macam ayam
April 16, 2008 by tuan tanah
Bekas Presiden Ireland, Dr Patrick Hillery yang meninggal dunia pada hari Sabtu lalu dikebumikan hari ini.
Saya sudah terlambat masuk pejabat selepas masa rehat. Sampai-sampai dekat simpang untuk ke pejabat, semua jalan ditutup. Ada perarakan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
jalan yang ditutup
pancaragam melankolia
tentera berkawad
ada kain hitam di bendera
dalam kereta ada keranda, dalam keranda ada mayat
yang mengiringi…
Dua puluh minit kemudian, saya berjaya juga melintas jalan untuk ke pejabat walaupun garda yang menjaga jalan itu kata sepatutnya kena tunggu 20 minit lagi. Woh… lambat gila!
Masuk-masuk pejabat, dengan rasa bersalah sebab sudah terlewat, saya terus berkata (tanpa berfikir),
“Sorry, I’m late. I couldn’t cross the road.”
Semua ketawa.
.
.
Baru saya perasan. Tiba-tiba saya rasa macam ayam.
Q: Why did tuan tanah cross the road?
A: To get to her office.






Katak pun melintas jalan jugak kan?
jadi isi utamanya tuan tanah macam ayam
lahai… kira duk seberang jalan depan opis je lah? hahah…
hahahhaah.. ayam bleh terbang apa
Pegawai Khalwat,
Katak kurang popular berbanding ayam. Tak sekufu dengan saya. Haha.
qdetactive,
Cis!
el,
Err… berberang-berang jalan ye. Bukan ’se’ semata.
ixora,
Masa kecil-kecil dulu saya pernah baca satu buku tak ingat la tajuknya - pasal sorang budak dengan ayam jantan. Budak tu merajuk sebab mak dan abah dia asyik berdolak dalik bila dia minta nak makan pisang, jadi dia membawa diri dan suruh ayam Jalak dia tu bawa dia terbang. Last-last mak abah dia baru menyesal tapi dia dah terbang dengan ayam Jalak dia tu. Sekarang ni kononnya kalau ayam-ayam jantan tiba-tiba berkokok tu sebab menyahut kokokan si Jalak dari angkasa la.
Kononnya.
hahahaha. ain, gila comel la kau lintas jalan. (boleh bayang, betapa tak keruan nya kau kat tepi jalan tu semata-mata nak melintas) hahaha..
ayam cute….
AyUmi,
Ingat lagi tak iklan melintas jalan tu?
“Mari kita melintas!”
Wooooo…!
huhuhu…ayam golek
ni first time saya dgr cerita pasal ayam tu. hehe.
sblm ni penah baca / dengar pasal kenapa ayam duk cakar tanah je. konon nak cari jarum yg hilang la. taktau plak ada cerita disebalik ayam tu berkokok.
time kasih la kongsi cerita kanak2 ribena dgn saya. huhu
Hahaha. Kesiannyaa..
err tak faham la, kenapa cik ain rasa mcm ayam melintas jalan?
Kenapa Ayam Melintas? (Pandangan Tokoh Terkemuka)
Posted November 2007 by rajalawak
Samy Vellu:
Kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk melintasi itu jalan. Lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, bagitau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll… itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup… kita boleh survey mana ada rosak.
Karam Singh Walia (TV3):
Seperti saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling dasyat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan. Seperti pepatah melayu berkata.. ayam di jalan di lintaskan; ayam di reban mati tak makan.
Wan Kamarudin (Edisi Siasat NTV7):
Apa kejadahnya ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saja. Ayam semua dah besar kepala…dan dah tak nak duduk reban… dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!
Zainal Arifin Ismail (Misteri Nusantara TV3):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampong ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampong ini. Apakah maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, “Jangan biarkan hidup anda diselubungi… MISTERI”
Zainal Alam Kadir (Wayang Kita Astro):
“Ayam siapa kalau bukan ayam kita”
Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yang melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL!
Md. Said Yusof (BN Jasin):
Apa salahnya… biarkan mereka melintas…tutup sebelah mata ajelah… ayam-ayam terlebih besar sikit sahaja. Lagi pun semuanya itu ayam saya.
Shahrir Abdil Samad (ex Pengerusi BBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan. Kalau beginilah, maka ianya bertentangan dengan prinsip saya, maka saya RESIGN!!!
Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2006, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS.
Dr M:
You know, I am tired of all this….’apa nama’ chicken-chicken bisnes…you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits…. So why are we Chicken out??
Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja… jangan percaya khabar-khabar angin ini semua… biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan ayam-ayam semua… Jangan percaya… We’ve decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people… nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their opinion… ini biasalah.
[...] Tapi dia sempat jugak mengenakan saya tu. “Ainun, this is the best excuse ever. Last time you couldn’t cross the road, now you are locked inside your house.” Tiba-tiba saya rasa sayalah anak buah dia yang asyik [...]