hayad,
Silakan mencuba.
Kalau kantoi dan kena tindakan disiplin, saya tak bertanggungjawab. Haha.
pernah juga terkunci di dalam rumah…hanya mampu melihat orang lalu lalang di luar sambil menahan lapar kerana kat rumah sebutir habuk benda makan pun takde
Sekadar memberitahu (mohon kebenaran?) sy sudah link kan tanah pusaka ini di blog
Ha ha ha ha ha. Aku pernah terkunci dari dalam di Hotel Perdana, Kelantan. Siap orang hotel nak kapak2 pintu lagi. Ha ha.