Setiap hari Jumaat di pejabat, sudah menjadi tradisi kami mempunyai Friday treats, selepas waktu makan tengah hari. Friday treats kami selalunya berbentuk coklat, biskut dan gula-gula.
Hari ini, pengurus saya, Bernice, membawa sejenis kuih. Ketika dia memberitahu Micheal dan Marina bahawa itu adalah kuih yang dipos oleh ibunya, saya sedang sibuk membuat kerja. Sayup-sayup saya menangkap perbualan bahawa kuih itu dibuat daripada gula yang dimasak. Micheal kata gula yang dimasak adalah karamel, tetapi Bernice menafikan.
Saya lihat potongan-potongan kuih itu. Warnanya coklat kehitaman, teksturnya macam bingka.
Saya ambil sepotong dan cium.
“Eh, smells like dodol.”
“Yesss! That’s exactly what we call it! Dodol.”
“Dodol? We have this in Malaysia. Kinda special food for Eid. But I thought dodol is from Malaysia?”
“No… It’s from Goa.”
“Oh…”
Oh, jadi dodol bukan makanan tradisi Melayu ke? Adakah Kompeni Hindia Timur Inggeris yang mengimport resipi dodol dari Goa lalu dibawa ke Malaya?
p/s: Dodol dari Goa rasanya sedikit berbeza. Saya lebih suka dodol Malaya.
::Uiks, siapakah yang sampai ke mari dengan enjin carian menggunakan frasa ‘ayu 8 ogos 2008 dublin’? I wonder…::
uikkss.. ain, ayu kot. dia sengaje tuh hahaha.
oh… dkt Goa pun ade dodol rupenye… emm.. dan diaorg pun paggil Dodol??
kalo dodol diaorg rasa mcmana yerr…..???
Macam nilah faktanya - orang Melayu pernah diimport ke Goa. Dan orang Melayu ramai di Afrika Selatan.
15-03-1888 : Satu kejaiban telah berlaku…
bila nak bagi present ni???Hari tu kata nak kasi Wii la apa la…Sbg seorg kakak yg berkaliber wajib baginya mnjalankan tggjwbnya dengan amanah,tulus serta berdedikasi dalam melaksanakn permintaan adiknya yg serba kekurangan agar kemakmuran,kestabilan,kesejahteraan dalam perhubungan sosial kekeluargaan dpt dikecapi bersama…
p/s-Satu demonstasi jlnan akan diadakn jika tiada prubahn atau tindakan yg berlaku…
AyUmi,
Pelik2 la orang yang sampai kat tanah baru ni. Masa kat Blogspot dulu takde la pulak.
Hari ni ada orang Google ***** + tuan tanah.
Aku syak girlfren dia yang Google.
AuRuM,
Sedap lagi dodol Malaya. Something missing from the Goa’s recipe.
sinaganaga,
Ada orang Melayu ke kat Goa? Ingat ada kat Pulau Seychelles je.
Not Earl,
Happy birthday! Allah bless!
Errr… Tunggu Wii turun harga dulu boleh tak?
i`m impressed.. goa ek asal dodol tue.. ker org msia kenalkan kat goa ekekeek… cemana rasa dia? aper yg kurang?
psst: tak sabar dating kita on 21hb march
Tak sangka mereka pun panggil dodol. Hairan juga.
ooo gtu ka?
diorang pun gna perkataan yg sama..DODOL.
menarik2…
Orang Melayu barangkali adalah pelayar terkemuka di dunia. Tentu saja ada yang tersesat di Goa?
Tanah,
Melayu di Goa? Ermmm…. Tak ada kot, entahlah, kena tanya pakar sejarah or pakar ketamadunan Melayu.
Hey, Ada fakta yg menarik:
Orang Melayu kata, “Alamak!”
Orang Jepun kata, “Aramak!” Orang Jepun claim perkataan ini asalnya daripada perkataan Jepun.
Kehidupan ini pengulangan. Pengulangan itu kehidupan.
Tata!
turun harga???kalau turun harga benda itu tidaklah berharga dah…..Berikan alasan anda mengapa anda tidak boleh menyegerakan pembelian barang tersebut..Walhal janji telah dikotakan sekian lama.Susah sangat beli je PS 3 la…Lebih nilai dan lebih untung
haha sama juga cam tempeh.
dah international pun masih panggil tempeh..
ok la tu, masih mengekalkan nama asal.
Aik…. bila masa hang pindah mai sini? Nampak sangat lama aku tak hop kat blog hang.
Sorii naa….
shuxie,
Hohoho.
Yessss dear… kita kasi budak AyUmi itu jeles sebab kita akan jumpa M. Nasir
Intan, hayad, t.a.t.a,
Barangkali dodol tu ada maksud dalam bahasa Goa tak?
Sebab tu namanya kekal dodol.
Errr… Goa ada bahasa sendiri ke?
Amiene R.ev,
Barangkali.
Ok. Lepas ni Goa masuk list ‘A place must visit.’
sinaganaga,
‘Alamak’ dalam English macam ye?
“Oopsy daisy” ke? Haha.
Not Earl,
Cheh! Materailistik.
Sesungguhnya qanaah itu adalah lebih baik.
agaknya samdol pun datang dari goa jugak… heheh..
Cuba baca kat wiki!
Dodol is a taffy-like food delicacy popular in Sri Lanka, Malaysia, Singapore, Indonesia Philippines especially in the Ilocos Region in Luzon and in the Lanao provinces of Mindanao and in India especially in the Region of Goa. It is made with coconut milk, jaggery, rice flour, and sometimes cashews, and is sticky, thick and sweet. It is mostly served during festivals such as Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. There are different versions of Dodol available including a Durian flavor available in Asian food stores.
Ada banyak lagi sejarah yang kita tak tau!
dodol lembik yang perlu dicedok dengan sudu dan dikemam-kemam untuk menikmati kemanisannya adalah yang paling amat sedap dan hebat sekali!
Kalau lagu Negaraku pun boleh tercedok lagu Mamoola Moon, apatah lagi resepi Dodol!!!
Maknanya, memang bulatla bumi kita ni… pi mai pi mai tang tu gak kita pergi. Ada jer sangkut pautnya!