Saya telah ditag dengan jayanya oleh Encik Litium yang cool. Untuk tidak menghampakan harapan orang dan untuk membuktikan bahawa saya juga cool dan hip seperti beliau, di bawah ini saya coretkan lima perkara pertama yang pernah terjadi dalam hidup saya.
Kali pertama berjauhan dari keluarga
Tahun 1999.
Pertama kali duduk berjauhan dengan keluarga dan hidup berdikari adalah ketika kali pertama saya menjejakkan kaki di kolej, kerana saya tidak pernah bersekolah asrama seumur hidup.
Kali pertama lulus kertas ACCA.
Kertas pertama ACCA yang saya lulus – Paper 2.4 – Financial Management and Control. (Sekarang kertas ini sudah tidak wujud lagi dan sudah dibahagikan antara Paper F5 dan Paper F9).
Pertama kali menduduki peperiksaan ACCA, untuk sitting Disember 2002, kami kena menghadapi tiga kertas – Paper 2.4, Paper 2.5, Paper 2.6. Dalam kelas kami, enam (atau tujuh?) pelajar lulus semua kertas, kebanyakannya lulus dua kertas - 2.5 dan 2.6, atau gagal semua kertas. Saya satu-satunya calon tunggal yang lulus kertas 2.4. Semua orang rasa pelik sebab 2.4 adalah killer paper.
Haha. Ini semua berkat Micheal Barry yang dibenci kebanyakan pelajarnya itu.
Remember Ain Barry, anyone? ![]()
(Budak-budak yang tak pernah buat ACCA mungkin tak tahu betapa toughnya peperiksaan ini.)
Kali pertama mengembara seorang diri
Ke Istanbul.
Mengembara seorang diri adalah salah satu impian sejak lama. Saya tahu ianya bahaya, tambahan pula untuk seorang perempuan ke suatu tempat asing. Tapi perasaan seorang hamba yang lemah yang berharap hanya kepada Allah Subhana Wa Taala itulah yang saya dambakan. Bila kamu seorang diri, apabila tiada siapa-siapa yang kamu kenali di samping kamu untuk kamu minta tolong atau sekurang-kurangnya berkongsi rasa, apabila sesuatu berlaku, kamu bergantung harap hanya kepada Dia, solely. Macam sesat seorang diri dalam hutan, atau lemas seorang diri di lautan atau hampir mati kehausan seorang diri di padang pasir. Pada masa itulah kamu akan rasa betul-betul kerdil dan sedar bahawa kamu tidak memerlukan sesiapa pun di dunia ini selain Dia. Dan perasaan sebegitu yang saya raikan.
(Walaupun saya tinggal di rantau orang, masih ramai kawan saya di sini. Perasaan itu ada tapi tidak sama kerana saya tahu saya berada di zon selamat.)
Saya akan buat lagi jika diizin Tuhan.
Kali pertama (dan terakhir) mempunyai adik.
1988, ketika saya berusia tujuh tahun.
Era kegemilangan saya sebagai anak bongsu pun ditamatkan secara rasmi.
Baik buruk dia, hanya dialah adik kandung saya dunia akhirat.
Sengal-sengal dia pun, hanya dialah satu-satunya adik saya.
Hoho.
Kali pertama mempunyai stalker (dan harap-harap yang terakhir)
Yang ini lebih baik saya jadikan satu entri khas, kerna ia akan menjadi satu entri yang sangat panjang.
Watch this page, lads.
.
Yang ditag seterusnya:
Kamu
Sempat jadi adik sampai umur lima tahun aje. Tapi langsung x ingat ada pengalaman menjaga adik. Haha. Bila da besar, dia adik yang paling kool. Tokey memasak bila mak tak ada di rumah. Kami kakak2 bermanja habis dengan dia (terbalik pulak!)
cepat la cerita pasal stalker tuh.. hehehe…
oh.. mujur kamu yang kena tag.. bukan aku…. ekekek…
wohoo.. terima kasih sebab menyahut tag saya.
arysh,
Bagus tu. Adik lelaki atau perempuan?
el,
Sabo je lah.
litium,
Oh… itu kerana diriku juga cool sepertimu.
Tunggu cite pasai stalker. Adik saya perempuan. Yes~ hari ni harijadi dia!
sengal2 badan??? gunakan yoko-yoko…warisan ibu turun-temurun…huahuahua
arysh,
Hapy birthday for your sister.
adik,
Gua gurau je tu.
ya Allah… tak keluar rupanya komen aku yg semalam tu! sabar ajelah.
‘Ain, jika diizinkan Tuhan aku akan buat lagi kembara solo aku pada bulan hadapan! Yeay! hehehe
aku paham sangat maksud kau — kenapa kau suka mengembara seorang diri tu.
Assalamualaikum Tuan Tanah,
Ingin ditanya apakah benar seperti yang tertera di hujung sebelah kanan ungkapan dari bibir si manis jelita itu benar-benar sahih? Saya tidak membaca majalah popular kerana itu ingin mendapat kepastian Cik/Puan.
thanaif,
Alaikumussalam wbt,
Sila ke:
http://www.muslimbrotherhood.co.uk/Home.asp?ID=5087&Lang=E&Press=Show&System=PressR&zPage=Systems
Dont know if the survey is true or fake though.
Thx.
Erk…. Kamu tuh aku ker???
Ish.. nyesal lak jejak kat tanah ni!
Ahaks…….
Anyway, Cik TT…. saya cuba nak rasa pertama kali dapat adik. Tak tak pernah rasa! Camna rasanya ek?
iye. ACCA sungguh tough.
*nangih*
nasib baik dah pass. hoyeah~
[...] stalker bukanlah perkataan yang tepat, tetapi saya tidak tahu perkataan lain yang lebih [...]