Seorang kawan yang baik hati telah mengirimkan senarai produk buatan Belanda yang wajar diboikot.
|
BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH |
|
|
Wauuu… banyak betul barangan import di Malaya rupanya. Bila orang dah pedajal, baru terhegeh-hegeh nak boikot barangan buatan mereka.
Saya sudah periksa kesemuanya, rupanya saya memang tak menggunakan produk dari Belanda pun selama ini (tanpa sedar saya sudah boikot barangan mereka lamaaaaaaaaaaa dulu).
Errr… kecuali tablet detergen Ariel yang masih ada satu setengah kotak.
Tapi… Ariel adalah produk Procter & Gamble (P&G). Pengasas P&G itu dari Belandakah?
Atau ada Ariel yang lain?
Lihat sejarah P&G.
Atau, mungkinkah berlaku kekeliruan antara P&G dan Unilever?
Nota: Tidak ada produk bernama Ariel dalam senarai barangan Unilever.
And… wait a minute, Ferrero Rocher dan Kinder Bueno bukan produk Italikah? Ya, memang ada rumour yang mengatakan Syarikat Ferrero SpA dibeli oleh Unilever tetapi hingga kini syarikat itu masih bertahan sebagai perniagaan keluarga. Dan, memang benar Ferrero SpA mempunyai anak syarikat di Belanda, tetapi mereka juga mempunyai anak-anak syarikat di negara-negara lain.
Rujuk sini.
Oh… Hati-hatilah ya, jangan sampai memfitna.
p/s: Apapun, ada baiknya saya turut memboikot P&G kerana ini.
salam, tuan tanah. saya membaca juga satu pendapat yang lain di sini. neraca masing-masing la kan?
huhu. i love ferrero roche. huhuhu~
MARI MEMBANGUN DENGAN MEMBOIKOT BARANGAN DUTCH BERSAMA….
p/s-Wii dan PS3 bukan barang dutch,,,Bagus2
Menarik, tertarik dan dilemma:
8. Shell -Minyak
aku nak boikot beras sebab beras naik harga ha ha. ahhh, tak kiralah beras tu made in belanda ke, malaya ke, hong kong ke, hape ke - aku nak boikot juga!
sepatutnya, senarai tu datang bersama dengan pilihan alternatif kepada barangan yang nak di boikot tuh.. baru senang. cantik lagi, kalau ada cadangan produk milik orang Islam, jangan nanti lari dari belanda, pegi ke yahudi pulak.. huhuhu…
jom boikot
Mari memboikot sambil menyanyi……..
LAGU: PULANGKAN..(Lagu PTPTN)
(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang
(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peramkan hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku
Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai
PTPTN)
Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-
Student)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-
(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)
Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai
PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-
Student)
(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa
saya terwikipediakan ikea, rerupanya owner dia satu foundation dari belanda :p tuh pasal saya tak list semua barangan tu kat blog saya, sebab saya tak kuasa nak check satu2. karang terfitnah plak, ye dak?
yang kat tv percuma pulak, beria-ia iklan barang2 dari belanda ini disiarkan sekarang.. kenapakah?? haha..
wah,cool la lagu ptptn tu~
opss,maaf ya ter-off topic pulak!