Seperti sesetengah orang, saya tidak begitu mesra politik. Saya rasa politik itu kotor (kerana orang-orangnya), saya cuma ambil pendekatan ‘wajib ambil tahu sebagai rakyat dan kerana ianya adalah isu semasa.’
Apabila membaca akhbar dan laman-laman maya terutamanya ketika angin puting beliung pilihanraya sekarang ini, saya rasa mual kerana banyak laporan yang menjengkelkan. Ahli politik banyak sangat mengamalkan prinsip Machiavelli, macam orang tiada kiblat.
Saya sudah mendaftar sebagai pengundi sebaik sahaja usia saya 21. Dalam keadaan politik di Malaya yang kamu faham-faham sahajalah, saya perlu ada rasa curiga terhadap kerajaan sendiri. Yelah, manalah tahukan, kalau kita tidak mendaftar tiba-tiba sahaja nama dan nombor kad pengenalan kita itu digunakan oleh pengundi entah siapa-siapa. Tetapi malang sungguh saya masih tidak boleh mengundi kali ini.
Kerana tidak pernah mengundi seumur hidup, saya terfikir, adakah kita memilih seseorang kerana kredibilitinya memimpin atau kerana partinya?
Yang mana harus dipilih: seseorang yang boleh memimpin walaupun daripada parti cap ayam, atau lawannya semata-mata kerana dia mewakili parti yang satu lagi meskipun sebenarnya dia bukannya boleh memimpin sangat? (anyway, kalau dia tidak pernah diberi peluang menjadi pemimpin pun selama ni, manalah nak tau dia boleh memimpin, ye dok?)
Hmmm… Ketika Pilihanraya Umum ke 11, kawan saya telah sudi mengadakan lintas langsung dari Malaya. Tahun ini belum tahu lagi.
saya pun tidak dapat mengundi. sebab tak daftar. tak sempat la. ada banyak lagi mende nak buat selain dr gi mendaftar. kuikuikuikui baik la gua pegi renew lisence yang dah expire 4 bulan tu baru la berfikir2 nak gi mendaftar huhu.
Assalamualaikum Tuan Tanah,
Mulai hari ini saya rasa nak menyewa di tanah tuan. Boleh?
Masih ada tanah kosong?
I’ve spent almost 2 hrs reading all the entries … best. Really.
Will stop by later … to see the status of my application …
have a nice day.
Wassalam
wah dah bertukar ke webpress!
cun cun.