Dari Sitemeter Tanahpusaka, saya melihat seseorang pernah sampai ke sana melalui ejen carian Yahoo! dengan menggunakan pernyataan “kesan yang di alam manusia anorexia nervosa”. Mengada-ngada, saya klik URL itu.
Hasil carian yang ketujuh saya sampai ke laman ini.
Saudara itu menulis panjang sangat, penat mahu mengkhatamnya. Pun begitu, saya rasa saya tidaklah bersetuju dengannya.
Kalau anda rajin membacanya, apa pendapat anda tentang ilmu-ilmu yang dikatakan haram dan sesat ini?
saya baca. sorry, tulisan dia membosankan dan tidak meyakinkan. artikel itu penuh prejudis dan tidak bersanbdarkan hujah yang kuat. saya pernah terlibat dalam kajian perubatan tradisional dan komplementari dengan kementerian kesihatan suatu masa dulu. daripada aspek moden dan saintifik, kami melihat perubatan selain barat mempunyai potensinya yang tersendiri. daripada aspek ini, aua, cakra dan sebagainya ini adalah terpisah daripada akhidah dan kepercayaan (jika benar ada). ia adalah semata-mata jalan alternatif untuk penyembuhan.
benda-benda yang baru bagi kita, lihat dan dengarlah dulu dengan hati yang lapang dan kepala yang dingin.
dulu-dulu, sebelum merdeka, ada orang kata pakai kot dan tie pun haram.
ha, ha, ha.
sentimen
pjg giler artikel tu…
menilik kata carian orang lam sitemeter adalah satu perkara yang menyeronokkan juga.. cuma ada sorang ni.. cukup konstan mencari ‘bini kawan’ hahah…
pasal orang kurus nak kurus tu.. err… tak dan nak baca… heheh..
welcome to wordpress!
opsss… off topic
jimadie,
Saya pun prejudis masa mula-mula baca tajuk artikel tu.
Dan bertambah prejudis selepas membaca (itu pun banyak skipping).
hayad,
kan?
el,
apa kejad cari ‘bini kawan’?
coffeeaddicts,
thanks dear
Oh, itu laman web salah seorang pensyarah saya. Dahulu saya dikatakan membela jin, biarpun sebenarnya tidak. Saya seorang yang sama seperti Lala… memiliki keunikan.
Masih ingat lagi kata-katanya:
“Siapa sahabat kamu itu?”
Dan kisah lama itu, biarlah rahsia. Namun, biar saya maklumkan di sini, dia adalah seorang yang sangat baik, dan banyak ilmunya. Pemikirannya tajam biarpun dia seorang yang sangat tegas dan garang.
Dia akan membantu sesiapa sahaja yang di dalam kesusahan.
off topic: ohoy tuan tanah! welcome to wordpress!
sudah bertukar tapak ye..
selamat bertapak.. hehe
ain. gua tak baca. gila panjang artikel tuh. huhuhu.
off topic, huhu..dari sitemeter bleh tahu the exact visitor ke? saya paling terer pun tgk countries of origin..huhu
sila tunjuk cara kalau sudi
=)