So, saya pun berjaya melarikan diri dari rumah. My sweet escape, yeah!
Not entirely sweet I must say.
But not so bad either.
And definitely could be better.
Saya keluar dari hutan batu; masuk ke hutan pokok, di Taman Negara Killarney.
Ho ho! Sungguh gembira!
Cuaca yang buruk - hujan dan hujan batu silih berganti dan angin kencang yang sejuknya mencengkam tulang hitam agak mengganggu perjalanan sebenarnya. Khabarnya cuaca di Kota Dublin jauh lebih buruk. Ada salji, dan cuaca tidak mengizinkan pertunjukan bunga api sempena sambutan St. Patrick’s Day.
Sedihnya, taman+hutan+tasik yang amat besar itu tidak mampu untuk saya sudahkan. Maka terpaksalah saya kutip brochures dan pamphlets di situ supaya saya boleh kembali semula dan menyelesaikan apa yang tertinggal.
Oh ya, perkenalkan Mai-chan, pelajar Jepun jurusan Bahasa Inggeris dari Cork yang saya kenali pada malam kedua di youth hostel. (Gambar kabur sebab bateri kamera hampir kong).
Kamu orang tengok sahajalah gambar-gambar di bawah ini. Rasa malas pulak nak cerita panjang-panjang.