Sebelum saya bercita-cita untuk memelihara singa, saya terlebih dahulu bercita-cita untuk memelihara kuda. Malangnya, untuk memelihara kuda memerlukan belanja yang teramat tinggi, terhad kepada golongan ada-ada. Lihat sahajalah orang terlibat dalam sukan berkuda, mereka kelihatan posh sekali. Namun sebenarnya, yang membuatkan keinginan saya membuak-buak untuk mempunyai kuda dan menunggang kuda ialah apabila membaca kisah-kisah peperangan dan kehebatan tentera berkuda. Semasa saya berusia awal belasan tahun, di atas bukit di taman perumahan saya, kadang-kadang saya ternampak seekor kuda sedang makan rumput di situ. Hairan juga bila difikir-fikirkan ada pula manusia di Malaya hendak memelihara kuda, di taman perumahan pula. Ada sumber yang memberitahu bahawa kuda tersebut milik Encik Asmuni Awi, seorang peguam di Ipoh. Encik Asmuni Awi ini kemudiannya menyertai PAS selepas pemecatan mantan timbalan perdana menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau pernah bertanding untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Perak, tetapi dalam kedua-dua pilihanraya itu (1999 dan 2004) kerusi dimenangi oleh calon BN.
Okay, saya bukan mahu bercerita tentang Encik Asmuni Awi. Saya mahu bercerita yang saya ke RDS Dublin untuk menonton Dublin Horse Show sebenarnya.
(Saya juga khuatir blog saya ini akan dipantau pula jika bercerita lebih-lebih tentang AJK pihak pembangkang ini)
Peserta-peserta akhir Young Riders
Kuda-kuda Riding for The Disabled, kuda-kuda yang akan ditunggang oleh kanak-kanak Sindrom Down. Antaranya ialah Quest, Charcoal dan Oshin.
Ciara (sebutan: Ki-ra) bersama Oshin. Usia Oshin adalah 25 tahun. Untuk kuda, usia itu sudah dikira tua benar.
Sangat seronok melihat dan bermanja dengan kuda-kuda ini (walaupun badan mereka berdebu) Saya terfikir juga, jika betullah makhluk kuda terbang Pegasus itu wujud, bukankah bagus. Senang nak balik Malaya, ini nak naik kapal terbang pun tak boleh bawa hand luggage. Hampeh.
::Sila klik pada gambar untuk melihat imej dengan lebih jelas::

