*Tajuk lain: OMG! I am such a hoarder!
Ketika saya berpindah, saya telah berjumpa dengan satu kotak berlabel “Ain’s Stuff” di dalam stor. Sungguh, saya betul-betul terlupa saya mempunyai kotak tersebut. Barangkali selepas saya berpindah dulu (2006), saya terus menyimpannya di dalam stor tanpa melihatnya. Apabila berpindah kali ini, saya tidak kisah pun untuk melihat isi kandungannya, terus dibawa ke rumah baru.
Dan apabila melihat kandungannya, oh, sungguh saya betul-betul terlupa bahawa saya ini memang penyimpan orangnya. Barang-barang yang mempunyai kenangan, kononnyalah. Saya sendiri sebenarnya lupa bahawa barang-barang ini masih dalam simpanan saya.
Sampul surat dari Ujana Ilmu. Pertama kali membeli buku-buku melalui mel udara. Dari Malaya pulak tu. Kelakar je. Macamlah tak boleh beli apabila balik ke Malaya.

Pertama kali meninggalkan Malaya, sebelum ke Dublin, saya singgah di London beberapa hari. Saya tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 5 Ogos 2003, jam 6.30 petang. Semasa di London saya tinggal di rumah keluarga Mak Teh Ayu, Mrs Kilby :). Beliau yang menjadi tourist guide semasa kami mula-mula tiba di London.

Berjalan-jalan di St James’s Park, saya kutip daun (maple?) ini. Ayu tulis di atasnya:
Ain, you are my best friend.
The best of the best!♥
Awww… Sweet…
Kawan-kawan, ingat lagi One Chicken Leg? Tak sangka saya masih simpan lagi flyer mereka ini!
One Chicken Leg adalah perniagaan makanan (Melayu) budak-budak lelaki di Swift Hall. Dahulu Swift Hall macam pusat penempatan pelajar-pelajar Melayu. Sekarang? Entah, saya rasa tidak lagi.

I wonder why do I still have this booking confirmation? Untuk mengingatkan sejarah silam yang celaka agaknya?

Tahun 2005 - Triple joy for me. Saya lulus ACCA, tiga hari selepas itu mendapat tawaran kerja dan satu bulan selepas itu saya mendapat permit kerja.
Di rumah lama (yang lebih lama), kami tinggal berdekatan pawagam Cineworld (dulu UGC). Lebih kurang lima minit berjalan kaki. Ketika itu, Is, junior saya bekerja sambilan di situ. Dia kerap juga menumpang bersolat di rumah kami. Sebagai membalas jasa baik kami (yang kadang-kadang menjamunya dengan makanan tengah hari juga) dia selalu belanja menonton wayang. Seorang pekerja Cineworld boleh membawa maksimum tiga orang.

Saya tergelak besar bila melihat bungkusan coklat ini. Ya Allah, saya masih simpan lagi? Sempena filem Charlie and The Chocolate Factory, Cadbury melancarkan Wonka Bars.
Saya masih simpan lagi tali asal jam Swatch ini. Jam ini adalah hadiah daripada majalah Eh! apabila surat saya tersiar dalam majalah itu pada Februari 2002. Sehingga kini saya masih lagi menggunakan jam ini, walaupun ada kawan yang ketawakan saya memakai jam tali plastik ala budak-budak. Hello, ini Swatch original okay? Oh, sudah berapa tahun ya? Enam? Ooh, setianya saya!
Phewww… I am such a successful hoarder I guess. ☺☻






best ape simpan2 mcm ni. hehe
brings back the memories
ain, kenangan tinggal serumah dengan kau lagi aku takleh lupa.
remember one time, masa notes aku kena ‘kidnap’ dengan budak rumah untuk difotostat secara haram tanpa kebenaran aku huhu. aku pass pada kau supaya kau simpankan notes-notes tu untuk aku. erkk.. ada lagi tak? huhuhu.. (ke kau dah lupa T_T )
kremsalam ayu. (eleh. i pun ada jugak ayu bagi. huhu. tapi bukan daun T_T cuma la sekotak coklat made in dublin and a little charm on it dan dihadiahkan by hand - oh. aku terharu. anyway, AYU MEMANG SUNGGUH SWEET LAA!!
( perasan tak, the original budak umah kita, mostly semua dah pass ACCA. hoyeah~ )
Owhh.. kamu sentimental…
wa…bnyk koleksi..rajin simpan.
hehehe..
Saya juga masih menyimpan cenderama dari kamu. Dengan sampul suratnya sekali.
litium,
Setakat sweet memories takpe jugak. Ini yang remind me to the bitter memories pun simpan jugak. Huhu.
AyUmi,
Errr… Tang budak tu aku ingat, tapi tang notes tu… errr… short term memory loss la… Huhu.
Budak2 rumah sejak azali kita memang (girl) power.
Amyz,
Alamak! Kantoi! Oops…
kantoi,
Tak ingat pun masa menyimpan tu. Tak berniat pun nak menyimpan masa mula2 tu.
JP,
Ooh.. terharunya!
Saya paling seronok kalau terjumpa duit!!
p/s: sensetif tapi ironinya, tak de ‘the greatest love letter!!’. kena start tulis, untuk kenangan masa hadapan. Percayala!
best tau bila tgk semula barang2 yg kita simpan..
kenangan sungguh.. hohoho
saya tak pernah menyimpan..termasuk la DUIT…hahahah
abih semua dibuang….
hahahhaha….kantoi..kantoi….
Amir Azmi,
Hehe.
Surat cinta tak boleh publish kat sini, tunggu puluh-puluh tahun lagi, lepas tu boleh lelong
t.a.t.a,
Memang.
kantoi,
Tak simpan duit?
Saya boleh tolong simpankan.
Tapi takde interest la. Riba tu.
>>Jam ini adalah hadiah daripada majalah Eh!
Aku pun pernah menang hadiah ini. Wirda yang sampaikan sendiri. Wo.
jam tue haku ingat ekekek… sambil berlagak menunjukkan article yg dipublish ekekek… i sebagai housemate masa tue turut berbangga ngan kejayaan ande syabas…
ticket wayang : adakah ticket wayang yg telah mencetuskan malu pada i masa tue
?
btw i still simpan kad yg diberikan oleh anda berdua sesama ku tidak lulus periksa dulu.. kad berserta coklat agak terharu membuatkan ku menangis dgn lebih kuat lagi hhuhuhuh
psst: saya ingin memutar masa ke zaman kita di kolej dulu alangkah indahnya lagi2 bab berswimming sampai kena tegur dengan jaga gatal huhuhu.. kim salam kat cik ayu ek.. cakap kat dia saya mennuggu kad dari dia dan man hhahahah
Wohoo.. barang-barang kenangan. Saya juga ada menyimpan barang kenangan tetapi di rumah. Lamaaa duluuu…
Wah pegi oversea tu.. AKu ntah bile nak naik kapalterbang ntah..
Dah selalu ke sini. Cume x pernah meninggalkan komen. Salam perkenalan, Ainun! Erk.. barang2 nie nak simpan lagi ke?
*Edited by tuantanah: My name is with U, ye. Thanks.
Nice knowing ya.
hehehehe St James Park stadium bola kek Newcastle ker..
ker taman dekat palace buckingham tu ..
waaaa.. best..best..best..
hehehehe tingat gue kek org ” Jordie ” ” why aye man? ”…
been there awhile but never been Dublin.. huhuhuhuhu….
Dublin ader bas double decker tak ?…