[Entri ini berunsur-unsur riak, ujub dan takabbur tiga dalam satu. Muahahaha]
Apabila saya dan Chiko-chan bersepakat untuk bersekutu, saya beritahu Chiko-chan saya punya banyak buku, terlalu banyak buku. Chiko-chan kata, “Tak apa, tak apa. Chiko pun ada buku. Nanti kita belilah rak buku kat Argos.” Saya kata, buku saya banyak giler, dah dua kotak dikapalkan pun, masih banyak juga. Chiko-chan tengok saya macam tak percaya.
Kemudian, Kak Nora offer rak yang tinggi dan besar di ruang tamu rumah kami ini. “Awak ambillah rak kat depan tu. Rumah baru kita kecil sangat. Nak tinggalkan sayang.” Wah… macam orang mengantuk disorongkan bantal dan duvet, dan macam orang kelaparan disuakan nasi goreng daging merah nyam-nyam, saya pun bersetuju mengambil rak itu. Jimat duit daripada membeli rak yang lain, walaupun rak itu sudah berusia, sekurang-kurangnya masih boleh digunakan. Cun pun cun lagi. Untuk dibawa ke rumah baru, kami terpaksa cerai-ceraikan rak itu. Tak muat kereta untuk membawa rak yang agam itu.
Hari minggu lalu (Sabtu), saya bercadang mahu menyusun segala buku saya. Susun buku senang sikit dari susun baju. Keluarkan buku-buku dan susun. Tetapi untuk menyusun buku, kenalah pula memasang rak itu. Aiseh, Chiko-chan pula tiada di rumah, dia berada di luar kawasan. Jadi saya pun bersemangat memasang rak yang bagak itu seorang diri. Cuba sajalah dulu. Kalau tak berjaya pun apa. Minggu depan Chiko-chan balik, kami pasanglah sama-sama.
Susah juga nak memasang rak buku itu. Tetapi nasib baiklah tidak perlu kegiatan menggergaji kayu macam masa belajar kelas pertukangan semasa Kemahiran Hidup dulu. Setakat paku-paku, skru-skru, taraaa.. dah siap!
Rak buku kami… lalala
Hari Ahad pula saya memasang satu lagi almari. Tapi kali ini kecil saja. Kira kacang je la…
ketuk-ketuk sana…
paku-paku sini…
ada rupa macam keranda sikit…
ok… mari bergambar berdua…
Oh, bangganya saya dengan usaha saya ini! Selain menjadi tuan tanah, saya juga boleh jadi handywoman!

~:~
Argos
Kedua-dua rak dan almari di atas dibeli di Argos. Argos ialah kedai… er… retailer. Ala, senang cerita ianya macam kedai (gudang) yang menjual barang-barang melalui katalog, sekufu dengan Leno, Cosway dan lain-lain, tetapi jauh lebih best.
Buku (katalog) Argos adalah kitab bergambar yang paling seronok di
ulangkaji. Ia diterbitkan dua kali setiap tahun, untuk musim bunga/panas dan musim luruh/dingin. Argos menjual pelbagai benda, dari sebesar-besar benda seperti katil, almari, sofa, peti ais, mesin basuh sehinggalah kepada sekecil-kecil benda seperti permainan kanak-kanak, barang kemas, bateri dan bulb lampu. Barang-barang di Argos terdiri daripada pelbagai jenama, daripada secikai-cikai jenama, (ingat tak hand mixer yang saya guna untuk membuat kuih yang berjenama Cookworks yang saya kata tak kuat tu? Itu beli kat Argos le tu), sehinggalah kepada jenama terkenal dan terkemuka.
Melalui katalog Argos, kita dapat membaca ciri-ciri produk dan membandingkannya dan harga setiap produk. Untuk mengetahui produk ada dalam stok atau tidak, apabila sampai di stor Argos, bolehlah ke mesin stock checker dan taip nombor katalog. Jika ada, bolehlah tulis nombor katalog dalam borang yang disediakan dan silakan membayarnya di kaunter. Lebih kurang lima minit lepas itu kita pun dapat barang yang kita pesan. Atau jika produk tiada dalam stok, boleh juga ke kaunter pembayaran dan reservelah barang itu. Ianya bergantung kepada stok dari stor-stor Argos yang lain. Selalunya dalam masa seminggu stok akan sampai. Atau, jika malas nak ke stor Argos tapi khuatir barang yang kita mahu pesan itu dibeli orang, boleh juga direserve secara atas talian melalui laman webnya.
Di Kota Dublin, terdapat tiga stor Argos - di Jervis Shopping Centre, di Ilac Centre dan di St. Stephen’s Green Shopping Centre. Selalunya jika stok habis di Jervis, di Ilac dan Stephen’s Green juga tiada. Ini kerana ketiga-tiga pusat membeli belah itu berhampiran antara satu sama lain.





waa… mcm menarik btoll Argos tu
almari yg mcm keranda tuu…. nk letak ape?? (menakutkan btoll…)
buka minda juara
Waah seronok nya! Sy mmg jeles dgn org yg byk buku. kalau boleh sy nak pergi setiap rumah mereka dan duduk di depan rak buku itu, baca dan tamatkan bacaan tanpa kira berapa masa perlu diambil.
hahah sgt cemburu nya!!
saya pon baru beli almari tp dari ikea, besar dan tinggi tapi masih blom cukup utk letak buku yg berbeban beban.
tuan tanah blh senaraikan buku2 feveret? saya blh buat rujukan dan beli di malaysia.
thanks.
HaHaHa…
Zaman skang neh, tengah memasak pon leh shopping. Bang Mat, gas dah abis la, hantar setong. HaHa..senangkan.
Pastu kalo dah malas nak kuar, tunggu jer barang2 yg diorder online sampai kat muka pintu. Kan senang, jimat masa!
oo..mcm tu kesah nya..bagus ye ARGOS tu..
tapi harga dia macam mana..berpatutan tak..murah ker mahal
ke beanding dgn RM kita…
ala kecik je rak nye…hehehehhe.
ingat yg besar penuh satu hall tu…
hehehe
argos macam ikea la pulak. hehe. katalog yang sangat suka saya baca. hoyeah~
balik nanti buleh la bukak kedai perabot… kilang ke..
U can do it! Haha.
Tahniahlah. Saya pun tak rajin nak pasang almari DIY itu.
Selamat membaca dan mencerna.
Kata banyak sangat, rasanya kalau campur 2 kotak yang dikapalkan… buku kat rumah saya lagi banyak (nak riak jugak!)
p/s: Saya dah lama carik ‘gam serba guna’ jenama ! setakat nie saya tak jumpa lagi kat msia! kat sana ada jual tak? berapa harga? ada buku nak dikapalkan lagi???
jenama GOOP!!!
hohoho entry yg riak serta takbur telah dipublishkan..
bila lagi entry invitation untuk housewarming hahahahha…
cik tuan tanah memang penggemar buku.. dia buleh dikategorikan..
tuan tanah aka library bergerak hohohoohoh….
dia jugak agak menyayangi buku dia sampai i nak pinjam dia tak kasi dia suruh baca kat umah dia hhahahhaa….
soo i tunggu nie invitation housewarming hiihihihiih
tropical-jingga,
Tak tau lagi nak letak apa. Yang pasti bukan mayat.
Nway, gambar tu masa belum pasang rak-rak kat dalamnya lagi.
t.a.t.a,
Nak jadi ahli perpustakaan rumah saya?
BA,
Saya tak ada senarai buku favourite.
Adikyah,
Kami kat sini memasak tak guna gas.
kantoi,
Nak banding dengan RM? Hmmm… no comment.
AyUmi,
Ireland belum ada IKEA. Bakal ada.
el,
Ya, kalau saya buka nanti, sila beli di kedai/kilang saya ye.
Amyz,
Yes, you too!
bp,
Terima kasih.
Amir Azmi,
Tak pernah perasan pulak kewujudan gam serba guna ni.
shuxie,
Housewarming tu apa benda ye?
Rumah saya ada central heating, tak perlu nak diwarmingkan lagi.
kenapa rasa lebih byk study buku katalog Argos dari study buku akademik hah?? bersalahnya!!!
er, saya la tu tuantanah. suka benar baca buku Argos. rasa mcm nak beli macam-macam. hahaha