Saya jatuh miskin selepas pulang dari bertemu doktor biasa dan doktor gigi. Adoilah!!!
Menyesal saya kerana tidak belajar bermain gitar atau biola atau trumpet atau apa-apa alat musik sahaja semasa kecil-kecil dahulu sehingga pandai. Jika tidak, mungkin saya boleh menjadi street busker dan membuat persembahan di Grafton Street untuk menambah wang saku sekarang ini.
Ini sekumpulan abang bermain musik orkestra dari Slovakia
Moral: Jangan jatuh sakit di negara orang putih, terutama sakit gigi.
Terima kasih.

