Okay, jadi saya ke Ambassador Theater hari ini, ada An Evening with M. Nasir.
Dimulakan dengan persembahan Rendra Zawawi dan seorang gadis bermain biola (ya ampun, saya tak tahu nama anda, maaf!) Persembahan seterusnya adalah seorang lelaki yang memetik gitar, yang saya tidak kenali rupanya, tetapi apabila beliau memperkenalkan diri sebagai Art Fazil (eh, macam familiar saja nama ni?) Dan apabila beliau menyanyikan lagu “Fikir, Fikir… Na Na Na Na Na…“, Okay, saya harus tahu bahawa beliau sudah lama menempa nama dalam industri ini. Beliau menyanyikan beberapa buah lagu, antaranya Nur dan Merindu Kepastian, tetapi lagu terakhirnya Anak Melayu di Kota Inggerislah yang paling menarik.
Pasu bunga berbaris-baris
Disusun oleh si anak manis
Aku Melayu di Kota Inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis
M. Nasir muncul jam empat petang dengan kemeja merah dan denim hitam mendendangkan lagu pertamanya Rajawali Terbang Tinggi. Dengan konsep santai seperti kebiasaan beliau, begitulah juga dengan persembahan seterusnya. Beliau tidak perlu berusaha untuk pleases the crowd kerana beliau sudah ada tarikan yang tersendiri.
Lagu-lagu yang dinyanyikan: Rajawali Terbang Tinggi, Hati Emas, Apokalips, Raikan Cinta, Ada, Juwita, Dua Insan (duet dengan Korn Kokerin), Gerhana, Keroncong untuk Ana, Tanya Sama Itu Hud-Hud, Di Balik Cermin Mimpi, Sesat di Kuala Lumpur, Suatu Masa, Mentera Semerah Padi, Kepadamu Kekasih, Bonda, Mustika, Impian Anak Jalanan, Anak-anak Kita.
Saya request lagu Satu Hari Di Hari Raya, Hehe
tetapi tiada.
Rendra Zawawi dan gadis biola
Art Fazil
M. Nasir nyanyi-nyanyi
Groupie… hehehe

M.Nasir pun lupa lirik juga
Terima kasih Sifu kerana sudi datang ke Dublin!





Cemburunya saya.
Teringat semasa tengok konsert Sifu di PWTC 90-an dulu-dulu. Sanggup berhutang sebab nak duduk di tempat paling depan. Maklumlah pelajar lagi masa itu.
aku jeles.
hahahaha~
art fazil dulu buat kumpulan rausyanfikir… lagu top mereka fikir-fikir….
kutintakan persinggahanku di sini untuk menyalurkan maklumat berikut:
tajuk video: 10 tahun sebelum merdeka
(maklumat yang tercicir dalam buku sejarah) Hartal!!!
http://www.youtube.com/watch?v=s…ex=0& playnext=1
sila tengok sehingga tamat 4 bahagian, sesuai ditonton oleh penyokong pembangkang, penyokong kerajaan dan yang di atas pagar.
aku pun jeles jugak.. huh… haha
Hoh!
Ah kat cni rupanyer tuan tanah ni…
wahhh,jelesnya gueee..
salam cik tuan tanah
lama x ke sini
satu shj ingin saya katakan
saya cemburukan anda
tak pernah berpeluang menonton M.Nasir secara live
~huhu~
Tanah,
Aku dah terima dah surat kau tu. Terima kasih banyak-banyak. Jika ada masa - aku akan balas.
hihih jeles ek chayer and ayumi… jgn jeles nanti tuan tanah antar lagi gambar ek hiihihihi…
cik tuan tanah.. gambar i yg gojes tue jgn lupa email ek.. thanks beb muahss
suzie : grrr… woff woff!!!
m.nasir ke dublin?
bestnyerrr….
Memang kalau tgk Bung nasir menyanyi secara live, kita akan teruja sesangat-sangat!!!!!
Cik TT, walaupun saya dah tgk dia buat live, saya tetap JELES tahap planet gaban!!!
hehehe..sempat ekau poyi concert ye..hehehe.
huhuhu.
wo!!! jelessss!!!
-doff-
jeles tahap gaban… walaupun aku kat mesia… tapi aku jeles gak sbb dah lama sgt tak tgk sifu wat konsert…
Jeles juga saya…hahhahah
Apa pun, ulasan konsert yg menarik! Tahniah!