Saya berpeluang menonton filem pendek Fitna arahan Geert Wilders.
Betul, filem itu menghina Islam dan Quran, betul hati saya tersayat luka dan marah memendam rasa.
Tetapi 99% peratus filem itu menyamakan Islam dengan keganasan dan terrorisme. Dan siapa pula yang memberi peluang dan modal si kafir laknatullah ini mencemuh Islam? Orang Islam sendiri! Orang Islam sendiri yang konon-kononnya berjihad dan membunuh orang suka-suka hati dengan harapan dapat masuk Syurga tanpa hisab.
Hmmm… bukankah Baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam ada bersabda selepas pulang dari Perang Badar yang diriwayatkan dalam Tarikh Al Baghdadi Volume 13/493, “Kita pulang dari jihad yang kecil menuju kepada jihad yang besar”. Para sahabat berasa kehairanan dengan kata-kata Baginda Salallahu Alaihi Wassalam ini kerana mereka telah bermatian-matian mengalahkan musuh yang jauh lebih ramai dari kaum Muslimin. Mereka, para pahlawan perang inipun bertanya: “Jihad apakah gerangan yang lebih dahsyat dari peperangan tadi, wahai Rasulullah?” Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam menjawab: “Jihad melawan hawa nafsu.”
Oh… tetapi apakah kerana hadis ini dikatakan daif/lemah/palsu, maka orang Islam lantas dibenarkan membunuh orang dan melakukan terrorisme suka-suka hati?
Saya benci terrorisme. Apabila stesen tube di London dan stesen komuter di Madrid dibom, saya dapat rasakan semua orang di sini memandang saya dan berbisik sesama mereka, ‘terrorist’, hanya kerana sesetengah orang mendefinisikan jihad membunuh orang kafir adalah perkara paling mulia di sisi Tuhan.
dah tengok gak filem pendek tu, ermm bleh ke kita panggil tu filem? cam slide slow je,hehe..
tapi kalau slalu follow extremist christians or jews nih mmg benda tu dah biasa dijadikan bahan oleh mereka..takde benda baru..
mintak2 dia mati dalam keadaan sengsara..kalau dia mati dibunuh org Islam cam Van Gard beberapa tahun lalu akan sbbkan Islam ni dipandang lebih buruk lg,huhu..
The problem is that ALL religious fanatics whether they are christians or jews or scientologists or whatever are dangerous…Just remember the bad things that were caused by the crusades..benci sangat org Islam yg sokong terrorist..mereka rase mereka betul tapi sbnarnya merekalah yg sbbkan Islam dijadikan permainan oleh org2 spt itu.
Yah saya 100% setuju. Kalau dah bekas Imam Masjid Negara yang pernah menunjukkan rasa tidak puas hati sebab kalah di Permatang Pauh dengan menedang peti undi pada PRU 11, 2004, kali berpiket dengan penuh emosi, tidakkah itu menguatkan dakwaan fitna?.
Walau bagaimanapun saya terkedu dan tidak expect reaksi matang Indonesia. Presiden Susilo Bambang sendiri mengambil langkah turun padang mempromosikan Filem Ayat-Ayat CInta dan menasihati rakyat Indonesia jangan emosi sebagai counter attack dari tanah Dutch ini.
salam…kak tuan tanah. how bout dublin???
ok tk..hehehehe
by d way epul till tk tgk ag fitna 2.
so boikot lar belanda product!!!!!!!!!!!!
takbir!!!!!!!!!!
saya sudah baca buku Ayat-Ayat CInta. sgt menarik. nukilan encik habiburrahman el shirazy, sarjana al azhar. baru ada 3 buku karya beliau dalam simpanan.
betul2..kat indonesia takleh tgk sbb kerajaan dah restricted.takleh msk yotube. ada jg fanatik, tapi ada juga yg suicide bomber tu mmg tak ada cari lain. sbb, baru ni beli buku TEARS OF HEAVEN, from BEIRUT to JERUSALEM oleh dr ang swee chai.
dia doktor dari malaysia,tapi dibesarkan di singapura dan tinggal di london.dia yg volunteer utk tolong di palestin. wpun sblm ni mmg dia benci sgt2la dgn arab palestin sbb ada state dlm bible yg palestin bunuh israel (mgkn yg new punye kut). ni, kwn yg cite, dia pinjam buku ni dari saya, dan asyik menangis je bila baca buku ni.
1982 diorg ni diserang dlm keadaan tidak bersedia.jadi ramai sgt2 dibunuh. ada dlm 2minggu mcm tu diorg ni dipulaukan sehingga makan kucing dan anjing.at the end, mereka fax kan kpd mufti mane, tanya, boleh tak makan mayat.
then, mufti keluarkan fatwa, boleh mkn mayat, dalam keadaan dharurat.tapi sbnrnya, mereka faxkan tu, bukan sbb dah tak ada benda lain nak dimakan..cuma nak dunia tahu. bahawa mayat-mayat itu adalah ibu mereka, ayah mereka, adik, kakak abang mereka.
bacala..best..(panjang pula komen) terima kasih ye kak tuan tanah
…..nak makan durian belanda pun dan fikir 2 kali…..