Batu-batu itu mengingatkan saya kepada salah satu entri Puan Nisah Haron, Ada Apa Dalam Beg Tangan Penulis? Eh, tak, tak. Penulis blog seperti saya selalunya tidak membawa batu (tapi tak tahulah penulis blog yang lain). Bagaimanapun, selain membawa barang-barang biasa, saya juga membawa barang-barang yang agak luar biasa yang mungkin orang lain tidak bawa dalam beg mereka sehari-hari.
—
Hari ini adalah Ash Wednesday, hari pertama Lent, suatu musim yang dianggap mulia oleh penganut-penganut Nasrani, sebelum tibanya Easter, hari yang mereka percayai sebagai hari kebangkitan Jesus Christ.
Pada hari ini, kamu akan nampak sesetengah orang mempunyai tanda salib di dahi mereka yang dibuat dengan menggunakan abu. Pertama kali saya mengetahui akan kewujudan hari ini adalah semasa tahun 2005, ketika bekerja sementara di Accenture. Colleague saya, Olga mempunyai tanda seperti kotoran di dahinya, dan saya menegurnya. Dia tertawa dan menyatakan bahawa hari itu adalah Ash Wednesday. Saya berasa sedikit malu dan bodoh.
Seperti bulan Ramadhan, Lent adalah period yang mulia bagi penganut-penganut Nasrani. Mereka berpuasa, berbuat kebaikan, bersedekah dan memperbanyakkan amalan.
p/s: Oh, tolong jangan menyerang saya dengan mengatakan saya kafir kerana pengetahuan saya tentang perayaan Nasrani ini.