Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi-Dehearty-
Dulu-dulu, saya pernah bertanya kepada seorang kawan dalam sesi borak saja-saja tentang perempuan dijadikan daripada rusuk lelaki ini.
Kata saya, “Oh… Kalau macam tu seseorang lelaki tu apabila dah bertemu jodoh dia, maksudnya dia dah jumpa baliklah tulang rusuk dia yang hilang tu kan? Maksudnya, secara metaforanya, selama dia belum berkahwin tu, tulang rusuk dia tak cukup la yek?”
Dia jawab, “Oh… Kalau macam tu, secara metafora jugak, orang lelaki yang kahwin dua-tiga tu maksudnya tulang rusuk dia terlebih la yek?”
Ooops…
Hadis asal:
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah S.A.W katanya, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, ia tidak menyakiti jirannya. Berilah wasiat yang baik kepada perempuan, sesungguhnya mereka dijadikan daripada tulang-tulang rusuk, dan sesungguhnya yang bengkok daripada tulang rusuk itu ialah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya pasti engkau memecahkannya (mematahkannya), jika engkau biarkan, ia akan terus bengkok. Oleh itu berilah wasiat yang baik kepada perempuan. ” - Riwayat Bukhari.
Sila rujuk sini untuk keterangan sebenar berkenaan hadis ini.
Moga-moga kita tidak terpengaruh dengan riwayat israilliyat.
Wallahu’alam.
*Lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai 24 (12 pasang) tulang rusuk. Salah satu cara untuk mengenalpasti jantina berdasarkan tulang rangka adalah dengan melihat bentuk tulang pelvis.
07.07.07
Selamat pengantin baru buat Cik Wanie, oops… Puan Wanie, seorang kawan lama yang saya rasa tidak pernah pun membaca tanahpusaka.