Itu kasut perempuan bergaya feminin bertumit sedikit yang pertama sekali tuan tanah beli.
Tuan tanah tidak pernah beli sepasang kasut perempuan bergaya feminin yang bertumit sebelum ini. Dia rasa kagum pada dirinya sendiri kerana hatinya semacam terbuka untuk beli kasut perempuan bergaya feminin bertumit sedikit itu. Sebelum ini tuan tanah lebih suka dengan kasut sneakers atau loafers yang bertapak rata, tiba-tiba hari ini tuan tanah sudah ada sepasang kasut kerja yang agak lain daripada kebiasaannya itu. Sebenarnya tidaklah tinggi pun tumit kasut itu tetapi di antara banyak-banyak pasang kasut yang tuan tanah miliki, itulah satu-satunya kasut yang bertumit sedikit. Malahan kasut itu mempunyai reben, membuatkan itu satu-satunya pasang kasut tuan tanah yang sungguh feminin (buat masa sekarang)
Tetapi kasut ini hanya akan dipakai di pejabat sahaja. Tidak sesuai jika dibawa berjalan-jalan kasut perempuan bergaya feminin bertumit sedikit itu. Pergi dan pulang kerja, masih juga sneakers kesayangan yang dibelasahnya. Kasut perempuan bergaya feminin bertumit sedikit itu molek tersimpan di bawah meja kerja.
Penyewa 1: Amboi… dah beli kasut tumit ye tuan tanah?
tuan tanah: A’ah. Ada sale. Lagipun ada satu artikel yang mengatakan wanita yang memakai kasut bertumit lebih senang naik pangkat*. Hohoho!
Penyewa 2: Semakin lady tuan tanah ni sekarang ye!
tuan tanah: Erkkk… Hi hi hi…
Tiba-tiba muncul Kak Tipah (bukan nama sebenar), perempuan tipikal zaman sekarang dengan mekap tebal dan gayanya yang kontemporari; yang kalau berborak bersembang, perkataan yang ada huruf ‘T’ dan ‘R’ ditekan-tekan sebutannya macam mat salleh pelat hendak cakap Melayu; yang kalau bercakap berbicara, sentiasa ada terselit perkataan ‘Duh, Whateverrr!’ sambil biji mata hitamnya dipusing-pusing.
Kak Tipah: Eh… eh… tuan tanah, you beli kasut baru ke? Wow… ada heels lagi tu. Tak sangka I. Tulah, dulu lagi I dah cakap, belajar-belajar la jadi vogue, you tak nak dengar. Nanti boleh la I ajak you shopping alat mekap pulak. Boleh belajar touch up, pakai lipstik, pakai foundation, maskara. I boleh ajarkan. Takdelah muka you pucat lesi jer. Tak vogue la!
tuan tanah: Errr… Kak Tipah, saya tak boleh la nak mekap-mekap ni. Muka saya sensitif la dengan benda-benda kimia ni. Lagipun tabarruj kan untuk suami je.
tuan tanah tidak tengok muka Kak Tipah pada masa itu.
(Mungkin dia pun rolling her eyes dan berkata, “Whateverrr..”)
*Kajian dari University Helsinki, Finland