Pencinta buku, pembaca buku, pengumpul buku, pembeli buku, peminjam buku, kaki buku dan ulat buku sekalian,
Saya sedang mencari buku-buku berkaitan pengembaraan spiritual. Temanya klise, seseorang yang mungkin sesat atau tidak berapa sesat menemui ’sesuatu’ atau mengalami kejadian yang menyebabkan beliau insaf dan mendekati Tuhan.
Jika penulisnya Muslim atau reverted Moslem, itu adalah satu bonus.
Cadangkan saya tajuk-tajuk buku seperti ini jika anda mengetahuinya.
Terima kasih.
Jasamu dikenang.
Muhammad Asad - Road to Mecca? Actually saya pon tak bace abis. Tapi macam travel log jugak la kot. Kalau berminat boleh check this out.
jom..mari membaca…hehhee
arysh,
Terima kasih.
I think I read somewhere that someone did revert to Islam after reading his work.
Again, thanks.
Atau pon Pengembaraan Ibnu Battutah
juga belum saya baca. Saya lebih berminat memiliki Muqaddimah-Ibnu Khaldun
Oh ya, The Muqaddimah saya sudah ada. Tapi belum habis baca.
(Actually kononnya beli buku tu dan mahu habiskannya sebelum ke Tunisia, tanah kelahiran Ibn Khaldun. Haha, angan-angan saja.)
Sebuah kisah benar yang sangat menginsafkan dan menyayat hati dikisahkan dengan suara penyampai yang merdu. Maaf ianya bukan sebuah buku, tetapi ceritanya bertepatan dengan keinginan tuan tanah. Tajuknya Ahmed The Repenter by Bilal Assad.
Boleh muat turun di sini:
http://www.mediafire.com/?ctxxxmgjyj9
file size: 67.5MB
buku teks matematik darjah satu….huhuhu
zaini,
Terima kasih.
sama-sama
Bagaimana? Sudah mendengarnya?
Kuada sebuah lagi kisah yang menarik..Kisah seorang ayah yang kembali menuruti setelah dimarahi oleh anaknya..
An excerpt from the story:
“Daddy, shame on you!”, she said..
Another exemplary lecture from the same brother, titled Imaan..
http://www.mediafire.com/?7nzzdammwtz
Filesize: 34.6MB
salam.kak ainun,kery ni,kery hilang no.akak since i lost my old handphone last two months.
i have with me, two copies of Why Women are accepting Islam, a comlication of stories why riverted women accepted Islam. published by Darussalam UK. actually buku tu utk Women Conference last March, tapi since ia sampai lambat, buat sementara waktu kery akan keep ia until FOSIS ada new event. so kalau akak nak pinjam satu utk baca, no problem je, sms kery kat no,baru je 086 3*3***3. kery stay kat 2** South circular road skrg ni, dgn budak2 ACCA. take care.
Edited by tuan tanah: Salam Kery, thanks for the offer. I saved your no but I edited it here to protect your privacy, okay? I’ll text you later, kay. Thanks again.
salam kak ainun,
sy ada satu buku ttg revert moslem…tajuknye “from my sisters’ lips” by nai’ma roberts…kalau nk pinjam boleh…
akak,buku faisal tehrani akak ade kan?menarik x tulisannye?kalau sy nk pinjam buleh?
salam…
tem,
Salam. From My Sisters’ Lips sudah ada. Terima kasih.
Buku-buku FT banyak yang sudah dikapalkan. Kebanyakan buku yang sudah dibaca semuanya dah back for good.
Buku-buku Abdullah Hussain? Dah baca?
Nadjwa,
Abdullah Hussain? Konserto Terakhirkan?
Saya rasa macam pernah baca. Tapi lupa.
Konserto Terakhir saya belum baca.
Tapi saya suka Imam, Dari Kota Cahaya, Masuk ke Dalam Cahaya & Interlok.
Saya baca Abdullah Hussain sebelum Faisal Tehrani. Gaya penulisan lebih kurang sama, penuh dgn mesej islamik. Isu novel selalunya agak berat dan membuatkan kita banyak berfikir.
Cubalah.
Salam kak,
Setuju dengan Nadjwa.
Saya teridam akan idealnya masyarakat Kampung Cahaya dalam novel Dari Kota Cahaya dan Masuk ke Dalam Cahaya, karya SN Abdullah Hussain.
Erm, bagaimana dengan Paolo Coelho.
Pernah baca The Alchemist?
Ceritanya ringkas tapi sarat makna.
Apapun kak, cuba yang ini..
ia ada kaitan dengan keinginan akak,
walaupun bukan temanya hidup seorang pejalan spiritual.
Bacalah kata pengantarnya dahulu.
Erm, yang ini pun menarik. Sekadar berkongsi.
Yuk, kita teruskan mencari.
[...]
AND THE SKY IS NOT THE LIMIT
An Australian Woman’s Spiritual Journey Within the Traditions. 1993.
AMATULLAH ARMSTRONG CHISHTI
[...]